? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday 22 October 2009

Unknown Title....

“Saya suka awak.” Tenang sahaja aku meluahkan apa yang dirasai kepada pemuda yang berdiri di hadapanku itu. Mataku tetap memandang wajah pemuda itu dengan senyuman yang melebar di bibir. Dia pula kelihatan tersentak dengan pengakuan yang pastinya tidak pernah terlintas di fikirannya. Perlahan-lahan pemuda itu menundukkan mukanya, dan aku pula masih setia menanti jawapannya.

“Maaf. Bukan saya tak sukakan awak. Tapi, saya dah ada pilihan saya sendiri.” Balasnya sambil memandangku. Senyumannya melebar dan aku pula hanya memandangnya tanpa perasaan. Seolah-olah aku sudah dapat mengagak jawapan itu daripadanya. “Saya minta diri dulu.” Beritahunya setelah melihat aku diam membisu tanpa jawapan. Malah tidak memberi apa-apa reaksi apabila mendengar jawapannya itu.

Aku hanya memandang dia melangkah perlahan meninggalkan aku sendirian di situ. Perlahan-lahan aku menarik nafas panjang dan kemudian menghembusnya perlahan-lahan. Sekali lagi aku berjaya menambah rekodku. Rekod cinta ditolak. Masuk ni dah sepuluh kali cinta aku ditolak dan alasannya tetap sama. ‘Saya dah ada pilihan saya sendiri.’ Dan mereka semua adalah kawan aku sendiri. Dan perkara yang paling membuatkan aku sakit hati yang amat adalah hakikatnya mereka berbaik denganku kerana ingin mengenali teman-teman wanitaku. Adoi… macam telangkai pula rasanya!

Dan aku pula sudah berjanji pada diriku sendiri yang aku tidak akan jatuh cinta lagi. Dan aku juga mengingatkan diri aku yang setiap lelaki yang rapat denganku semuanya kerana ingin berkenalan dengan teman-temanku. Ya, itulah yang sebaik-baiknya! Nampaknya membujang sampai ketualah aku. Jadi ‘andartu’.

Okey, okey! Melalut pula nampaknya. Tulah sebenarnya sejarah kenapa aku pilih nak jadi telangkai sebagai ‘side income’ aku. Ala, bukan banyak dapat duit pun, yang penting aku dapat tengok orang lain bahagia dan gembira. Itu yang penting. Macam agen pencari jodoh pula, kan? Hehehe…!

Dua tahun berlalu sejak cinta ke-10 aku ditolak. Dan aku pula masih sama macam dulu, cuma yang pasti aku dah letak satu benteng besar antara aku dan ‘cinta’. Ala, apalah sangat perasaan macam cinta tu. Aku rasa macam ia satu perasaan yang membuang masa dan wang sahaja. Langsung tidak berbaloi kerana akhirnya akan berpisah juga. Erm… adatlah, kan?

“WOI!” sergahan itu mengejutkan aku dari lamunan. Perlahan-lahan aku mengangkat muka, memandang seraut wajah yang tersengih memandangku. Aku merengus kurang senang. “Jauh mengelamun. Kau dah sampai mana?” soalnya, selamba.

“Lain kali belajar bagi salam boleh tak?” soalku pula. Tidak membalas pertanyaannya itu. Dia hanya tersengih dan kemudian melabuhkan punggung di hadapanku. Aku hanya memandangnya tanpa perasaan. Perlahan-lahan aku meneguk minuman di hadapanku. Dia pula masih memandangku sambil tersenyum.

“Macam mana? Dia setuju?” soalnya. Jelas kelihatan yang dia tidak sabar. Aku memandangnya sekilas, dan perlahan-lahan aku mengeluarkan sekeping kad dari poket seluarku, lalu menyerahkan kad itu kepadanya.

“Jumpa dia dekat restoran itu.” Balasku pula. Wajahnya kelihatan berseri-seri. Aku hanya memandangnya kosong. Reaksi yang sama setiap kali mereka berjaya mendapat apa yang mereka harapkan. “Ingat! Jangan lambat. Dia paling tak suka menunggu.” Beritahuku. Dia menganggukkan kepalanya. Cepat-cepat tanganku dicapainya dan digenggam erat.

“Thanks! Aku tahu aku boleh harapkan kau.” Beritahunya, bersungguh-sungguh. Aku pula hanya menganggukkan kepala dan memandangnya sambil tersenyum.

Alamak! Panjang punya cerita, lupa pula aku nak kenalkan siapakah gerangan ‘mamat’ ni. Nama dia Fahmi. Pelanggan baru aku. No, no, no! bukan ‘pelanggan’ yang itu, okey? Dan aku baru sahaja memperkenalkan rakan baik aku kepadanya atas permintaannya sendiri. Dan dia bernasib baik kerana temanku itu bersetuju. Phew! Selesai satu masalah!

* * * *

Ingat tak aku cakap selesai satu masalah? Sebenarnya aku ada masalah paling besar. Emak aku! Adoi…! Mana taknya, asal nampak aja muka aku soalan pertama bila nak berubah? Aiseh! Aku ni tak cukup baik ke?

Aku memberhentikan keretaku di halaman rumah. Kelihatan ayah sedang sibuk ke hulu dan ke hilir mengangkat barang. Emak pula sedang sibuk membebel tentang sesuatu yang pastinya aku tidak tahu apakah ia. Aku keluar dari perut kereta. Dan masih memandang halaman rumah itu dengan pandangan kosong. Sudah lama aku tidak pulang ke kampung. Pastinya kali terakhir aku pulang pada hari raya yang lepas. Dan kalau bukan kerana abangku akan mendirikan rumah tangga, pastinya aku tidak akan pulang.

“Lambat kau sampai kak.” Sapa satu suara. Aku berpaling. Adikku memandangku sambil tersenyum. Dia memegang beberapa buah kerusi untuk diletakkan di bawah khemah. “Mak dah membebel kau tak sampai-sampai.” Sambungnya lagi. Aku hanya tersenyum.

“Along mana?” soalku pula. Dia hanya menjuih mulutnya, menunjukkan ke satu arah. Kelihatan abangku sedang sibuk membantu beberapa orang penduduk kampung yang sedang mendirikan khemah. Perlahan-lahan aku mendekati abangku itu sambil tersengih lebar. Bahunya dicuit dengan kasar dan dia tersentak. Cepat-cepat dia berpaling dan memandangku separuh terkejut.

“Ana! Lambat betul kau sampai. Along ingat kau tak balik tadi.” Beritahunya sambil menepuk bahuku, mesra. Aku tersengih. Memandangnya dari atas ke bawah. Dan dia pula memandangku, hairan. “Kenapa?” soalnya.

“Heh! Mentang-mentang nak kahwin, makin berseri-seri mukanya.” Beritahuku. Dia meledakkan tawanya.

Inilah keluargaku. Cuma terdiri daripada lima orang. Aku anak yang tengah dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ni. Jadi mungkin disebabkan itu aku sedikit kasar kerana dipengaruhi oleh abang dan adikku. Dan aku lebih rapat dengan abangku malah dia sering menjadi tempat aku mengadu. Hubungan aku dengan emak dan ayah tidaklah seteruk mana, cuma aku kurang berbicara dengan mereka.

“Ana! Sampai pun. Mari tolong mak.” Tiba-tiba kedengaran sura emak memanggil. Cepat-cepat aku meminta diri dari abangku itu dan terus melangkah naik ke atas rumah. Emak sudah sedia menungguku di ruang tamu. “Tolong hiaskan gubahan ni, ya?” beritahunya. Dan tanpa banyak soal aku menganggukkan kepala.

Malam itu rumah kami riuh dengan kehadiran saudara mara terdekat. Masing-masing datang untuk majlis kesyukuran. Aku seperti biasa lebih senang menghabiskan masa di dapur, menolong apa yang patut. Dan masing-masing sibuk berbincang tentang rancangan pada hari esok. Aku hanya memasang telinga, tidak berminat untuk ikut sama dalam perbincangan itu.

Dan akhirnya hari yang ditunggu oleh seluruh ahli keluargaku tiba juga. Along kelihatan segak dengan baju melayunya berwarna krim itu. Siap dengan sampin dan tanjak di kepala. Aku tersenyum bangga. Tidak sangka aku mempunyai seorang abang yang kacak. Cewah! Along berpaling memandangku sambil tersenyum. Sedar barangkali yang dirinya diperhatikan sedari tadi.

“Macam mana? Handsome tak along?” soalnya. Aku mencebik. Alah, kalau handsome pun bukan boleh bagitahu dia. Nanti berlagak pula. Bisikku sendirian. Along pula ketawa senang, seolah-olah mengerti dengan maksud reaksiku itu.

Dipendekkan cerita, pengantin perempuan tiba tepat pada masanya. Wah, lawa betul kakak ipar aku! Memang kenalah dengan along aku tu. Macam pinang dibelah dua. Malangnya aku sibuk menguruskan khemah. Mengangkat makanan dan melayan tetamu. Tidak sempat untuk bertegur sapa dengan kakak iparku itu. Namun, dari kejauhan dapat aku lihat senyuman bangga yang terukir di bibir along itu.

“Hei, mak cik menyemak jelah kau kat sini!” sapa satu suara. Agak kasar dan pastinya mengejutkan aku dari lamunan. Dengan rasa sakit hati aku berpaling dan memandang seorang pemuda yang berdiri di belakangku dengan wajah berlagak. Wah, senang-senang hati je panggil aku mak cik! Getus hatiku. Aku memandangnya dari atas ke bawah. Siapalah mamat berlagak ni. Harapkan muka je handsome, tapi perangai ‘hampeh’! Kutukku dalam hati. “Kau ni pekak ke mak cik? Aku nak lalu ni!” beritahunya kasar.

Ceh! Kurang asam betullah mamat ni! Tak reti nak hormatkan tuan rumah ke apa? Aku memandangnya sedikit berang. Dia pula memandangku dengan pandangan berlagaknya itu. Sakit benar hatiku melihatkan pandangan matanya itu.

“Kau tak reti nak cakap baik-baik ke?” soalku pula. Juga sedikit kasar. Dia mencebik sambil berpeluk tubuh. Pergh…! Dia ingat comel sangatlah tu buat muka macam tu. Macam siput sedut je aku tengok. Aku tetap memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.

