? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday 21 December 2009

Perfect Couple..?!

“Stay away from her!” keras sekali lelaki itu berkata. Jari telunjuknya diangkat tanda amaran. Tajam sekali matanya memandang wajah di hadapannya itu. “Aku tak tahu kau ni perempuan jenis apa. Tapi tinggalkan dia!” sambung lelaki itu lagi. Dengan kasar dia menolak tubuh gadis itu hingga dia jatuh terduduk.

Gadis itu mengangkat muka, merenung lelaki itu tajam. Sakit benar hatinya apabila lelaki itu menolaknya. Matanya beralih pula memandang seorang lagi gadis yang berdiri di belakang lelaki itu. Bahu gadis tersebut dipegang erat oleh dua orang lelaki lain. Menghalangnya dari melepaskan diri. Matanya berkaca dan jelas dia menangis. Lambat-lambat dia bangun dan berdiri, mengadap lelaki itu. Dia membetulkan rambutnya yang sudah berserabut dan kemudiannya membetulkan baju yang dipakainya.

“Macamlah aku kisah. Not to worry, aku takkan kacau dia lagi.” Balas gadis itu selamba. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Gadis itu tersentak mendengar kata-kata itu. Lelaki itu dan dua temannya pula ketawa mengejek.

“You see! Apa yang kau harapkan pada perempuan. Dia tak boleh bahagiakan kaulah”. Beritahu lelaki itu, sambil berpaling memandang gadis itu yang dipegang oleh teman-temannya. Gadis itu mula teresak-esak apabila melihat teman wanitanya itu melangkah meninggalkan tempat itu.

“Yuki!” Jeritnya, memanggil gadis itu lantang. Yuki pula terus melangkah. Dia hanya tunduk mengira setiap tapak diambilnya. Langsung tidak berpaling walaupun telinga jelas mendengar namanya dipanggil.

* * *

Alunan muzik yang dan membingitkan memenuhi ruang di kelab malam itu. Di bar, seorang pelayan bar sibuk melayan pelanggan-pelanggannya. Menuang minuman keras ke dalam gelas-gelas kosong untuk mereka. Pergerakannya cukup cekap dan bibirnya juga tidak lekang vdengan senyuman. Di satu sudut pula, seorang ‘disc joker’ tidak jemu menukar rentak laju. Sesekali rancak, sesekali perlahan, tetapi pastinya ia masih membingitkan telinga. Di tengah-tengah ruang kelab itu, beberapa orang pelanggan rancak menari dengan pelbagai gaya dan rentak.

Muzik berentak disco dance itu terus rancak, serancak alunan skirt pendek yang beralun itu saat kakinya yang panjang melangkah masuk ke dalam kelab itu berpaling memandangnya, kagum dan tergoda. Tubuhnya yang tinggi lampai itu masih mampu menahan imbangan badannya walaupun dia memakai kasut tumit tinggi. Dia menyarung blaus tanpa lengan berwarna hitam dan dipadankan dengan jaket denim berwarna biru gelap. Rambutnya beralun lembut setiap kali kepalanya digerakkan. Mata si cantik memandang wajah-wajah di hadapannya sambil bibirnya senyum manis yang cukup menggodakan.

“Shin, dear!” kedengaran satu suara garau memanggil. Dia mencari-cari suara itu, saat itu dia terpandang seoran lelaki berjalan mendekatinya. Tersenyum lebar sambil melambaikan tangannya. Shin membalas lambaian tangan itu, dan bibirnya tidak lekang dengan senyumannya. “I miss you, dear! Lama you tak datang sini. Kesian I tau.” beritahunya lelaki itu saat dia tiba di hadapan si cantik.

“Really? I pun rindu kat you juga.” Balasnya sambil ketawa senang. Tanpa rasa segan, dia terus meraih lengan lelaki itu dan mereka sama-sama melangkah ke satu sudut untuk duduk di sebuah sofa. “You duduk dulu, okey? I’ll get you something.” Beritahunya apabila lelaki itu melabuhkan punggung di sofa itu. Lelaki itu hanya mengangguk dan matanya menghantar langkah si cantik itu. Si cantik yang cukup terkenal di kelab itu.

* * *

Dia mengangkat dagunya. Matanya menyoroti pelanggan yang asyik dengan tarian mereka. Ada antara mereka yang sudah pening kerana mabuk. Tak kurang juga yang menari dengan gaya yang cukup menggoda. Dia menghela nafas panjang. Kerana dipaksa teman-temannya dia ke kelab itu walaupun moodnya untuk berseronok tiada. Bukan dia tidak pernah mengunjungi kelab malam itu, cuma malam itu sahaja moodnya mati.

“Hei, beb! Kita datang nak enjoy! Come onlah.” Tegur satu suara. Kasar sekali bahunya ditepuk. Lambat-lambat dia berpaling memandang temannya itu. “Dude, aku tahu kau frust sebab baru break-up. Life must goes on, dude.” Sambungnya. Tangannya membelai gadis cantik yang terlentok di bahunya.

“Betul cakap Brian tu, Yuki. Ala, kau tu kejap je dah dapat pengganti Anne tu!” Sampuk seorang pemuda. Dia memandang Yuki sambil berpeluk tubuh. Wajah serius sahaja saat matanya meenung wajah teman baiknya itu. Bukan sehari dia mengenali Yuki, bertahun lamanya mereka bersahabat. Yuki, gadis yang berperwatakan seperti lelaki dan minatnya terhadap perempuan. Sudah beberapa kali dia melihat teman wanitanya itu tidak pernah serik bercinta dengan kaum sejenis.

Yuki pula hanya membisu. Walaupun kata-kata teman-temannya itu ada benarnya, namun untuk melupakan apa yang berlaku semalam benar-benar mustahil. Dia masih ingat apa yang berlaku. Semuanya berputar dan terakam kembali di fikirannya.