“Kenapa ni?” sapa satu suara. Serentak kami berpaling memandang ke arah empunya suara. Along dan Kak Lia memandang kami sambil tersenyum. Pemuda itu membalas senyuman mereka manis sekali dan aku pula mencebik. Menyampah pula rasanya melihatkan kepura-puraan pemuda itu. “Ana ini adik Kak Lia, Alif.” Beritahu along. Aku menjeling ke arahnya. Masih berasa tidak puas hati.

“La… ini adik abang rupanya. Saya ingatkan mak cik manalah tadi.” Beritahunya selamba. Along dan Kak Lia hanya ketawa. Aku pula terasa seperti ingin menumbuk mukanya yang berlagak itu. Dia mengalihkan pandangannya, memandangku sambil tersenyum sinis. “Maaflah ya, mak cik? Eh! Ana!” katanya sambil menghulurkan tangan. Aku mengertap bibir. Terasa sakit hati. Entah mengapa setiap perkataan yang keluar dari mulutnya menyakitkan hatiku. Aku mencebik dan terus berpaling meninggalkan mereka.tidak mahu terus berada di situ kerana aku sakit hati benar melihat wajah pemuda itu.

* * * *

Sebulan berlalu sejak majlis perkahwinan along itu dan pertemuan aku dengan pemuda berlagak itu. Walau apa pun namanya, dia tetap Si Sombong! Aku menghela nafas panjang. Memandang fail-fail yang menimbun di hadapanku. Bilalah nak siap kerja aku ni? Kerja tak henti-henti. Kayanya tidak. Bisikku. Aku melontarkan pandangan ke luar tingkap pejabat itu. Jelas kelihatan Menara Berkembar Petronas.

Hai, kalau kaya dapatlah bina menara macam tu! Ngomelku sendirian. Memasang angan-angan. Angan-angan pastinya hanya akan tinggal menjadi angan-angan. Tapi apa salahnya, jangan jadi macam Mat Jenin sudahlah.

Tiba-tiba aku teringatkan Si Sombong itu. Aduh, meluat betullah aku dengan mamat tu! Masih berasa tidak puas hati. Teringatkan kata-kata along sebulan yang lalu membuatkan aku bertambah menyampah dengan pemuda itu. Kalau tak silap along cakap dia baru pulang dari luar negara. Belajar dekat England selama lima tahun dan baru je tamat belajar dekat sana. Eleh, setakat belajar dekat sana ingat dia boleh balik sini dan berlagak ke? Tolonglah!

Dan saat itu juga kedengaran pintu diketuk. Aku mengankat muka memandang seraut wajah yang memandnagku sambil tersenyum. Serta merta wajah berlagak Si Sombong bertukar dengan wajah temanku itu.

“Jom pergi makan.” Ajaknya. Aku hanya menganggukkan kepala dan terus berdiri lantas mengikut langkah kakinya. “Kat tempat biasa nak?” soalnya memandangku.

“Tak kisah!” balasku pendek. Dia hanya tersenyum, dan aku pula tidak banyak bicara. Hanya membontotinya dari belakang.

Kami tiba di sebauh restoran yang tidak jauh dari pejabat tempat kami bekerja dan kami memilih untuk duduk di suatu sudut di restoran itu. Aku melabuhkan punggung di hadapan temanku itu. Tanpa banyak soal aku terus memanggil seorang pelayan dan pelayan muda itu terus mendekati kami. Selesai mengambil pesanan pelayan itu terus berlalu meninggalkan kami.

Aku mengangkat muka memandang temanku yang sedang menongkat dagu, merenungku sambil terukir satu senyuman manis. Aku memandangnya hairan. “Kenapa?” soalku. Dia menggelengkan kepalanya dengan senyuman yang masih terukir.

“Kau tak penat ke Ana? Sibuk padankan orang semua?” soalnya. Aku memandangnya. Terasa seperti ingin ketawa rasanya mendengar pertanyaannya itu. Kali ini dia pula yang mengerutkan kening. Hairan barangkali apabila aku ketawa seperti itu.

“Best tahu tak? Bagus apa tolong orang. Kurang-kurang ramai antara mereka sampai ke jinjang pelamin.” Balasku selamba. Aku tersengih lebar apabila teringatkan ramai antara rakan-rakanku yang telah berkahwin berkat bantuanku. Kan bagus macam tu?

“Maksud aku, kau selalu tolong orang. Kau bila pula?” soalnya, serius. Sekali lagi aku tergelak. Alahai, kawan aku ni macamlah dia tak kenal aku! Bisik hatiku.

“Ala, Lin! Macamlah kau tak kenal aku.” Balasku. Aku memandangnya yang jelas tidak berpuas hati dengan jawapanku itu. “Hati aku dah tertutuplah untuk semua tu. Sekarang yang penting kumpul duit lepas tu pergi melancong satu dunia.” Sambungku lagi. Menghabiskan sisa tawaku.

Lin menghembus nafasnya kasar. Sememangnya dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang ku berikan itu. Lama wajahku ditenungnya. Dan aku pula memandangnya sambil tersengih tidak bersalah. lin antara teman rapatku yang mendengar setiap masalah yang aku hadapi. Dan aku memang hargai kebimbangannya terhadapku.

“Patutlah macam kenal! Mak cik rupanya!” sapa satu suara sinis. Terasa seperti pernah mendengar suara itu. Aku mengangkat muka. Memandang seraut wajah yang sememangnya membuatkan aku meluat. Macam manalah Si Sombong ni boleh sesat dekat sini. Aku mengertap bibir geram. Lin pula memandang kami tidak mengerti.

“Kau buat apa kat sini?” soalku, sedikit kasar tetapi aku masih lagi cuba mengawal nada suara. Dia berpeluk tubuh dan memandnagku dengan senyuman sinis. Reaksi yang benar-benar membuatkan aku sakit hati benar dengannya.

“Beli baju.” Balasnya selamba. Dia masih memandangku dengan pandangannya yang berlagak itu. “Datang makanlah mak cik! Takkan beli baju pula dekat restoran ni. Haih! Kalau dah mak cik tu, memang mak ciklah juga.” Sambungnya lagi. Sakit betul aku dengan jawapannya itu. Nak menyindir aku je kerjanya. Dia menjeling ke arah Lin yang asyik melihat kami berdua. Dia melemparkan satu senyuman manis kepada temanku itu, Lin membalasnya. “Saya Alif!” beritahunya sambil menghulurkan tangan.

“Lin.” Balas temanku itu ringkas sambil menyambut huluran tangan Si Sombong itu. Aku hanya memerhatikan tingkahnya dengan rasa meluat. “Dah makan ke? Duduklah sekali.” Pelawa Lin. Aku tersentak. Memandang temanku itu dengan perasaan tidak percaya. Temanku itu pula tidak mengendahkan aku apabila aku menggelengkan kepalaku tanda jangan.

“Tak apalah! Lain kali je. Lagipun ada orang yang tak sudi.” Balas Si Sombong. Aku menarik nafas lega. Menjeling ke arah Si Sombong yang sudah memandangku dengan pandangan sinis. “Lagipun mak cik kena makan elok-elok. Tak boleh tertekan nanti sakit pula, kan?” sindirnya sambil tersenyum sinis. Eloklah kalau dah tahu. Kenapa tak ‘blah-blah’lagi? Getusku dalam hati. “Datang sini pun sebab nak bertegur sapa je, maklumlah kitakan sedara sekarang mak cik.” Sambungnya lagi. Aku mencebik. Siapa yang nak jadi saudara kau? Tak hingin aku. Kalau boleh aku tak nak ada apa-apa hubungan pun dengan kau. Getus hatiku lagi. “Saya minta diri dulu, ya Cik Lin?” beritahunya. Lin hanya menganggukkan kepalanya sambil senyuman manisnya terukir di bibirnya.

* * * *

Teksi yang ku naiki itu berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Kelihatan kereta along tersadai di garaj. Aku keluar dari perut kereta dan terus melangkah menuju ke arah pagar rumah itu. Loceng ditekan sebelum wajah Kak Lia muncul di muka pintu. Aku melambaikan tanganku sambil tersenyum lebar. Dia membalas senyumanku dan terus melangkah ke pagar untuk membuka kuncinya untukku. Aku menyalami tangannya.

“Ana datang dengan apa?” soalnya. Hairan melihat keretaku tiada. Aku tersengih memandangnya.

“Dengan teksi. Kereta Ana rosak, kak.” Balasku. Dia menganggukkan kepalanya. Kami beriringan masuk ke dalam rumah itu. Kelihatan along asyik melakukan sesuatu di dapur. “Assalamualaikum, along.” Sapaku. Abangku itu sedikit tersentak dan berpaling memandangku dengan senyuman melebar di bibirnya.

“Sampai pun Ana. Along ingat tak nak datang tadi.” Beritahunya. Aku hanya tersenyum. Teringatkan panggilan telefon along malam tadi. Beria-ia benar dia memaksaku datang ke rumahnya hari ini. Katanya mahu makan bersama-sama. Dan aku dimintanya datang awal untuk membantu Kak Lia memasak.

“Ana dah janji nak datang, mestilah datang.” Balasku tenang sambil mendekati along yang sedang mengupas kulit bawang. “Akak nak Ana tolong apa?” soalku sambil mengalihkan pandangan kepada kakak iparku itu. Baru sahaja kakak iparku itu ingin menjawab pertanyaanku, kedengaran salam diberi dari luar rumah. Serentak kami membalasnya. Along pula terkocoh-kocoh keluar, mendapatkan tetamunya itu. Aku hanya memandang Kak Lia yang hanya menjungkit bahu.

Dan beberapa minit kemudia, kedengaran suara along ketawa dan disertai dengan satu suara yang amat aku kenali. Huh? Si Sombong tu datang juga rupanya! Kalau aku tahu tak adanya aku nak datang. Aku terus beralih ke sinki dan berpura-pura sibuk. Kedengaran suaranya menyapa Kak Lia dan aku terus membatukan diri tidak mahu menyapanya.

“Eh, mak cik pun ada rupanya!” kedengaran suaranya jelas di telingaku. Aku berpaling sedikit memandangnya yang sudah memandangku dengan senyuman meleret di bibir. Aku hanya membalas senyumannya acuh tak acuh. Cuba bersabar. “Tak sangka kita jumpa lagi, kan? Macam ada jodoh pula.” Sambungnya. Aku mencebik. Tolonglah! Tak adanya aku ada jodoh dengan kau. Huh! Tak hingin!

“Jomlah Alif. Kita keluar, biar diorang aja yang masakkan untuk kita.” Kata along dengan cara berseloroh. Huh, keluar cepat aku naik meluat kalau kau ada kat sini. Getus hatiku pula apabila aku melihat dia memandang along seraya menganggukkan kepalanya. Namun sempat pula dia memandangku sambil melambaikan tangannya. Paling menyakitkan apabila terpandangkan senyuamn sinis yang terukir di bibirnya. Aku mencebik tanda meluat.

“Sorry lah Ana! Alif tu memang macam tu. Suka mengusik.” Terasa bahuku ditepuk orang. Aku berpaling dan memandang Kak Lia yang tersenyum manis. Aku hanya menganggukkan kepala dan membalas senyumannya. “Ana jangan ambil hati, ya?” sambungnya lagi.

“Tak adalah, kak. Ana okey je.” Balasku pula. Berpura-pura, walaupun pada hakikatnya aku sakit hati benar dengan cara Si Sombong itu menegur dan memanggilku. Tak apa… satu hari nanti aku akan balas balik. Kau tunggu je lah.

Malam itu kami makan malam bersama. Mahu tak mahu terpaksa aku duduk berhadapan dengannya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku pulang segera. Tapi kerana ingin menjaga hati along dan Kak Lia ku bersabar juga. Dia pula sesekali memandangku sambil tersenyum mengejek. Aku pula berpura-pura tidak mengendahkannya.

“Malam ni Ana tidur sini je lah, ya?” tiba-tiba kedengaran suara along berkata. Aku mengangkat muka memandangnya yang tepat memandangku. “Takkan nak balik dengan teksi malam-malam macam ni.” Sambungnya lagi.

“Tak apalah, long. Ana kerja esok. Ala, lagipun Ana dah biasa dengan keadaan dekat sini. Kau macam tak tahu pula.” Balasku pula. Along hanya menggelengkan kepala. Tahu benar sikapku yang sedikit keras kepala.

“Kalau macam tu biar Alif je lah yang hantarkan Ana balik. Bolehkan, Alif?” sampuk Kak Lia pula. Serentak aku mengangkat muka memandang Si Sombong, dan begitu juga dengannya. Dia memandangku dengan senyuman mengejeknya.

“Boleh je kak.” Balasnya selamba. Aku sedikit kaget, tidak menyangka yang dia akan bersetuju untuk menghantarku pulang. “Mak cik jangan lupa tunjukkan jalan. Nanti kita sesat pula.” Beritahunya dengan nada menyindir. Aku mencebik. Huh, kalau macam tu aku lagi rela balik dengan teksi!

“Okeylah macam tu. Kalau tak adalah along risau sangat kau balik sorang-sorang Ana.” Aku hanya mendiamkan diri. Pastinya otakku ligat berfikir tentang alasan yang paling munasabah untukku berikan supaya aku tidak perlu pulang bersamanya. Tak mahu terhutang budi terutama dengan Si Sombang itu.

Sesekali aku memandang jam di dinding rumah itu dan sesekali juga aku menghela nafas panjang. Terasa seperti lambat benar masa berlalu. Jam sudah menginjak ke pukul dua belas tengah malam. Dan kelibat Lin tidak juga muncul. Sebentar tadi aku menelefonnya meminta dia datang menjemputku di sini. Dia bersetuju namun hingga kini dia tidak muncul-muncul. Itulah yang ku beritahu kepada Along dan Kak Lia dengan harapan aku tidak perlu menumpang Si Sombong. Aku memandang ke arah Along dan Si Sombong yang asyik berbual di halaman. Entah apa yang mereka bualkan aku sendiri tidak tahu. Yang pasti aku dapat lihat Si Sombong itu ketawa senang.

Tiba-tiba telefon bimbitku menjerit pinta diangkat. Tergesa-gesa aku mencapainya yang kuletakkan di atas meja di hadapanku. Tertera nama Lin di situ. Cepat-cepat aku menekan butang angkat dan kedengaran suara Lin kalut memberi salam. Aku diburu rasa hairan mendengar nada suaranya.

“Kenapa?” tanyaku. Aku sedikit kaget apabila dia memberitahuku yang dia tidak dapat menjemputku kerana dia perlu pulang segera ke kampung kerana ibunya sakit teruk. Aku menghela nafas panjang dan hanya memberitahunya tidak mengapa. Saat talian dimatikan otakku mula berfikir di mana harus ku cari teksi malam-malam buta begini? Aiya…! Rasanya terpaksalah aku menumpang tidur di sini. Takkan aku nak tumpang Si Sombong tu pula?

“Aik? Kenapa ni Ana?” sapa Kak Lia. Aku mengangkat muka memandangnya sambil tersenyum hambar. Takkan aku nak bagi tahu dia yang aku nak menumpang tidur di sini. “Lin datang tak, Ana? Dah tengah malam ni.” Soalnya.dengan serba salah aku menggelengkan kepala. Dia sedikit terkejut dan aku pula sudah tersengih.

“Dia balik kampung, mak dia sakit kak. Baru je tadi dia bagitahu.” Beritahuku dengan serba salah. Dia menggelengkan kepalanya.

“Kalau macam tu biar aku aja yang hantarkan kau balik.” Kedengaran satu suara menyampuk. Kami berpaling dan memandang Si Sombong yang sudah berdiri berhampiran dengan kerusi yang aku duduk ini. Aku sedikit kaget untuk bersetuju dengan perlawaannya. Aku memandang ke arah Kak Lia yang duduk di hadapanku. “Kalau kau nak tumpang aku tak kisah. Lagipun aku memang nak balik dah.” Entah mengapa aku dapat rasakan keikhlasannya apabila mendengar nada suaranya mengajakku.

Akhirnya aku bersetuju juga. Nak buat macam mana, kalau bukan kerana aku perlu menghadiri mesyuarat esok hari pastinya aku akan bermalam di rumah along. Dan kerana terpaksa aku bersetuju juga. Sesekali aku menjeling ke arah Si Sombong yang focus kepada pemanduannya. Pastinya kami diam membisu sepanjang perjalanan itu. Aku pula bersuara apabila perlu sahaja, itupun semasa ingin menunjukkan lorong mana yang perlu diambilnya. Dia pula hanya menganggukkan kepalanya.

Tak lama kemudian kami tiba di hadapan sebuah rumah teres setingkat. Aku memberitahunya untuk berhemti di hadapan rumah itu. Dan dengan patuh dia memberhentikan keretanya. Suka atau tidak terpaksalah aku menghadap mukanya untuk mengucapkan terima kasih.

“Terima…” dan belum sempat aku menghabiskan kata-kataku itu. Dia terlebih dahulu menyampuk. Aku memandangnya kehairanan. Dia pula tersenyum manis. Kali pertama dia memandangku dengan senyuman begitu di bibirnya.

“Takpe, takpe. Aku tahu kau nak ucapkan terima kasih, kan? Aku tak kisah pun. Tapi kau kenalah tolong aku balik. Betul tak? Barulah adil.” Beritahunya. Aku hanya membisu, menantikan dia menghabiskan kata-katanya. Dia masih lagi dengan senyumannya. “Aku nak kau tolong kenalkan aku dengan Lin tu dengan rasmi. Amacam?” dia mengangkat kening sambil, tersengih. Aku tersenyum sinis mendengar kata-katanya itu seraya menggelengkan kepala.

“I thought so. Patutlah kau tiba-tiba je baik dengan aku. Sebab Lin rupanya.” Selamba sahaja aku berkata. Dia pula memandangku hairan. “Lelaki! Semuanya sama.” Selamba sahaja aku memberitahu sambil tergelak mengejek.

“Hei, sebagai balasan aku bantu kau tukar penampilan mak cik kau ni jadi perempuan idaman ramai. Kau tak rugi apa-apa pun.” Balasnya pula. Entah mengapa aku rasa terhina dengan kata-katanya. Aku hanya membisu dan baru sahja aku ingin melangkah keluar dari kereta itu dia menarik tanganku sedikit kasar. “Aku bukan nak hina kau. Tapi penampilan kau ni buatkan orang ambil kesempatan. Kau patut ubah penampilan kau ni. Bagi aku tolong kau dan kau tolong aku balik sebagai balasan.” Panjang lebar dia berkata-kata. Aku pula hanya membisu. Terus melangkah keluar tanpa berpaling lagi. Huh! Suka hati aja kata aku macam mak cik. Lepas tu anggap aku macam bodoh pula.

* * * *

Lama aku berdiri di hadapan cermin. Buat pertama kalinya aku mula terfikirkan tentang penampilan ‘simple’ ku ini. Selama ini aku tidak pernah ambil berat tentang apa yang aku pakai dan apa yang orang fikir tentang cara aku berpakaian. Tapi, sejak malam itu aku mula terfikirkan kata-kata Si Sombong. Ada juga betulnya. Aku menghela nafas panjang. Macam mana nak ubah penampilan aku ni sedangkan aku tidak pandai bergaya.

Tiba-tiba aku teringatkan kata-katanya sebelum aku berlalu malam itu. Dia sempat memberitahuku untuk menghubunginya jika bersetuju. Perlahan-lahan aku mencapai telefon bimbitku. Lama aku memandang telefon itu. Serba salah untuk menelefonnya. Yelah, jatuhlah air muka aku kalau aku yang telefon dia dahulu. Apa yang harus aku katakan? Aku dah besedia untuk berubah? Atau Lin setuju jumpa kau? Atau … okey, aku akan tolong kau?

Dan ketika aku masih lagi sedang berkira-kira itu, tiba-tiba telefonku menjerit pinta diangkat. Cepat-cepat aku memandang skrin telefonku dan terbaca nama Si Sombong di situ. Aku tersentak. Alamak! Apa mamat ni nak? Cepat-cepat aku menekan butang angkat dan kedengaran suaranya menyapa. Dengan serba salah aku membalas sapaannya.

“Kau nak apa?” soalku, agak dingin. Dia pula menghelas nafas kasar. Dapat aku dengar nafasnya yang kasar menyapa telingaku.

“Saja. Nak tahu keadaan Lin macam mana. Kau ni betul-betul tak nak tolong aku ke?” soalnya. Kendur sahaja suaranya. Aku tetap membisu. Otakku masih ligat berfikir. “Please…! Aku akan tolong kau balik. Aku kenalkan kawan aku macam mana?” sambungnya pula. Aku membisu. Sedikit terasa apabila dia memberitahu yang dia ingin mengenalkan aku kepada kawannya. Apa? Ingat aku ni tak laku sangat ke? Aku tertanya-tanya sendiri.