Saat itu mereka baru keluar dari kelab, seronok bercerita sambil tangan tergenggam erat. Tiba-tiba sahaja tiga orang lelaki muncul dan menarik teman wanitanya. Yuki pula tergamam. Memandang lelaki itu tajam saat otaknya tertanya-tanya siapakah mereka. Dua orang lelaki memegang kedua-dua belah lengan temannya, tidak mahu dia lepaskan diri.

“Abang! Apa abang buat ni?” Soal temannya itu sambil cuba lepaskan diri. Abang? Yuki terpinga-pinga. Dia kembali memandang gadis itu yang memandangnya minta simpati. Lelaki itu pula hanya memekakkan telinganya.

“Aku tak tahu apa yang kau dah buat pada adik aku, tapi yang aku tahu kau ni perempuan tak guna.” Herdik lelaki itu. Yuki memandang tajam. Yuki menarik nafas dalam-dalam. Cuba mengawal amarahanya. “If you just playing around, find someone else.” Sambungnya lagi.

“But I do love her.” Balas Yuki, cuba mencapai tangan gadis itu. Satu tumbukan padu hinggap di pipinya. Yuki tertolak ke belakang. Dia mengangkat muka memandang lelaki itu yang sudah menggenggam jemarinya sambil tangannya meraba pipinya yang terasa pedih. Darah merah mula mengalir dari celah bibirnya.

“Kalau kau cintakan dia kau patut tinggalkan dia. I won’t let you keep dating my sister.” Keras sekali lelaki itu berkata. Yuki tidak mahu mengalah hinggakan tubuhnya ditolak kasar. Dia jatuh terduduk dan saat dia mengangkat muka memandang teman wanitanya itu barulah dia sedar dengan kata-kata lelaki itu. Dan kerana itulah dia mengambil keputusan untuk meninggalkan gadis itu.

“Hoi! Mengelamun pula kau ni.” Tepuk kasar mengejutkan dia dari lamunan. Lambat-lambat dia berpaling memandang Brian dan Andrew yang memandangnya dengan tanda tanya. Yuki menggelengkan kepalanya.

“Aku balik dulu.” Beritahunya seraya berdiri. Kedua temannya itu tersentak.

“Chill out la dulu, dude!” kata Brian, sedikit kecewa. Andrew pula menganggukkan kepalanya tanda dia setuju dengan kata-kata Brian itu. Yuki menggelengkan kepalanya dan terus berpaling meninggalkan tempat itu. Langkahnya berat dan tidak bermaya.

* * *

Kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci. Tak lama kemudian dia menolak daun pintu itu. Tenang sahaja dia melangkah ke dalam apartmentnya itu. Dengan selamba sahaja dia membuka kasut tumit tingginya dan menyarung selipar yang tersedia di satu sudut rak kasut. Dia melangkah ke biliknya dan terus membuka bajunya lalu melemparkan baju itu ke atas katil. Dia melangkah pula ke arah meja solek yang terletak di satu sudut di bilik itu.

Lama dia berdiri di hadapan cermin. Membelek-belek tubuhnya. Dadanya yang bidang dan bahunya yang lebar itu dipandangnya. Dia mencapai tisu di atas meja solek itu lalu mengelap mukanya dengan tisu itu. Setelah dia kembali memandang wajahnya tanpa mekap itu. Bibirnya yang sememangnya berwarna merah jambu itu mengukir senyuman manis. Dia meraba lengannya, dan kemudian menekan-nekan bisepsnya yang keras dengan otot pejal.

“Hi, Shin!” katanya pada dirinya sendiri. “You look handsome today.” Sambungnya lagi sambil mengurut dagunya.

Tiba-tiba matanya terpandang dua buah foto yang terletak di atas meja itu. Dia mencapai foto pertama. Foto seorang pemuda kacak yang bergaya dengan jaket denim berwarna hitam dan t-shirt putih dengan corak warna hijau. Dia berseluar jeans jenis Levis dan menyarung jam jenis Tissot. Rambutnya panjang diikat kemas. Bibirnya munguntum senyuman menawan. Shin tersenyum memandang foto itu. “Shin in boy version.” Katanya dia meletakkan kembali foto itu.

Tangannya mencapai pula sebuah lagi foto. Lama dia memandang foto itu. Senyumannya semakin melebar. Dia menggelengkan kepalanya. “Hello, Shin in girl version.” Katanya selamba sambil matanya masih setia merenung fotonya yang berpakaian wanita serba merah jambu ditambah pula dengan topi yang juga berwarna merah jambu. Wajahnya dimekapkan dengan sederhana sahaja, cuma bibirnya dicalit dengan sedikit gincu berwarna merah. Dia meletakkan kembali foto itu.

Lambat-lambat dia mendekati katilnya lalu membaringkan tubuhnya. Lama dia merenung siling biliknya itu. Tangannya diletakkan ke belakang kepala. Fikirannya melayang jauh. Apabila terfikirkan tentang siapa dirinya sebenar, dia tertawa sendiri.

Bukan dia sengaja menyamar sebagai wanita, tetapi kerana dia menyukai kaum sejenis menyebabkan dia berpakaian seperti itu. Dia langsung tidak peduli jika ada yang memanggilnya gay. Sudah ramai lelaki yang dilayannya, sama ada yang mempunyai minat yang sama sepertinya ataupun lelaki normal. Dan dia sering ditinggalkan malah dia tidak ambil pusing tentang itu.

Well, diorang juga yang rugi! Lagipun kalau nak dibandingkan dengan diorang, aku lagi kacak. And cute and cool and the best. Fikirnya sambil tersengih. Apa yang orang fikir tak penting asalkan aku kenal siapa aku. I‘ll prove them I’m the best. Fikirnya lagi.
* * *

Laju kaki Yuki melangkah. Berlari selaju yang mungkin. Sesekali dia berpaling memandang empat orang lelaki yang berlari mengejarnya di belakang. Tidak mahu berhenti kerana dia pasti yang dia tidak mampu melawan lelaki-lelaki bengis itu. Pastinya dia tahu mengapa dirinya dikejar saat ini, semuanya kerana masalah hutang. Lintah-lintah darat itu tidak pernah penat mengejarnya.

Dia kembali memandang ke hadapan. Langkahnya semakin laju. Nafasnya mula terasa singkat. Namun, langkahnya tidak akan perlahan. Yuki tidak ambil pusing apabila orang-orang lalu lalang yang memandangnya hairan. Berlari dan menjerit bagai orang gila. Dia berpaling lagi ke belakang, lelaki-lelaki itu tidak kelihatan. Dan saat dia berpaling semula dia tergamam, dia tidak sempat untuk berhenti lalu melanggar seorang ‘gadis’ yang baru sahaja melangkah keluar dari sebuah kelab. Dan ‘gadis’ itu juga tergamam hingga dia tidak sempat untuk mengelak.
Mereka jatuh bersama-sama. Tubuh Yuki menghempap tubuh ‘gadis’ itu kasar dan pandangan mereka bertaut. Cantik! Getus hati Yuki. Matanya masih setia memandang ‘gadis’ itu, terpegun. Tiba-tiba telinga Yuki menangkap suara yang menjerit memanggil namanya. Cepat-cepat dia bangun malah dia sempat menghulurkan tangannya. Membantu si cantik itu berdiri.

“Sorry! But I need place to hide!” beritahu Yuki. Sedikit kalut apabila menyedari yang lelaki-lelaki yang mengejarnya semakin hampir.

“Sini! Masuk ke dalam.” Balas si cantik itu pula. Dia menarik tangan Yuki kasar. Tanpa berfikir panjang, Yuki terus bersetuju. Dia melangkah bersama si cantik itu dan mereka duduk di sebuah sofa. Yuki menarik nafas. Tercungap-cungap dan kepenatan. “I’ll get you some water.” Beritahu si cantik lalu mendapatkan segelas air untuk Yuki.
Yuki pula tidak senang duduk. Matanya meliar mencari kelibat lelaki-lelaki itu. Dan dia tersentak apabila si cantik itu muncul sambil membawa segelas air untuknya. Tanpa berfikir panjang dia terus meneguk air itu, langsung tidak mempedulikan si cantik yang juga penyelamatnya asyik memandangnya.

“What happen?” soalnya. Baru sahaja Yuki ingin membuka mulutnya, menjawab pertanyaan itu matanya terpandang dua orang daripada lintah-lintah darat yang mengejarnya yang turut berada di dalam kelab itu. Tanpa berfikir panjang dia terus menarik baju si cantik itu dengan kasar. Wajah mereka hampir benar hinggakan si cantik itu tergamam. Dia memandang wajah Yuki, Yuki pula mengintai sedikit apabila wajah si cantik menghalang pandangannya.

Apabila lintah-lintah darat itu berlalu barulah dia melepaskan si cantik yang tidak ketahui namanya. Dia memandang si cantik itu yang merenungnya dengan hairan. Wajah si cantik berubah warna kemerahan.

“I’m sorry!” beritahu Yuki. Entah mengapa dia jadi termalu sendiri. Si cantik itu hanya menggelengkan kepalanya.

“It’s okay! By the way, I’m Shin!” beritahunya sambil menghulurkan tangannya. Selamba sahaja Yuki menyambut huluran tangan itu, dan perlahan sahaja suaranya memberitahu namanya. Shin mengangguk mengerti. Senyuman tidak pernah mati dan matanya tajam menikam wajah Yuki. Cute and cool! Fikir Shin sambil matanya menjalar keseluruh wajah Yuki. Yuki pula tidak senang duduk.

“I need to go.” Beritahu Yuki sambil berdiri. Shin memandangnya kehairanan. “Apa pun, thanks sebab tolong aku.” Sambungnya lagi terus berlalu meninggalkan Shin yang terpinga-pinga dan kelab malam itu.

* * *

Sejak pertemuan Yuki sering kali ke kelab malam itu. Menghabiskan sepanjang malamnya bersama Shin. Shin pula memang sentiasa menanti kehadiran Yuki yang dianggapnya sebagai teman baru. Sememangnya Yuki menyukai Shin kerana sikap cerianya dan dia yang selalu lupa untuk ketawa akan sentiasa gembira setiap kali bersama Shin. Bagi Shin pula entah mengapa dia sanggup berusaha semata-mata ingin melihat tawa Yuki yang dianggapnya manis. Dan pastinya kedua-duanya tidak mengetahui rahsia yang disorokkan antara mereka. Tentang identiti sebenar mereka.

“Ini rumah I! kalau ada masa datanglah sini, okey?” beritahu Shin tatkala mereka tiba di hadapan rumahnya. Yuki hanya menguntum senyuman. Kepalanya dianggukkan sedikit. “Well, thanks sebab temankan I balik malam ini!” sambungnya lagi.

“Takpe! It’s my pleasure. Lagipun takkan aku nak biarkan kau balik sorang-sorang?!” balas Yuki pula. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Shin tersenyum memandang keletah Yuki yang dirasanya berbeza dengan lelaki-lelaki yang pernah berdampingan dengannya.

Yuki membuka topinya dan membetulkan rambutnya sementara Shin membuka pintu rumahnya. Apabila pintu itu sudah terbuka dia berpaling dan memandang Yuki yang masih membetulkan rambutnya yang separas bahu itu. Shin terpegun seketika, matanya masih asyik memandang Yuki.