“Yelah! Aku tolonglah kau. Nanti aku bagitahu Lin kau nak jumpa dia. Nanti aku bagi nombor kau dekat dia. Boleh macam tu?” kataku dengan nada malas. Kedengaran dia ketawa senang. Erm… ‘happy’lah tu! Maklumlah hajat dah tercapai. Aku hanya menghela nafas panjang.

“Thanks! Esok kau jumpa aku. Aku tolong kau ubah penampilan mak cik kau tu.” Balasnya pula. Aku pula hanya mengiakan saat dia memberitahu ingin bertemu ku di Mid Valley. Entah mengapa dengan mudahnya aku bersetuju untuk bertemunya. Hatiku bagai ditarik-tarik untuk bertemu dengannya padahal aku telah mengisytiharnya sebagai musuhku.

* * * *

Mataku melilau mencari kelibat Si Sombong yang tak juga kunjung tiba. Huh, lambat betullah mamat ni! Ngomelku sendirian. Sesekali aku memandang jam di tangan yang sudah menginjak ke pukul 11.30 pagi. Aku mengeluh, kebosanan. Sampai bila aku nak tunggu dia ni? Padahal dia yang janji nak jumpa aku. Kenapa aku pula yang kena tunggu dia?

“Eh, Ana kan?” kedengaran satu suara menyapa. Ha! Sampai pun. Fikirku. Dengan lambat-lambat aku berpaling. Baru sahaja aku ingin menghamburkan kemarahanku, aku tertegun sebentar. Ku pandang wajah yang berdiri di hadapanku kini. Wajah yang sudah lama aku lupakan dari kamus hidup aku.

“Amar?” aku sedikit kaget. Tidak pernah menyangka yang aku akan bertemu dengannya di sini. Dia tersenyum lebar, dan aku pula serba salah untuk membalas senyumannya.

“Kau buat apa kat sini?” soalnya. Dapat aku rasa nada menyindirnya. Aku hanya menggenggam jemariku erat dan berpura-pura senyum. “Don’t tell me, kau datang sini sebab nak jumpa orang dan bagitahu orang tu yang kau suka dekat dia.” Sambungnya lagi. Aku tetap membisu. Malas mahu berbahas dengannya.

Tiba-tiba sahaja aku teringatkan kejadian beberapa tahun lalu. Kalau nak tahu, Amar ni orang pertama yang aku suka. Dan seperti yang aku katakan pada awal cerita aku luahkan perasaan pada orang yang tidak sukakan aku. Malahan orang yang rapat denganku kerana kawan-kawanku. Tapi Amar orang yang paling teruk menghancurkan perasaan aku. Dia bukan sahaja menolak cintaku mentah-mentah, tetapi mengherdikku. Aiya! Itu sebabnya aku paling berharap supaya aku tidak akan bertembung dengannya. Namun hari ini… Malang betullah.

“Tolonglah, Ana! Kau ingat ada ke orang nak dengan kau ni? Sudah-sudahlah tu. Sedarlah diri tu sikit. Kau tu sampai bila-bila pun takkan dapat orang yang handsome macam aku ni jadi boyfriend kau.” Katanya panjang lebar. Aku hanya tersenyum sinis. Ala, kalau handsome tapi perangai macam sampah buat apa! Fikirku pula. “Aku rasa baik kau balik je lah, Ana. He won’t come to meet you.” Sambungnya lagi.

“Apa…?” belumpun sempat aku menhabiskan kataku, kedengaran namaku dipanggil. Aku cam benar suara itu. Serentak kami berpaling ke arah empunya suara. Dapat aku lihat Si Sombong berjalan mendekati kami dengan senyuman melebar.

“Dah lama tunggu?” soalnya selamba saat dia tiba berhampiran dengan kami. Dan dengan tenang juga dia meletakkan tangannya ke atas bahuku. Dia memandangku sambil tersenyum manis. “Maaflah traffic jam tadi.” Sambungnya lagi. Aku hanya menganggukkan kepala dan cuba memaksa diri untuk membalas senyumannya.

“Kau ni siapa?” soal Amar. Kami memandang ke arahnya. Dapat aku lihat wajahnya sudah berubah riak. Baru sahaja aku ingin membuka mulut memperkenalkan Si Sombong kepadanya. Si Sombong terlebih dahulu bersuara.
“Alif. Saya tunang Ana.” Dia memperkenalkan diri sambil mengulurkan tangan ingin bersalaman. Amar kelihatan tersentak. Dan pastinya aku juga terkejut dengan kenyataan itu. Tunang? Biar betul mamat ni?! Aku mengangkat muka, memandangnya. “Dan awak ni siapa?” soalnya tenang.

Lambat-lambat Amar menyambut huluran tangan itu. “Amar.” Balasnya, memperkenalkan diri. Huluran dilepaskan dan Si Sombong mengurut dagunya seolah-olah berfikir.

“Oh, inilah Amar yang sayang bagitahu tu, ya?” soal Si Sombong. Aku kaget apabila dia memanggilku dengan panggilan itu. Mak aih, suka hati je. Fikirku. Namun aku tetap menganggukkan kepala. “Well, Amar! Dengar sini. Aku tak tahu apa Ana dah buat pada kau. Tapi aku harap kau hentikanlah menghina orang. Apa kau ingat kau tu cukup bagus? Mungkin dia silap kerana dia sukakan orang yang tak sepatutnya macam kau. Aku rasa kau yang patut sedar diri kau tu. She doesn’t deserve someone like you.” Panjang lebar Si Sombong berhujah. Aku hanya memandangnya tidak berkedip. Tidak menyangka yang dia akan berkata begitu. Dan saat itu juga jantungku berdegup pantas. Dan pada masa yang sama dia memandangku sambil tersenyum manis. “Jomlah sayang. Saya lapar ni, tadi tak sempat sarapan.” Beritahunya. Lembut sahaja suara. Aku pula hanya menganggukkan kepala.

Dia menarik tanganku dan terus berlalu dari situ. Aku hanya membisu. Tidak tahu apa yang harus aku katakan kepadanya. Untuk berterima kasih atau apa? Aku mula tertanya-tanya. Dan aku masih dapat rasakan genggaman tangannya yang erat menggenggam jemariku. Pastinya aku mula terasa sebak. Entah mengapa saat itu aku terasa seperti mataku berkaca. Langkahku mati serta merta. Langkah turut terhenti. Dia berpaling memandangku tidak mengerti. Aku pula terus menundukkan muka tidak mahu memandangnya.

“Aku nak balik.” Itu sahaja yang aku katakan kepadanya. Kata-kata Amar masih jelas di telingaku. Ada betulnya kata-kata itu. Siapalah aku ini. Takkan ada siapa yang sukakan aku. Hakikat yang tidak dapat dielakkan lagi. “Kau tak payah tolong akulah.” Beritahuku perlahan. Perlahan-lahan aku melepaskan pegangan tangannya. Dia hanya memandangku tanpa suara. Aku mengeluarkan telefon bimbitku dari poket dan menekan-nekan pada papan kekuncinya. Mencari-cari nombor telefon Lin. “Bak handphone kau.” Pintaku selamba. Dia kehairanan. Namun masih mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Aku menekan-nekan papan kekunci pada telefon itu dan menyerahkannya kembali kepdanya.

“Nombor siapa ni?” soalnya, hairan. Aku hanya tersenyum. “Lin?” soalnya ringkas. Aku menganggukkan kepala.

“Kau telefonlah dia nanti. Aku balik dulu. Maaflah, tak dapat nak temankan kau makan.” Beritahuku. Dia hanya memandangku dengan pandangan kosong. Aku pula hanya mampu tersenyum hambar dan terus berpaling. Berlalu meninggalkannya dengan pelbagai rasa yang bermain di dalam dada.

* * * *

Aku hanya melontar pandangan jauh ke luar tingkap. Sesekali menghela nafas panjang. Sebulan berlalu sejak hari itu. Aku langsung tidak tahu apa yang berlaku antara Lin dan Si Sombong. Pastinya aku tidak mahu ambil tahu lagi. Aku takut kalau-kalau aku akan jatuh hati padanya. Dan aku tidak mahu ambil risiko untuk berterus terang. Cukuplah sepuluh kali cintaku ditolak. Aku tidak mahu lagi menambah bilangan rekodku sendiri. Lin juga tidak memberitahu apa-apa tentang hubungannya dengan Si Sombong. Setentunya aku tidak akan bertanya tentang itu.

“Ana, kita pergi makan sama, ya? Dah lama kita tak makan-sama-sama.” Kedengaran suara Lin di muka pintu. Aku berpaling memandangnya dan menganggukkan kepalaku sambil tersenyum. “Aku jumpa kau dekat tempat biasa, okey?” beritahunya sebelum berlalu. Aku menganggukkan kepalaku, tanda setuju.

Apabila tiba waktu makan, aku melangkah longlai keluar dari pejabat. Terasa berat hati, tetapi aku sudah berjanji dengan Lin. Jadi hendak atau tidak aku terpaksa juga bertemunya di tempat biasa. Apabila tiba di restoran itu, langkahku mati serta merta. Dari kejauhan dapat aku lihat kelibat Lin dan seorang pemuda bersamanya. Aku meneguk liur sebutir-sebutir. Baru sahaja aku ingin berpaling meninggalkan restoran itu, kedengaran namaku dipanggil dari jauh. Perlahan-lahan aku kembali berpaling. Memandang Lin yang sudah melambaikan tangannya kepadaku. Dengan senyuman yang dibuat-buat aku melangkah mendekati mereka.

“Kau nak pergi mana tadi?” soalnya. Aku hanya tersengih sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal. Dengan serba salah aku menarik kerusi berhadapan dengan mereka. “Kami dah pesankan untuk kau.” Beritahunya. Aku menganggukkan kepalaku.

“Thanks!” balasku pula. Ringkas sahaja. Pastinya aku sedikit gugup kerana kehadiran Si Sombong di situ. Dapat aku rasakan tajam matanya memandangku. Aku pula hanya berpura-pura seolah-olah dia tiada di situ.

“Aku nak pergi tandas kejap. Korang boraklah dulu, ya?” kata Lin tiba-tiba. Terasa seperti ingin menghalangnya pergi, tetapi aku hanya mendiamkan diri. Mataku hanya menghantar langkah Lin meninggalkan kami dan berlalu ke tandas yang terletak di belakang restoran itu.