“You look cute without your cap.” Beritahu Shin. Yuki sedikit tersentak, lambat-lambat dia mengangkat muka. Memandang Shin yang setentunya lebih tinggi daripadanya. Shin tunduk dan mengucup pipi Yuki, lama. “Maaf!” beritahunya apabila dia tersedar daripada tindakannya itu. Yuki pula ketawa apabila dia terpandangkan wajah Shin yang sudah merah padam.

“Aku balik dulu. Night!” Yuki berpaling dan saat dia ingin melangkah pergi namanya dipanggil oleh Shin. Dia berpaling sedikit dan memandang Shin yang melambai tangan sambil mengucapkan selamat malam. Yuki tersenyum lebar.

* * *

Shin merenung komputer ribanya dengan pandangan kosong. Sesekali dia menghela nafas panjang. Dia menongkat dagu dan tangan kanannya membuka cermin mata yang dipakainya. Dia merenung tajuk besar yang ditaipnya itu. Entah mengapa ideanya segan benar malam itu. Dan entah mengapa juga dia berasa kekurangan sesuatu.

Dua hari berlalu, Yuki tidak muncul sejak malam itu. Entah ke mana dia menghilangkan diri. Shin sendiri tidak tahu, malah setiap kali dia menelefon Yuki panggilannya tidak pernah berjawab. Bisu tanpa jawapan. Dia mula keriasauan. Bimbang kalau-kalau sesuatu yang tidak baik terjadi kepada Yuki. Pastinya dia mula menyayangi Yuki lebih dari teman biasa.

Lambat-lambat dia bangun dan melangkah ke dapur. Peti sejuk dibuka dan sebotol minuman dikeluarkan. Penutupnya dibuka. Dan baru sahaja dia ingin menyuap minuman itu ke mulutnya, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk bertalu-talu. Dia kehairanan, matanya menyoroti jam di dinding. Tepat 2.00 pagi. Entah siapa yang datang awal-awal pagi begitu. Dia melangkah ke pintu. Sempat mengintai di lubang kecil yang terdapat pada pintu itu. Shin kaget apabila terpandang seraut wajah yang pucat dan kekalutan. Tanpa berlengah dia terus membuka pintu.

“Yuki? You pergi mana? Apa dah jadi?” soalnya bertubi-tubi. Yuki pula terus menolak Shin dan tanpa dipelawa dia terus melangkah masuk. Shin terpinga-pinga apabila Yuki berpaling dan mengunci pintu di belakangnya. Selamba sahaja dia merampas botol minuman dari tangan Shin. Shin pula hanya memandang Yuki dengan pandangan hairan. Penuh dengan persoalan.

“Aku nak tumpang rumah kau.” Beritahu Yuki. Dia memandang Shin tepat ke matanya. Shin membisu, tidak tahu apa yang harus dia katakan. “Aku tak boleh balik. Diorang cari aku kat rumah.” Sambung Yuki lagi. Menerangkan kedudukan yang sebenar.
Lama Shin membisu. Akhirnya dia menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum lebar. Hatinya berbunga-bunga. Baginya itu satu berita gembira. Dia faham benar siapakah yang dimaksudkan oleh Yuki itu. Dan kedatangan Yuki pagi itu telah merawat rindunya. “Let me take you to your room.” Beritahu Shin. Wajahnya jelas terlukis riak gembira. Dia berpaling dan melangkah ke arah sebuah bilik kosong yang terletak di sebelah biliknya. Yuki pula hanya membontoti langkah Shin itu.

Saat pintu bilik itu dibuka, Yuki jadi sedikit kaget dengan susunan bilik tersebut. Sebuah katil diletakkan rapat ke tingkap. Dua buah rak buku yang besar juga terdapat di dalam bilik itu. Tersusun kemas dengan pelbagai jenis buku dan majalah. Sebuah almari yang kecil sahaja saiznya diletakkan di satu sudut lain. Namun, Yuki lebih tertarik dengan sebuah patung Doraemon yang sederhana sahaja saiznya yang diletakkan di atas katil itu.

“My sister’s room. You boleh tidur kat bilik ni, okey?” beritahu Shin. Yuki berpaling memandang Shin yang sentiasa tersenyum itu. “Don’t worry! She’s not living here anymore.” Sambungnya apabila terpandang Yuki yang serba salah untuk melangkah masuk ke dalam bilik itu.

“Thanks! Aku takkan tinggal sini lama.” Balas Yuki setelah dia yakin untuk melangkah ke bilik itu. Shin menggerakkan jari telunjuknya.

“I don’t mind. You can stay here as long as you want. Lagipun I ni kan tinggal sorang aja.” Beritahu Shin. Dia memandang wajah Yuki yang kelihatan keletihan. “You rehat dulu, okey? Besides you look so tired.” Sambungnya lagi. Yuki menganggukkan kepalanya. Dan baru sahaja Shin ingin menutup daun pintu, dia terhenti dan kembali memandang Yuki yang terpinga-pinga. Sempat dia berpesan kepada Yuki untuk memanggilnya kalau-kalau dia memerlukan apa-apa. Yuki hanya menganggukkan kepalanya.

Shin menutup pintu bilik itu. Pastinya senyumannya takkan mati dan ideanya kembali segar. Dia tidak sabar menunggu hari-hari yang bakal dilaluinya bersama Yuki. Dan Yuki pula melangkah ke arah katil. Beg yang digalasnya dilemparkan ke atas lantai. Dia membaringkan tubuhnya ke atas katil itu. Matanya merenung siling dan akhirnya dia terlena hingga ke pagi.

* * *

Shin mengerling ke arah Yuki yang asyik dengan bertih jagung di tangannya. Cool! He’s looking more handsome this close. Getus hati Shin. Senyumannya meleret. Matanya lebih tertumpu pada Yuki yang hanya berseluar pendek dan bert-shirt lengan pendek. Rambutnya yang separas bahu itu diikat kemas. Selamba sahaja dia duduk dengan sebelah kakinya diletakkan ke atas meja. Cuma sesekali sahaja mata Shin memandang televisyen di hadapannya. Entah mengapa cerita yang ditonton mereka saat itu tidak menarik minatnya.

“Kau kenapa tengok aku camtu?” soal Yuki selamba. Tajam sahaja dia menjeling ke arah Shin yang jelas terkejut dengan persoalan yang menerjah telinganya itu. Sesungguhnya dia tidak sedar yang Yuki juga asyik memandangnya yang berseluar pendek tiga suku dengan kemeja petak yang besar. Rambutnya dilepaskan dan bibirnya yang merah itu terbuka sedikit, kelihatan seperti strawberry merah. Sedar yang dia ditenung oleh Yuki, cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke kaca televisyen itu. Dia menutup mulutnya dengan tapak tangannya, cuba menyembunyikan wajah yang sudah merona merah.

Yuki tersenyum lebar. Matanya masih melekap pada wajah Shin itu. Tidak lepas memandang wajah ‘ayu’ yang sudah merah padam. Dia menggelengkan kepalanya. Sudah ramai gadis yang mendampinginya, dan dia jelas benar dengan maksud wajah merah padam itu. Dan entah mengapa reaksi yang terukir di wajah Shin itu benar-benar menarik baginya.

Yuki kembali memandang televisyen itu. Kembali cuba member perhatian pada filem yang ditayangkan itu. Dia mencapai bertih jagung di atas meja itu dan pada masa yang sama Shin juga ingin mencapai bertih jagung itu. Tangan mereka bersentuhan. Shin tersentak lantas menarik tangannya. Dia menggenggam jemarinya, erat. Yuki pula terpana seketika. Dia menangkat muka, memandang Shin.

Reaksi Shin itu membuatkan Yuki tidak dapat menahan dirinya. Dengan kasar dia memegang bahu Shin lalu menjatuhkannya ke atas sofa itu. Shin pula benar-benar terkejut dengan tindakan Yuki itu yang telah memerangkapnya dengan tangan dan tubuhnya, membuatkan dia tidak dapat melepaskan dirinya. Pandangan mereka bertaut. Jemari Yuki membelai rambut Shin dan perlahan-lahan jemari itu meyentuh pipi Shin lembut. Shin pula terkaku dan matanya tidak lepas memandang wajah Yuki.

Jemari Yuki terhenti pada bibir Shin. Dia tunduk, mendekatkan wajahnya pada wajah Shin. Hampir benar hinggakan Shin dapat merasakan nafas Yuki menderu mengena wajahnya. “Apa you buat ni?” Soal Shin, resah dan teruja pada masa yang sama. Apabila tangan Yuki mendarat di atas dadanya.

“I’ll make you mine tonight.” Bisik Yuki. Shin meneguk air liurnya sebutir-butir. Matanya masih tepat memandang wajah Yuki yang semakin hampir itu. Mata Yuki separuh terbuka. Dan perlahan-lahan Shin menutup matanya.

Shin membuka matanya apabila dia terdengar jeritan kecil Yuki. Dia memandang Yuki hairan. Jelas riak terkejut di wajah Yuki. Shin terpandang sebiji epal yang digenggam oleh Yuki itu. Serta merta dia teringat epal yang diletakan ke dalam bajunya. Yuki cepat-cepat berdiri. Tajam matanya merenung Shin. Shin pula sudah berasa serba salah.

“Apa maknanya ni?” Soal Yuki, kasar. Namun dia masih cuba mengawal nada suaranya. Lidah Shin terkelu dan matanya masih tepat memandang wajah Yuki yang sudah merah padam. “You lied to me. Aku benci lelaki.” Keras sekali suara Yuki. Shin tersentak apabila terdengar kenyataan itu. Kali ini matanya merenung Yuki, pinta penjelasan. Benci lelaki? Persoalan itu bermain di mindanya.

“Apa maksud you?” Soalnya. Yuki pula ke hulu dan ka hilir, tidak senang duduk. Sesekali dia menggenggam jemarinya. “Takkanlah you ni…” Kata-kata Shin mati di situ. Dia berdiri dan matanya masih setia pada wajah Yuki.

“Yes, I am! Aku ni perempuan! Dan aku tak sangka selama ni aku bersama lelaki. I hate you.” Jeritnya. Dia terus berpaling dan berlari keluar dari rumah itu. Shin pula terkaku. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia kembali terduduk dan meraup wajahnya dengan dua belah tangannya.

Dia tidak menyangka yang selama ini dia telah jatuh hati kepada seorang perempuan. Perasaan selama ini mekar hanya untuk lelaki sepertinya, kini milik seorang gadis. Dan semuanya di luar dugaannya. Pastinya dia tidak tahu berapa lama untuk dia ambil semata-mata menerima hakikat itu.

* * *

PERFECT COUPLE?!

Are we really will be perfect couple, when we have the opposite interest? Only one thing that connect us for sure. The feeling that we have deep inside us. Of couse, I don’t know what this person think about me, only one thing I’m positively sure that I’m falling in love with this person which I cannot state who. The reason I had to keep the feeling alone only because this person only loves the same gender and hates the opposite gender. For one thing we came to same thing that I also love my own gender; before I met this person.

I thought I could forget this person, but eventually I kept on remembering and missing this person. Why can’t we be together? Is it because we’re gay and lesbian? For one thing my hope now to meet this person again.

By: Tama-chan

Yuki menutup majalah itu. Entah mengapa dia berasa kenal benar dengan penulis ruangan kegemarannya itu. Walaupun artikel penulis itu tidak panjang seperti biasa, pastinya setiap bait kata-katanya menusuk kalbunya. Dia terus berdiri, Brian dan Andrew kehairanan memandang Yuki yang terus berlalu meninggalkan mereka tanpa kata. Mereka saling berpandangan. Tidak pernah melihat teman mereka bersikap begitu.