Kebisuan beraja antara kami. Sebentar kemudian seorang pelayan mendekati kami dengan membawa tiga gelas air. Tenang sahaja suara Si Sombong mengucapkan terima kasih. Aku pula hanya menganggukkan kepala tanda terima kasih. Dia berlalu meninggalkan kami. Dan seperti tadi kami tetap diam seribu bahasa.

“Kenapa kau dah lama tak pergi rumah Kak Lia? Diorang asyik tanya pasal kau.” Tiba-tiba dia bersuara. Aku mengangkat muka memandangnya sambil tersengih.

“Aku banyak kerjalah. Tengoklah kalau aku sempat aku singgahlah rumah diorang.” Dalihku. Dia menggelengkan kepalanya.

“Kau cuba mengelak dari aku, kan?” selamba sahaja dia bertanya. Aku mula serba salah untuk menjawab pertanyaannya itu. Pastinya kerana ia tepat sekali. Semuanya kerana aku berasa sangat pelik apabila dia berada di sisiku. Aku sendiri berasa hairan tentang perubahan tiba-tiba itu. Aku mula berpura-pura ketawa apabila matanya sekali lagi tajam menikan wajahku.

“Kenapa aku nak mengelak dari kau pula? Tak ada kerja aku nak buat macam tu.” Balasku pula. Masih berpura-pura ketawa. Dia berpeluk tubuh. Mungkin sedikit berang dengan sikap berpura-puraku itu. “Betul! Aku sibuk. Nanti aku pergi rumah diorang.” Sambungku lagi. Dia menongkat dagu. Pandangan matanya berubah dan aku sudah sedikit kaget.

“Kau sukakan aku, kan? Sebab tu kau elakkan diri dari aku. Betul tak?” tekanya. Aku kematian kata-kata. Namun, mataku masih tepat memandang wajahnya. Dia sudah mula mengukir senyuman manis. “Kau takut nak berterus terang, kan? Takut kalau-kalau aku akan tolak kau macam orang yang kau suka sebelum ni. Betul tak?” sambungnya lagi. Aku tunduk. Mencari-cari kata-kata yang sesuai. Akhirnya aku mengangkat muka memandangnya tajam.

“Tolonglah! Takkanlah aku sukakan orang yang aku benci. Lagipun akukan tolong kau kenal dengan Lin. Aku takkan buat macam tu kalau aku sukakan kau.” Tegasku. Memandang tepat ke wajahnya. Berpura-pura ketawa.

“Dahlah Ana. Aku tahu sangat perangai kau tu. Kau rapatkan orang yang kau suka dengan kawan-kawan kau, kan? I know every single thing about you, Ana.” Balasnya tenang. Aku mengertap bibir dan terus bangun. Dia sedikit kaget dengan reaksiku itu.

“Dahlah tu! Aku ni orang yang paling tak layak bercinta. Mak cik macam aku ni tak sepatutnya mempunyai perasaan macam orang lain. Aku sedarlah siapa aku. Kalau aku bagitahu kau, aku sukakan kau sekalipun kau tetap akan tolak juga. Lebih baik aku diamkan aja. Orang macam kau takkan faham, tahu tak?” bentakku kasar. Aku terus berpaling dan melangkah dengan keras meninggalkan restoran itu. Sempat aku memandang wajahnya yang sedikit terkejut dengan kata-kataku yang kasar sebelum aku berlalu.

“Wei, tunggulah!” kedengaran seseorang memanggilku dari belakang. Namun, aku tetap meneruskan langkahku. Tidak mahu berpaling ke belakang. Saat itu juga tanganku ditarik kasar dari belakang. “Dengar dulu apa aku nak cakap.” Kedengaran suara Si Sombong di belakangku. Aku tetap membatukan diri. Tidak mahu memandangnya. Kedengaran dia menarik nafas panjang.

“Apa lagi kau nak cakap?” Keras sekali suaraku.

“Ana, pandang sini dulu.” Lembut sahaja suaranya dipendengaranku. Aku tetap membatu. Langsung tidak menunjukkan bahawa aku akan berpaling memandangnya. Sekali lagi dia menghela nafas panjang. “Aku tahu aku layan kau dengan teruk. Tapi tu semua sebab aku sukakan kau.” Tenang sahaja dia memberitahuku. Aku tersentak. Wajahku terus berubah warna. Namun, entah mengapa aku terasa seperti ingin tertawa.

“Heh? Mestilah kau cakap macam tu sebab aku dah tolong kau rapat dengan Lin, kan? Maaflah aku tak berminat dengan ‘suka’ kau tu.” Selamba sahaja aku membalas. Langsung tidak memandang wajahnya. Dan dengan kasar sekali dia memegang bahuku dan memaksa aku memandang wajahnya. Aku meneguk liur yang sudah terasa kelat. Terkebil-kebil aku memandang wajahnya yang sudah merah padam. Reaksi yang pertama kali aku lihat.

“Suka aku pada kau tak sama macam suka aku pada Lin. Betul aku minta kau kenalkan aku pada Lin, tu semua sebab aku nak tahu pasal kau. Kau faham tak? Aku sukakan kau lebih dari seorang kawan.” Beritahunya. Aku kaget, dan serta merta aku dapat rasakan mataku mula berkaca.

“Tipu.” Perlahan sahaja perkataan itu keluar dari mulutku. Aku hanya tunduk memandang kaki sendiri. Saat itu juga terasa tangannya menyentuh wajahku, mesra. Aku mengangkat muka dan memandang dia yang sudah tersenyum mesra.

“Aku tak tipu. Ikhlas, Ana!” beritahunya. Akhirnya aku hanya menganggukkan kepalaku dan membalas senyumannya. “Kan elok senyum macam ni. Kalau tak macam mak cik je.” Guraunya. Aku mencebik.

“Huh, Si Sombong!” balasku pula. Dia hanya tersengih dan akhirnya kami ketawa bersama.

Siapa kata aku akan jadi ‘andartu’? Akulah kan? Hehehe… maklumlah masa tu aku memang dah tak yakin dengan jodoh aku sendiri. Tapi siapa sangka aku akhirnya berjaya gak dapatkan seorang ‘boyfriend’ untuk aku sendiri. ‘Handsome’ lak tu. Lagi handsome dari mereka yang aku suka sebelum ni. Yess! Erm… tak kisahlah kalau dia seorang yang sombong sekalipun, kerana aku tahu dia sebenarnya seorang yang suka mengambil berat. Apa pun, doakan kami bahagia, okey? Sampai bertemu lagi….!

Ku Juga Mencintai Dirimu...

‘Orang kata hidup tanpa cinta tiada maknanya. Tanpa cinta maka tiadalah manusia di dunia ini. Tapi… itu kata orang. Bagi aku cinta hanya mainan rasa yang hanya menyusahkan hidup. Buat apa bersusah payah dengan cinta, kerana akhirnya diri juga yang akan merana. Bukankah itu hanya menyusahkan? Cinta dan mencintai… hanya perbuatan bodoh yang dilakukan oleh orang bodoh. Aku belajar dari pengalaman orang. Dengan memerhatikan akibat bercinta yang sungguh menyakitkan. Kecewa dan bahagia, berapa orang sangatlah yang merasa bahagia, sedangkan ramai lagi yang menderita.’

Lambat-lambat Daniel membaca catatan itu. Dia mengeluh berat. Nyata gadis itu keras hatinya. Sudah pelbagai cara dilakukan untuk memikat hati gadis itu. Namun usahanya hanya tinggal usaha. Satu pun tidak berhasil. Susah sangat ke dia nak jatuh cinta dengan aku? Soalan itu kerap kali menerjah benaknya. Kepala digeleng-gelengkan.

“Ehem….” Kedengaran satu suara berdehem di belakangnya. Daniel berpaling. Seorang gadis memandangnya sambil tersenyum. “Kau tengah buat apa tu?” soalnya sambil mendekati pemuda itu.

Dia menggelengkan kepalanya. Memandang gadis itu sambil tersenyum kelat. “Nothing!” balasnya pendek.

Gadis itu melabuhkan punggungnya di hadapan pemuda itu. Wajah kacak itu direnungnya. Senyuman terukir di bibir gadis manis itu. Dia menongkat dagu. Mata masih asyik menganalisa pemuda yang dianggapnya seperti abang sendiri. “Eleh… jangan tipu akulah! Macamlah aku tak kenal kau, Danny!” ujarnya bersahaja.

Pemuda itu mengukir senyuman terpaksa. Matanya kembali memandang catatan ringkas yang berada dalam genggamannya sedari tadi. Dia mengangkat muka, memandang ke arah gadis manis itu. Satu keluhan berat dilepaskan.

“Apa kurangnya aku? Kenapa susah sangat dia nak terima aku?” soalnya tiba-tiba.

Senyuman gadis itu semakin melebar. Mengertilah kini apa yang tersirat di fikiran pemuda itu. Dia tahu benar siapakah gadis yang dimaksudkan oleh pemuda di hadapannya itu. Dia mengangkat kening. Berpura-pura terkejut.

“La… kau tak settle lagi ngan Hani. Aku ingatkan korang dah okey!” dia tertawa.

“Okey apanya! Kau tahu tak, dia selalu bagi alasan yang tak masuk akal semata-mata nak tolak cinta aku. Kenapa? Aku tak layak untuk bersama dia ke?” soalnya – agak keras.

Gadis itu menjungkit bahu. Bukan dia tidak mengenali gadis itu, malahan dialah yang memperkenalkan gadis itu kepada pemuda yang sedang kekusutan tika ini. “Entahlah… aku pun tak faham dengan dia tu.” Balasnya selamba sambil menjungkit bahu.

Kedua-duanya hanya membisu seribu kata. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Keras hati Hani sukar untuk dilembutkan. Memerlukan cara yang sangat halus untuk melembutkan hati yang sememangnya keras sejak dulu. Ego Hani terlampau tinggi mengalahkan lelaki pula lagaknya. Daniel mengerling ke arah jam tangannya. Tepat pukul 2.00 petang. Sudah tiba masanya untuk dia pulang ke pejabat. Dia kembali memandang ke arah gadis itu.

“Okeylah, Ain aku balik office dulu, ek?” dia bangun. Ain hanya mengangguk mengiakan. Daniel bangun ingin berlalu, namun langkahnya mati. Dia kembali memandang Ain. “Sampaikan salam aku pada dia, ya?” pesannya.

“Dia?” Ain kehairanan. Daniel mengangguk. “Siapa?” soalnya masih tidak mengerti. Atau sebenarnya dia berpura-pura tidak mengerti.