Dia tiba di kelab malam kegemarannya. Sudah beberapa hari dia tidak mengunjungi kelab itu. Semuanya gara-gara tidak mahu tersemrepak dengan Shin. Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya lambat-lambat. Hari ini dia muncul untuk mendapatkan jawapan tentang perasaannya. Dia melangkah masuk ke dalam kelab itu yang sememangnya bingit. Matanya meliar mencari kelibat Shin, dan akhirnya matanya terpandang kelibat Shin yang sedang berbual dengan beberapa gadis. Seperti biasa Shin, pemuda yang gemar berpakaian wanita itu menyarung skirt separas lutut dengan blaus berwarna krim. Rambutnya dilepaskan dan dia seorang pemuda yang cukup ayu pada pandangan Yuki.

Yuki membuka mulutnya. Baru sahaja suaranya ingin keluar memanggil Shin, dia tergamam apabila ada suara lain memanggil pemuda itu. Shin berpaling dan senyuman terukir, saat itu tubuh tinggi lampai Shin dipeluk erat oleh seorang gadis. Yuki terkaku. Saat itu dia rasakan dirinya dipermainkan. Dia merengus marah dan terus berpaling. Saat itu juga dia terlanggar seorang pelayan kelab. “Buta ke?” Herdiknya. Terus melangkah tanpa menghiraukan pengunjung kelab yang memandangnya.

“Yuki!” Sayup-sayup suara Shin memanggil Yuki ynag sudah laju melangkah. Langsung tidak berpaling walaupun dia dapat dengar suara Shin memanggilnya.

Shin pula tanpa berfikir panjang menolak gadis yang memeluknya itu dan terus berlari mendapatkan Yuki. Matanya meliar mencari kelibat Yuki yang semakin menghilang di balik orang ramai. Apabila ternampak tubuh kecil gadis itu sedang melintas jalan, Shin terus melintas jalan itu. Dia langsung tidak ambil peduli apabila dirinya diperhatikan. Menjerit bagai orang gila memanggil Yuki, namun gadis itu masih laju berlari.

Shin menanggalkan kasut tumit tingginya dan terus mengangkat sedikit skirtnya yang menghalangnya melangkah lebih laju. Sedar ada beberapa orang memandangnya sambil tersenyum dan kehairanan. Mengapa seorang gadis sanggup mengejar seorang lelaki sampai sebegitu rupa. Walaupaun hakikatnya perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

Akhirnya berjaya juga Shin menyaingi Yuki yang sudah keletihan. Langkah Yuki semakin perlahan. Pantas Shin merentap tangan Yuki agak kasar dan menghentikan langkah gadis itu. Yuki berpaling, merenung wajah Shin dengan marah. “What do you want?” Soalnya acuh tak acuh.

“Please dengar dulu! I tahu I takde hak nak jelaskan pada you, tapi I harap you dengar dulu apa I nak cakap.” Beritahu Shin, perlahan dan lembut. Yuku tersenyum mengejek. Baginya tiada gunanya dia mendengar penjelasan dari Shin itu.

“Kau dengar sini, I hate you. No matter what you say it won’t affect me.” Beritahu Yuki kasar. Matanya masih tajam merenung wajah Shin. Shin pula menarik nafas dalam-dalam.

“If you do hate me, kenapa nak lari bila you nampak I peluk perempuan tu. And for your information I only love guys, okay?!” Sindir Shin pula kali ini. Kali ini dia merenung wajah Yuki. Bibirnya menguntum senyuman sinis. Sakit benar hati Yuki mendengar sindiran Shin itu.

“Heh, kalau camtu kenapa kau kejar aku?!” Balas Yuki pula. Shin terkaku seketika mendengar balasan Yuki itu. “Penipu!” Jerit Yuki lantang dan kasar. Shin terpana dan serta merta tangannya melepaskan tangan Yuki. Dan hanya memandang Yuki yang meninggalkannya dengan rasa bersalah.

* * *

Berat benar langkah kaki Shin untuk melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia menghela nafas panjang. Rasa bersalahnya membuak-buak. Menyesal kerana tidak meluahkan apa yang terpendam di hati walaupun dia berkesempatan. Dia memandang tangannya. Menyesal kerana melepaskan Yuki pergi sebentar tadi. Sememangnya dia tidak pernah menyangka yang Yuki akan datang mencarinya walaupun Yuki berkeras mengatakan yang dia bencikan Shin. Sekali lagi dia menghela nafas panjang.

Dia melemparkan tas tangannya ke atas sofa dan saat itu juga pintu rumahnya diketuk bertalu-talu. Shin mengangkat muka, memandang daun pintu. Malasnya! Fikirnya. Namun kakinya tetap melangkah lambat-lambat ke arah pintu. Tombol pintu dipulas dan kini seraut wajah yang sedari tadi bermain di fikiran Shin muncul di hadapannya. Dia hanya tunduk memandang kakinya sendiri. Shin pula hanya memandang tetamunya tanpa kata. Lidahnya terkelu untuk berkata-kata.

“Aku…nak tumpang rumah kau.” Beritahu Yuki. Lambat-lambat dia mengangkat muka memandang Shin yang masih memandangnya. Shin masih membisu. Dia masih kaku di hadapan muka pintu itu. Yuki mula keresahan. “Takpelah…Aku pergi tempat lain je.” Beritahu Yuki setelah lama Shin membisu. Dan baru sahaja Yuki berpaling ingin melangkah pergi, cepat-cepat Shin menarik tangannya. Yuki kembali memandang Shin. Tertanya-tanya.

“You can stay!” beritahu Shin lambat-lambat. “Tapi I harap you tak kisah sebab I lelaki.” Sambungnya lagi. Yuki membisu dan akhirnya dia memandang Shin sambil menguntum senyuman. Shin memandangnya hairan. Tidak mengerti dengan maksud senyuman Yuki itu.

Yuki pula tanpa berfikir panjang terus memaut leher Shin dan memeluk Shin erat. Shin yang pada mulanya tergamam dengan pelukan Yuki itu membalas pelukannya. Dia tersenyum lebar. ”Aku tak kisah ada boyfriend cantik macam kau.” Bisik Yuki. Shin mengeratkan pelukannya. “We’ll gonna be perfect couple.” Balas Shin pula.

And that’s the end of the story of the gay and lesbian. Great couple! ~Tama-chan~

He's My Girl

Ciri-ciri lelaki idaman? Kalau itulah soalan yang ditanya, tak tahulah macam mana aku nak jawab. Memang ciri-ciri lelaki idaman tu dah aku ‘list’kan dalam kepala aku ni, tapi kalau nak bagi tahu orang seganlah pula. Yelah, ciri-ciri tu agak kelakar bagi aku. Lagipun ada kawan-kawan aku yang pernah gelakkan aku kerana ciri-ciri lelaki idaman aku itu tak sama macam mereka. Ala, kalau sama aku rembat jelah dorang punya boyfriend! Betul tak? Buat apa aku susah-susah nak cari kalau ciri-ciri tu ada pada boyfriend diorang. Hehehe…! Macam jahat pula aku ni!

Nak tahu maca mana lelaki yang aku suka? Erm…! Orang tu mestilah comel, susah nak senyum, susah untuk kita faham apa yang dia fikirkan kira macam orang yang ‘complicated’ la. Dan paling penting, muka dia mesti macam perempuan dari semua sudut sekalipun, setiap kali kita pandang muka dia mesti perempuan. Ha… kan susah nak cari tu? Tapi aku tak pernah penat mencari lelaki macam tu walaupun satu dalam seribu. Harap-harap Tuhan temukan aku dengan orang macam ni. Amin!

Tapi sekarang ni aku bukan nak ceritakan tentang jejaka idaman aku yang tak tahu sama ada wujud atau tidak tu. Sekarang masanya untuk aku mengurangkan tension aku ni. Maklumlah cuti semester baru je tiba masa nilah kita nak ‘enjoy’. Dan seorang rakan aku ni pun cadangkan untuk pergi ke pulau. Haih, aku tak mungkin lepaskan peluang ni. Manalah tahu kot-kotlah terjumpa berkenan di hati. Hehehe…! Boleh tahan jugak gatal aku ni!

15 minit kami menaiki bot ini untuk ke pulau yang dimaksudkan. Sempat juga aku perhatikan keadaan laut yang tenang. Wah, ni betul-betul release tension ni! Itu sahaja yang bermain di fikiran aku. Sempat aku memandang teman-temanku yang sibuk berbual. Entah apa yang mereka bualkan sampai aku sendiri tidak tahu dan malas untuk ambil tahu.

“Hei, tengok sana!” kedengaran salah seorang dari mereka berkata. Aku mengangkat muka dan memandang ke arah yang ditunjukkan olehnya. Sebuah pulau yang kelihatan damai berada tidak jauh dari kami. Aku tersenyum lebar dan segera mengeluarkan kamera dari poket beg. Terus mengambil gambar pemandangan yang ku rasakan indah itu.

Tak lama kemudian kami tiba di pulau itu. Dengan rasa tidak sabar kami terus melangkah keluar dari bot itu setelah membayar tambang. Beg terus kusandang ke belakang, dan aku kembali sibuk mengambil gambar pemandangan sekitar pulau. Terasa nyaman sungguh.

“Eiza, tolong angkat barang aku ni!” Kedengaran namaku dipanggil, aku memandang Naza yang terkial-kial mengangkat begnya itu. Aku hanya menggelengkan kepala. Yelah, dah tahu nak bercuti kejap je, bawak sikit sudahlah barang-barangnya. Ini macam nak pindah rumah sahaja lagaknya. Tapi aku hanya mengomel dalam hati sahaja.

Kami sama-sama melangkah kearah sebuah chalet yang terdapat di situ. Aku mengangkat kepala, mendongak ke langit yang terbentang luas. Wah, memang bestlah pemandangan dekat sini! Kalau macam ni memang bertambahlah koleksi gambar pemandangan aku. Hehehe…! Aku mengangkat tangan tinggi seolah-olah cuba mengapai langit itu. Walaupun aku tahu langit itu memang susah untuk digapai. Melainkan kalau naik kapal terbang ataupun roket, sah-sah dapatlah aku dekat dengan langit tu. Aiseh, merepek plak aku ni!

Kami mendekati seorang penyambut tetamu yang sudah tersenyum lebar menyambut kedatangan kami. Tanpa berlengah masa, kami terus mendaftarkan nama. Kami menulis nama di dalam sebuah buku besar dan tebal. Dia berpaling, membelakangi kami. Tangannya sibuk mencari kunci yang diletakkan di dalam sebuah almari kaca. Apabila menjumpai kunci bilik kami, dia kembali memandang kami sambil tangannya menyerahkan kunci tersebut. Naza menyambut kunci itu sambil tersenyum manis.

“Jom!” Naza memandang aku dan Anis yang setia menunggu. Lambat-lambat sahaja kaki kami melangkah menuju ke bilik. Mataku lebih banyak memandang sekeliling. Suara Naza dan Anis yang sedang berbual itu seolah-olah tenggelam timbul dalam deruan ombak. Aku menarik nafas panjang-panjang, menghirup udara segar.

Tak lama kemudian, kami tiba di sebuah pondok kecil. Naza membandingkan nombor pada kunci itu dengan nombor yang tertera di pintu pondok tersebut. Pasti itulah bilik yang akan kami menginap selama tiga hari itu. Mereka mendaki tangga pondok itu, sementara aku masih sibuk dengan kameraku.