“Kau tahu aku bercakap pasal siapa, kan?!” balasnya selamba. Ain mengangguk mengerti. Erm… tak pasal-pasal dua-dua emosional jadinya. Getusnya sendirian.

Daniel melangkah pergi meninggalkan restoran itu. Ain mengekori langkahnya dengan ekor mata.dia mengeluh berat. Aduh… apa nak jadilah dengan budak dua orang ni! Budak? Macamlah aku tua sangat. Hehehe…

Lama dia duduk di situ. Tiba-tiba kedengaran lagu ‘Because I Love You’. Ain tersentak Dia tercari-cari dari mana arah datangnya lagu kegemarannya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Pantas dia membuka tas tangannya – mencari-cari hand phonenya. Panggilan itu dijawabnya. Kedengaran satu suara menyapa.

Ain kenal benar siapakah pemanggil itu. Dia hanya mendengar kata-kata yang lahir daripada mulut pemanggil itu. Dia menepuk dahinya – nyata dia terlupa tentang sesuatu. Berkali-kali dia meminta maaf. Cepat-cepat dia bangun dari duduk dan tergesa-gesa meninggalkan restoran itu.

* * * *

Aduh… lambat benar minah ni! Nasib baik kawan aku, kalau tak dah lama aku tarik diri dari jadi rakan kongsi dia. Getus Hani. Sesekali matanya merenung jam yang dipakai. Dia mengeluh berat. Kehadiran Ain di pejabat hari itu sangat penting. Mesyuarat yang bakal berlangsung akan mengubah nasib syarikat perkongsian mereka.

“Cik Hani, pegawai daripada Garnett Associates dah tiba. Mereka ada di bilik mesyuarat.” Julia muncul.

“What? Julia tolong lengahkan masa kejap lagi boleh, tak? Cik Ain belum sampai lagi.” Beritahunya. Julia mengangguk – tanda bersetuju. Dia meninggalkan ketuanya yang keresahan itu.

Tak lama kemudian, Ain muncul. Terkocoh-kocoh masuk ke dalam bilik kecil milik Hani. Temannya itu menarik nafas lega. Senyuman yang mati sedari tadi, kini mekar kembali.

“Jom! Kita dah lewat!” beritahunya sambil menarik tangan Ain keluar dari bilik itu. Terkial-kial Ain mengekori langkah Hani yang pantas. Sememangnya temannya itu seorang yang kalut. Terburu-buru dalam semua perkara. Terutama yang berkaitan dengan kerja.

Mereka tiba di bilik mesyuarat. Seorang gadis dan seorang pemuda sudah sedia menunggu ternyata terkejut dengan kemunculan kedua-duanya. Mereka mengukir senyuman. “Saya Hani… dan ini rakan kongsi saya Ain.” Hani memperkenalkan dirinya. Mereka berjabat tangan tanda urus niaga akan bermula.

* * * *

Masuk entah kali ke berapa Daniel merenung telefon yang berada di sisi katilnya. Dan entah berapa kali juga dia berkira-kira ingin menghubungi gadis idamannya. Tapi… dia tidak mampu melakukan semua itu. Hanya terlintas di fikiran tapi untuk menjadikan semua itu kenyataan bukan satu perkara yang mudah.

Dia mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding. Tepat jam 12.00 tengah malam. Agak-agaknya dia dah tidur ke? Dia bertanya dirinya sendiri. Kepala diletakkan di atas tangan – merenung siling.

Segalanya masih jelas di ingatan Daniel. Buat pertama kalinya dia bersusah payah mendapatkan cinta seorang gadis, dan buat pertama kali jugalah cintanya ditolak. Masih bermain di ruang matanya bagaimana dengan tenang Hani menolak cintanya. Dia memandang ke arah kertas kecil yang dihulurkan saat terakhir mereka keluar bersama.

Pendapat Hani tentang cinta. Nyata gadis itu takut untuk bercinta. Daniel mengeluh berat. Kali ini dia nekad. Dia perlu lakukan sesuatu supaya Hani tetap menjadi miliknya, walaupun dia terpaksa menggunakan kekerasan. Daniel benar-benar nekad. Dia mula menghitung hari. Dua hari lagi hari jadinya yang ke-25. Dia ingin benar menyambut hari itu bersama Hani. Tapi… sudikah dia menghadiri majlisku itu? Dia tertanya-tanya. Mana taknya, daripada apa yang didengarnya Hani kuat bekerja, hinggakan kesihatannya sering kali terjejas.

Sekali lagi dia berpaling memandang ke arah telefon yang tersadai di sisi katil. Keras sekali suara hati mendesak supaya menghubungi gadis itu. Akhirnya dia akur dengan desakan suara hati yang kian menggila. Lambat-lambat dia menekan nombor telefon Hani. Lama menunggu, akhirnya kedengaran satu suara memberi salam. Daniel membalas salam itu dengan tenang. Keyakinan mengusai akalnya supaya bijak bertindak.

“Hani… ini aku Daniel!” Dia memperkenalkan diri. Tiada satu suara pun kedengaran. Nyata si penerima terkejut dengan panggilan yang tidak diundang itu.

“Ha… ada apa? Aku sibuk ni.” Balas Hani – selamba.

“Susah betul nak bercakap dengan wakil rakyat ni. Buzy memanjang.” Guraunya. Kedengaran satu tawa kecil. Daniel tersenyum. Tawa yang dirinduinya akhirnya kedengaran jua. “Kau tengah buat apa tu?” soalnya sekadar berbasa basi.

“Buat kerjalah.” Tenang saja dia menjawab.

“What? In this moment? Kau dah gila?” soalnya – berpura-pura terkejut. Sememangnya dia tahu gadis itu kuat bekerja. Malah itulah jawapannya setiap kali dia menelefon gadis itu.

“Ala… macamlah kau tak tahu! Apa kes tiba-tiba cari aku ni?”soalan itulah yang bisa menghancurkan hati Daniel. Mana taknya gadis itu bertanya seolah-olah dia mengganggu gadis itu menyiapkan tugasan.

“Er… sebenarnya aku nak ajak kau celebrate birthday aku. Boleh tak?” soalnya. Sekali lagi Hani membisu. Dia hanya mendiamkan diri.

“Tengoklah kalau aku tak buzy. Nanti kalau aku ada masa aku pergilah!” tenang sahaja jawapan Hani itu. Daniel mengeluh.

“Aku harap kau dapat hadir.” beritahunya sebelum memutuskan panggilan telefon.

Di rumah Hani diburu rasa serba salah. Dia mengerling ke arah kelendar di atas meja. Dia tahu benar hari lahir pemuda itu. Haruskah dia menghadirinya? Jika dia ke sana pastinya dia seolah-olah memberi harapan kepada pemuda itu, dan itulah yang amat dielaknya. Hani mengeluh berat. Tidakkah dia mengerti yang aku tidak akan menerima dia dalam hidupku? Tidakkah dia bosan mencuba menambat hatiku? Tapi… benarkah aku tidak mencintai dirinya? Jika tidak mengapa hatiku berdebar saat mendengar suaranya sebentar radi? Hani tertanya sendirian. Dia semakin keliru.

Dia membaringkan tubuhnya ke atas katil. Masih jelas soalan yang ditanyakan oleh Ain kepadanya sebentar tadi. Bukan dia yang tidak layak, tapi aku…. Itulah jawapan yang dia berikan. Percaya atau tidak, dia seolah-olah ingin menjadi sebahagian dari hidup Daniel. Namun… perbezaan taraf yang menghalang Hani dari bersetuju menerima lamaran cinta daripada Daniel. Malah usia mereka turut menghalang Hani. Usianya setahun lebih tua daripada Daniel. Dia tidak mampu untuk menganggap Daniel itu kekasihnya sedangkan akalnya sering kali terfikir tentang apa pandangan orang.
Hani bingkas bangun. Mungkin ada baiknya dia pergi ke majlis hari jadi Daniel itu dan menerangkan segalanya kepada pemuda itu. Bukan tentang hati dan perasaannya terhadap pemuda itu, tetapi tentang jurang yang wujud antara mereka. Biarlah dia kecewa sekarang sebelum kecewa di masa hadapan. Hani mengangguk – nekad dengan keputusannya.

* * * *

“Hi, honey! Still remember me?” muncul seorang gadis lantas memaut leher Daniel. Pemuda itu kaget sebentar. Dia berpaling. Seorang gadis mengukir senyuman manis. Berkerut dahi Daniel memikirkan siapakah gadis itu. Dia cuba melepaskan pegangan gadis itu, namun jemari gadis itu erat sekali memaut lehernya.

“You ni siapa?” soalnya tenang.

Perlahan-lahan gadis itu meleraikan pautannya. Dia merungut kecil. Menarik muka masam, namun dia masih cantik di mata Daniel. “Sampai hati you. Dah lupalah tu. I… Maya!” beritahunya – selamba.

Maya? Rasa macam pernah dengar. Erm…tapi kat mana? Dia tertanya sendirian. Dia berpaling mengukir senyuman manis. Terlintas niat jahat difikirannya. Apa salahnya kalau dia gunakan gadis ini untuk mengenakan Hani. Sedikit sebanyak dapat juga dia tahu apa reaksi gadis itu bila melihat dia bersama gadis lain. Jahat jugak aku ni. Hehehe…

“Sorrylah! I tak cam tadi!” pintanya biarpun dia masih tidak mengenali siapakah gadis itu sebenarnya. Mereka berjalan seiringan menuju ke tempat kereta Daniel diparkir. Maya terusan memaut lengan pemuda itu. Daniel masih tersenyum, biarpun dia rimas diperlakukan begitu oleh Maya. Rancangan telah dibuat dan tidak mungkin dia akan merosakkan rancangannya sendiri.

“Honey… dua hari lagi birthday you, kan?” soal Maya tiba-tiba. Daniel hanya mengangguk. Dia langsung tidak berminat untuk bertanya bagaimana gadis itu mengetahui tarikh kelahirannya. “You nak present apa?” soal gadis itu lagi.

Lama dia membisu. Akhirnya dia tersenyum senang. “I don’t want anything from you, since I have you, as my sweetheart.” Daniel mencubit pipi Maya – mesra sekali. Ya… lusa adalah harinya. Kau akan kalah Hani! Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia tertawa senang dalam hati. Dia pasti yang dia dapat melembutkan hati yang keras itu dan memusnahkan ego yang bermaharajalela dalam diri Hani. Setentunya Daniel tidak sabar menanti hari esok menjelang.

* * * *

“Jomlah… apa yang ditunggu lagi?” soal Ain. Hairan dengan sikap Hani hari itu. Dia kelihatan seolah-olah dia dalam keadaan serba-salah. Pantas dia menarik tangan Hani. Kedua-duanya melangkah mendekati seorang pemuda yang asyik melayan tetamunya. Salam diberi dan pemuda itu membalasnya tenang seraya berpaling. Jantung Hani berdebar saat melihat pemuda itu mengukir senyuman. Dia mengajar diri supaya bersikap tenang kerana kedatangannya adalah untuk menerangkan tentang hubungan mereka. Tapi… sudah bersediakah dia untuk melakukan semua itu?

“Happy birthday, bro!” ucap Ain sambil menghulurkan hadiahnya. Daniel menyambut sambil bibirnya mengukir senyuman paling manis. Hani terpegun seketika, namun nyata egonya tinggi melangit hinggakan tiada siapa yang tahu apa yang tersirat di fikirannya.

“Ini untuk kau!” ucapnya tenang sambil menghulurkan hadiah itu kepada pemuda itu. Daniel menyambutnya selamba dan acuh tak acuh.

“Pergilah makan. Kejap lagi aku join korang.” Katanya sebelum berlalu menghilang di balik orang ramai. Kedua-dua orang gadis itu melangkah menuju ke arah meja makanan yang sarat dengan hidangan. Selesai mengambil makanan mereka melangkah ke satu sudut dan menjamu selera di atas kerusi batu. Mata Hani sempat menjeling ke arah meja hadiah yang tersusun pelbagai bentuk hadiah. Besar kecil semuanya ada. Dan hadiah daripadanyalah hadiah yang paling kecil. Hani hanya mengukir senyuman.

“Okay, guys! Masa untuk bukak hadiah.” Beritahu si juruacara. Semua tetamu bertepuk tangan dan ada yang bersorak. Daniel muncul bersama Maya di sebelahnya. Kedua-dua teman baik itu tertanya-tanya siapakah gadis cantik di sebelah Daniel itu. Mereka membuat pilihan secara rawak dan tanpa disangka mereka memilih hadiah daripada Hani. Malah mereka membaca ucapan yang tertulis di kad kecil itu. Merah padam wajah Hani. Terasa seolah-olah diri dipermainkan. Ain di sebelah menepuk bahunya. Mengajarnya supaya bersabar.

Hadiah kecil itu di buka. Semua tetamu tertegun melihat isi kotak kecil yang terbalut kemas sebentar tadi. Boneka kecil berbentuk kepala itik kini menjadi tumpuan ramai. Daniel ketawa tiba-tiba. “Siapalah yang bodoh sangat bagi benda ni? Ingat aku ni budak-budak ke?” selamba saja dia mengherdik boneka itu. Dan semua tetamu turut tertawa.

Hani menarik nafas panjang. Cuba bersabar. Tapi… setakat manalah kesabaran yang dia ada apabila melihat hadiah pemberiannya tidak dihargai. Terasa seperti air jernih mula bergenang di matanya tatkala melihat Daniel dengan selamba melemparkan pemberiannya ke satu sudut. Dia berundur perlahan-lahan. Ain turut tergamam.

Hani berlari meninggalkan majlis itu dan Ain hanya mampu memandang temannya meninggalkan rumah Daniel. Dia kembali memandang ke arah Daniel yang masih enak tertawa. Dia merengus – geram dengan sikap Daniel yang dianggap melampau. Tajam sekali dia merenung Daniel dan gadis cantik di sebelah pemuda itu. Mana taknya kedua-duanya masih senang mengata hadiah pemberian Hani itu.

Dia berpaling ingin meninggalkan majlis itu, namun langkahnya mati kerana Daniel memanggil namanya. Dia berpaling dan memandang ke arah pemuda itu yang sedang melangkah ke arahnya. Dia segera menarik muka masam.

“Kau nak ke mana?” soalnya.

“Balik!” balasnya selamba. Terangkat kening Daniel mendengar jawapan daripada Ain itu.

“Kenapa?” soalnya hairan.

“You know why!” balas Ain sambil melangkah pergi.

Daniel mengeluh. Dia mengerti mengapa gadis itu ingin pulang awal. Dia menggelengkan kepalanya. Tapi… itulah satu-satunya cara untuk membuatkan Hani mengakui perasaannya terhadapnya. Sekali lagi dia mengeluh.

“Kenapa ni, sayang?” Maya muncul di sebelahnya. Dia menggelengkan kepalanya. Dia berpaling meninggalkan Maya. Daniel nyata tidak lagi berminat untuk meneruskan majlis itu. Maya terpinga-pinga melihat pemuda itu membawa diri ke tingkat atas rumahnya. Maya hanya mengangkat kening. What ever!!!

* * * *

Hani berkisar. Ke kanan dan ke kiri. Tetapi matanya tidak juga mahu pejam. Dia merenung hand phonenya. Kenapa dia tak telefon aku. Argh… kenapa aku harus menantinya sedangkan dia dah sakitkan hati aku? Hani kekusutan. Dia merengus – kurang senang dengan sikapnya sendiri. Dia merenung siling. Melayan perasaan sendiri. Tapi… ada baiknya jika dia bertindak sebegitu. Sekurang-kurangnya aku tahu yang dia tidak serius terhadapku. Fikir Hani. Senyuman terukir di bibirnya, tapi tidak lama kemudian dia kembali serius. Lelaki… memang begitu. Mudah berputus asa. Mudah berubah hati. Dia menghela nafas panjang.

Tiba-tiba hand phonenya berbunyi. Lambat-lambat Hani menyambut panggilan itu. Kedengaran suara Ain memberi salam. Dia membalas salam itu tenang. Masih mahu menyembunyikan perasaannya yang sebenarnya.

“Kau okey, Hani?” soal Ain – agak risau dengan keadaan Hani. Sesungguhnya dia rasa bersalah terhadap temannya itu. Dia sendiri tidak menyangka yang Daniel akan bertindak begitu. Semuanya berlaku di luar jangkaannya. Sikap Daniel sebentar tadi berlainan benar – seolah-olah pemuda itu bukan Daniel yang dikenalinya.

“Okey! Kau tak perlu risau.” Balas Hani selamba. “Apa yang nak disedihkan, Ain? Aku ngan dia kan takde apa-apa hubungan. Finally… aku dah tak perlu lagi nak bagi alasan pada dia yang aku tak akan sukakan dia.” Ujar Hani – tenang.

Kedengaran Ain merengus marah. Nyata dia tidak sukakan penjelasan daripada Hani itu. “Kenapa susah sangat kau nak mengaku yang kau sukakan dia? Kau tak perlu jaga ego kau tu. I can see that you love him by the way you look at him.” Beritahu Ain. Nada suaranya sudah berubah. Tidak semesra tadi.

“Come on… me? Love that guy? Please!” Hani tertawa dengan tawanya yang sengaja dibuat-buat.

“Itulah kau… masih tak nak mengaku? Kalau betul kau tak sukakan dia kau takkan tinggalakan majlis tu bila dia buang hadiah engkau. Sebab kau dah tahu yang dia dah tak cintakan kau.” Kali ini nada Ain kembali tenang. Tidak setengang tadi. Hani membisu. Ternyata dia tidak dapat menyangkal kata-kata Ain itu. Tapi… benarkah aku mencintainya? Dia masih ragu-ragu. “Mengaku jelah Hani! Kau tak boleh nak tipu aku lagi!”

Hani merengus. “I don’t know! Aku sendiri keliru, Ain! Aku tak tahu apa perasaan aku terhadap Daniel!” kali ini Hani bersuara. Berterus-terang tentang perasaannya terhadap pemuda yang bernama Daniel itu.

“Aku boleh bantu kau! Tapi… dengan syarat kau mesti mengaku yang kau sukakan dia.” Beritahu Ain. Nyata dia gembira mendengar kata-kata Hani sebentar tadi. Hani hanya membisu. Tidak mahu memberi sebarang komen tentang saranan Ain itu. Panggilan diputuskan. Hani kembali melayan perasaan. Apakah aku benar-benar sukakan dia? Kekeliruan itu masih membelengu dirinya.

* * * *

Daniel resah di bilik. Masih rasa bersalah dengan tindakannya sebentar tadi. Terasa dirinya begitu kejam. Dia bukan sahaja memalukan Hani dengan membaca kadnya di khalayak ramai, malah membuang pemberian gadis itu. Dia meraup mukanya dengan tangan. Mencari-cari ketenangan.

Dia teringatkan sesuatu. Pantas dia keluar dari bilik lalu menuju ke tingkat bawah rumahnya. Dia perlu mencari hadiah itu. Walaupun pemberian itu hanya boneka murah yang dijahit sendiri, tapi… pemberian itu sungguh bermakna buat Daniel. Tiba saja di tingkat bawah, matanya mula mencari. Puas dicarinya, namun dia masih gagal mencari boneka kecil itu. Dia hampir berputus asa hinggalah matanya terpandang sesuatu berhampiran dengan kerusi rotan di satu sudut bilik itu. Cepat-cepat dia mendapatkan barang itu. Senyuman puas terukir di bibir Daniel.

Rancangan akan diteruskan. Selagi dia tidak mahu mengakui perasaannya terhadapku, aku tidak akan berhenti menyakiti hatinya. Biarpun aku sendiri merasa sakitnya hati yang dilukai. Daniel duduk di kerusi itu sambil jemarinya menggenggam erat boneka itu. Oh Tuhan… bantulah aku! Pohonnya. Dia memejamkan matanya. Dan wajah Hani bermain di ruang ingatan. Cinta memang menyakitkan jika ia ditolak. Tapi… aku akan memastikan cintanya milikku, bukan milik orang lain. Nekad Daniel.

* * * *

Seminggu berlalu. Daniel tidak lagi menganggu, malah dia tidak lagi menghubungi Hani mahupun Ain. Tidak kedengaran langsung berita tentangnya. Hani diburu rasa risau. Entah mengapa dia mula merindui pemuda itu. Rindu dengan tawa dan usikan Daniel. Lama dia termenung hinggakan kehadiran Ain di bilik kecil itu tidak disedarinya. Ain hanya tersenyum. Tahu apa yang tersirat di fikiran teman baiknya itu. Mana taknya, sejak kebelakangan ini kerap benar Hani bertanyakan tentang Daniel. Huh, kalau dia masih tak nak mengaku lagi aku tak tahulah apa nak cakap!

“Teringatkan Daniel lagilah tu!” teka Ain. Hani mengangkat muka memandang Ain yang tersenyum penuh makna dan serta merta jugalah wajahnya berubah merah padam. Perlahan-lahan Hani mengangguk – mengiakan kata-kata Ain itu. Dia tidak lagi mampu menipu dirinya sendiri. Biarlah dia memusnahkan egonya sendiri sebelum dirinya merana.

Ain melabuhkan punggung di hadapannya. Merenung wajah Hani – lama. Jemari Hani digenggamnya – erat. Senyuman yang terukir di bibirnya menyimpan makna yang tersendiri. “Semalam… dia ada call aku!” beritahu Ain. Lama wajah manis Ain direnung Hani. Tidak sabar mendengar cerita yang seterusnya. “Dia kata dia nak minta bantuan kita hiaskan restoran kawan dia. Kau boleh tolong tak? Aku… ada kerja sikit. Kau gantikan aku! Inilah masanya untuk kau rampas Daniel kembali daripada minah gedik tu.” Sambung Ain lagi.

“Tapi… aku malulah! Dulu bukan main lagi aku tolak cinta dia sekarang terhegeh-hegeh nak tuntut kembali.” Hani menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Berlagak seolah-olah dia tidak berminat walaupun pada hakikatnya dia sedikit gembira dengan cadangan itu.

“Aku tahu dia akan faham kalau kau terus-terang dengan dia. Trust me… I know my brother.” Ain menyakinkan temannya itu. Perlahan-lahan Hani menganggukkan kepalanya.

* * * *

Daniel melangkah masuk ke dalam restoran yang telah siap diubah suai itu. Seorang lelaki muncul mendapatkannya. Daniel tersenyum apabila lelaki itu semakin mendekatinya. “Danny, kawan yang kau rekomen tu memang baguslah! Thanks a lot, dude!” mereka bersalaman. Kedua-duanya tersenyum.

“Don’t mention it! Kitakan kawan.” Balas Daniel. Temannya itu mengangguk.

“Hi, sayang!” Maya menyapa sambil memaut tangan Daniel. Teman Daniel itu hanya mengukir senyuman.

“Lan, aku kenalkan Maya. Girlfriend aku!” Daniel memperkenalkan gadis itu kepada Mazlan. Temannya itu terpinga-pinga seketika.

“Maya? Hani macam mana?” soalnya – hairan. Mana taknya dahulu teman lamanya itu pernah bercerita tentang seorang gadis yang hatinya sekeras batu. Pernah juga Daniel memberitahu yang dia akan berusaha mendapatkan cinta gadis itu, tapi kini… lain pula jadinya.

Daniel hanya mengukir senyum mendengar soalan Mazlan itu. Tidak tahu bagaimana ingin menjawab pertayaan itu. Dia berpaling memandang ke arah Maya di sebelahnya. Dia membalas senyuman gadis itu – hambar sekali.

“Sudahlah! Jom aku belanja kau!” ajak Mazlan. Daniel menurut saja langkah kaki Mazlan. “Oh ya, Danny! Lupa plak aku. Kawan kau bukan saja bagus malah dia pandai nyanyi. Aku minta dia nyanyi hari ni! Jomlah, aku dah pilih tempat kau kat depan pentas.” Beritahu Mazlan.

Daniel terpinga-pinga. Nyanyi? Ain? Setahu aku dia dah lama berhenti menyanyi kat khalayak sejak couple ngan Zack. Pelik! Namun dia tetap mengekori langkah Mazlan. Mereka tiba di tempat duduk yang dimaksudkan. Kedua-duanya melabuhkan punggung. Mazlan pula meminta diri untuk mendapatkan menu buat temannya.

Daniel asyik berbual dengan Maya hinggakan kehadiran seorang gadis di atas pentas itu tidak dipedulikan. Kedengaran bunyi gitar, dan bunyi itulah yang menarik perhatian Daniel dan Maya untuk memandang ke pentas. Gadis yang bermain gitar itu tersentak apabila memandang Daniel dan Maya di hadapannya.

“Ha…Hani?” Daniel terkejut dengan kemunculan Hani di situ. Bunyi gitar mati serta-merta. Daniel merenung gadis itu. Serta-merta muzik berubah rentak. Daniel masih memandang tepat ke arah gadis itu. Maya yang berada di sebelahnya tidak dipedulikan. Dia asyik memandang wajah yang amat dirinduinya itu.

“Saya… tujukan lagu ini buat si dia. Dengarkan…” Hani membuat pengumuman. Para pelanggan restoran itu bersorak, dan Hani mengukirkan senyuman manis lantas melontarnya kepada Daniel. Pemuda itu terpana. Betulkah itu Hani yang aku kenali? Gadis yang hatinya sekeras batu tapi kini melontarkan senyuman manisnya kepadaku? Daniel keraguan. Hani mula menyanyi.

“Sukarnya untukku lupakan….
Sinar matamu yang menawan….
Terbayang-bayang tiap masa….
Senyummu menggoda….
Kehangatan terasa di jiwa….
Tika kau lafaz kata cinta….
Tubuh membeku seketika….
Seakan sukar ku percaya….
Ku juga mencintai dirimu….
Mengapa sukarku luahkan….
Bukan sengajaku menahan….
Bibir membeku lidah terkelu….
Ku juga mencintai dirimu….
Kau amat sempurna buatku….
Bukan sengaja ku biarkan…
Kanku ucap jua padamu…” Hani sempat memandang ke arah Daniel. Dia menganggukkan kepalanya. Seolah-olah memberi isyarat yang dia benar-benar memaksudkan nyanyiannya itu. Daniel tertegun seketika.

“Sukarnya untukku ucapkan…
Ku takut akan kehilanganmu….
Akanku buat segalanya…
Untukmu kekasihku….
Cuma satu yang belum terluah
Kata cinta kau nantikan…
Bilakah masa dan ketika…
Sukar untukku menjawabnya…
Oh….
Ku juga mencintai dirimu….
Mengapa sukarku luahkan…
Bukan sengaja ku menahan…
Bibir membeku lidah terkelu…
Ku juga mencintai dirimu…
Kau amat sempurna buatku
Bukan sengajaku biarkan…
Kanku ucap jua padamu…
Semalaman…
Ku menunggu panggilanmu...
Pabila terdengar suaramu….
Ku terlupa segalanya….
Oh….
Ku juga mencintai dirimu….
Mengapa sukarku luahkan…
Bukan sengaja ku menahan…
Bibir membeku lidah terkelu…
Ku juga mencintai dirimu…
Kau amat sempurna buatku
Bukan sengajaku biarkan…
Kanku ucap jua padamu….” Hani bangun lalu turun dari pentas dan dengan tenang dia melangkah mendekati Daniel dan pasangannya.

Kedua-duanya kaget. Maya hanya memandang Hani yang mendekati mereka berdua. Daniel berdiri memandang Hani dengan pandangan yang tidak percaya. Hani masih tersenyum. Maya berdiri – memaut lengan Daniel erat.
“Sayang you kenal ke perempuan ni?” soal Maya. Namun Daniel hanya membisu. Dia seolah-olah lupa dengan kehadiran Maya di sisinya. Mata Daniel masih tetap memandang Hani. Dia hanya mengawasi tingkah laku Hani dengan pandangan matanya. Perlahan-lahan Hani melutut di hadapan Daniel. Sambil menghulurkan tangannya kepada pemuda itu.

“Sudikah kau menjadi sebahagian daripada hidupku?” ujarnya – tenang. Para pelanggan restoran itu membisu seribu kata. Menanti jawapan daripada Daniel. Daniel pula masih merenung jemari Hani yang dihulurkan kepadanya itu. Maya memandang kedua-duanya kurang senang.

“Sayang, jom kita balik!” rengek Maya. Kali ini Daniel mengalihkan pandangannya. Dia memandang ke arah Maya terpinga-pinga seolah-olah dia baru menyedari yang gadis itu berada di sebelahnya.

“I…” Daniel tidak mampu bersuara. Sememangnya dia tidak menyangka sama sekali yang Hani akan bertindak sejauh itu. Melamarnya! Diulang… saat ini Hani sedang melamarnya. Dia kembali memandang ke arah Hani. “Aku…” suara Daniel tersekat di kerongkong.

“Jom…” Maya mula menarik tangan Daniel.

Hani berdiri. Senyuman masih terukir di bibirnya. Kepalanya dianggukkan. Matanya tepat memandang Daniel dan beralih pula ke arah Maya. “Aku faham… maafkan aku, Danny! Betul kata orang, kita akan menghargai apa yang kita ada bila benda itu tiada bersama kita. I accept it! Maafkan aku kiranya aku pernah sakitkan hati kau.” Beritahu Hani – tenang. Dia berpaling.

Daniel berusaha melepaskan dirinya daripada Maya. Dengan kuat dia merentap lengannya apabila melihat Hani sudah mula mengorak langkah menuju ke pintu restoran itu. Cepat-cepat dia mengejar langkah kaki Hani. Lengan gadis itu ditariknya. Langkah kaki Hani mati serta merta. Dia berpaling. Kaget melihat Daniel menggenggam jemarinya – erat.

“Danny…” kata-kata Hani mati di situ apabila Daniel meletakkan jati telunjuknya ke bibir Hani. Perlahan-lahan Daniel meraih Hani ke dalam pelukannya. Erat sekali tubuh itu dipeluknya. Seolah-olah dia tidak mahu melepaskan gadis itu. Mata Hani mula berkaca. Lambat-lambat dia membalas pelukan Daniel. Pelanggan-pelanggan restoran itu mula bersorak. “I’m being in love with you!” Beritahu Hani separuh berbisik. Daniel menganggukkan kepalanya.

“Me neither!” balas Daniel.

Maya hanya memandang pasangan itu. Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang. Dia berpaling. Seorang lelaki memandangnya sambil tersenyum. Maya membalas senyuman itu. “Thanks a lot, Maya!” ucap lelaki itu.
“It’s okay!”

“Tanpa awak adik saya takkan mengaku yang dia sukakan Daniel.” Beritahu lelaki itu. Maya hanya mengangguk. Mata mereka kembali memandang ke arah pasangan itu. Tiba-tiba kedengaran bunyi lagu ‘breaking the habit’. Pantas lelaki itu menyambut panggilan yang diterimanya. “Hello, Ain! .... Yap! Everything is fine! Semuanya berjalan lancar seperti yang kita rancangkan.” Beritahu lelaki itu sambil tersenyum penuh makna.