“Best betul bilik tu.” Beritahu Anis. Aku berpaling memandangnya yang sudah berdiri di belakangku. Entah bila dia muncul di belakang, aku sendiri tidak sedar.

“Tak sia-sia kita datang sini, kan?” Balasku pula. Dia menganggukkan kepalanya. Senyuman manis terukir di bibirnya. Matanya meliar memandang sekelilingnya. Jelas terukir garis kegembiraan di wajahnya. “Cantik, kan tempat ni?” Soalku. Turut sama memandang kawasan sekitar. Dia hanya mengangguk kecil. Senyumannya tetap meleret di bibirnya yang mungil.

Pokok-pokok kelapa ditanam sederet dan beberapa buah kerusi kayu diletakkan mengadap pantai. Matahari sudah meninggi dan cahayanya terpantul pada air laut yang terbentang di hadapan kami. Laut kelihatan bersinar dan ombak memukul pasir memutih. Keajaiban Tuhan memang mengagumkan.

“Eh, Eiza!” aku memandang Anis setelah bahuku dicuitnya. Aku memandangnya hairan. “Kau tengok sana!” Sambungnya sambil jari telunjuknya ke satu arah. Aku memandang ke arah yang ditunjuk olehnya itu. Serta merta mataku membulat dan mulutku terbuka. Terkejut dengan apa yang aku lihat dengan mataku sendiri. “Mamat tu macam jejaka idaman kau je.” Kedengaran suara Anis sedikit mengejek, namun saat itu kakiku sudah melangkah mendekati tempat pemuda itu. Suara Anis kini kedengaran sayup-sayup.

Aku berdiri betul-betul di hadapannya. Lama mataku memandang seraut wajah yang sedang terlena. Kulitnya putih melepak, rambutnya sedikit panjang dan berjuntai menutupi dahinya. Keningnya terbentuk cantik, matanya masih terpejam, tidak sedar dengan kehadiranku di situ. Hidungnya sedikit mancung dan sedang-sedang sahaja saiznya, sesuai dengan bentuk wajahnya. Aku segera menghala lensa kameraku ke wajah itu, terus mengambil gambarnya.

Aku tunduk sedikit, menguis rambutnya supaya dapat melihat wajah itu lebih jelas. Sekali lagi lensa kamera dihalakan dan aku aku terus menekan butang. Mengambil gambar wajah itu. Sememangnya dia cukup comel dan pastinya mempunyai wajah seperti perempuan. Angin yang bertiup menyebabkan rambutnya menutupi dahinya. Tanpa teragak-agak aku menguis rambutnya ke belakang. Dan saat itu keningnya berkerut. Aku pula sudah terasa teruja. Reaksi yang cukup comel pada pandanganku, serta merta aku tersenyum manis.

Tiba-tiba tanganku digenggam erat. Aku tersentak. Memandang tanganku yang sudah digenggam. Pemuda itu membuka matanya dan jelas dia terkejut dengan kehadiranku di situ. Aku pula kaget apabila matanya tajam merenung mataku.

“Siapa kau?” soalnya. Tanpa menjawab soalannya, aku terus merentap tanganku dan terus berlalu meninggalkan pemuda itu yang terpinga-pinga.

Aku berlari mendapatkan Naza dan Anis yang memandang tingkahku sedari tadi. Wajahku yang merah padam itu membuatkan mereka tertanya-tanya. Cepat-cepat aku menarik tangan mereka dan terus berlalu ke bilik kami.

“Mamat tu memang comel!” beritahuku, selamba. Senyuman masih melebar di bibirku. Mereka memandangku, terpinga-pinga. Aku melabuhkan punggung dan duduk di hadapan mereka. “Aku dah jumpa orang yang aku cari.” Sambungku lagi dengan senyuman yang tak putus-putus. Mereka pula hanya menggelengkan kepala.

* * *

Aku memandang jam di tangan. Hamper pukul 9.00 malam. Cepat-cepat aku mencapai topi kesayanganku, lalu memakainya. ‘Sweater’ku yang disangkut di kerusi terus dicapai. Terkocoh-kocoh aku memakai ‘sweater’ itu dan keluar dari bilik. Teman-temanku yang lain sudah lama menunggu di restoran yang terdapat di chalet itu.

Dengan kalut aku mengunci pintu bilik dan melangkah turun. Cepat-cepat aku berjalan menuju ke arah restoran itu yang letaknya tidak jauh dari bilik-bilik di chalet tersebut. Saat aku tiba di situ, mataku mula meliar mencari kelibat Naza dan Anis.

Tiba-tiba mataku terpandang mereka yang sedang berbual dengan dua orang pemuda. Aku tertanya-tanya, siapakah mereka. Tanpa memikir panjang aku mendekati mereka dan memberi salam. Hampir serentak salamku dibalas oleh teman-temanku serta pemuda-pemuda asing itu. Saat itu juga empat pasang mata memandangku. Aku mengangkat tanganku sambil tersenyum seraya tanganku menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di sebelah Naza.

“Jadi awak Eiza, ya?” soal salah seorang pemuda itu. Aku memandangnya sambil menganggukkan kepala. Dia menghulurkan tangannya dan dengan tenang aku menyambut huluran tangannya. “Saya Johan. Ini Hakim.” Beritahunya, memperkenalkan temannya itu. Kami bersalaman.

“Harap awak tak kisah kami join makan malam.” Beritahu Hakim. Aku hanya tersengih sambil memberitahunya yang aku tidak kisah.

Mataku sempat menganalisa mereka berdua. Johan, orangnya kelihatan sedikit bergaya dengan t-shirt dan jeans gelap. Rambutnya juga disapu gel dan kelihatan seolah-olah tegak berdiri. Kulitnya sedikit sawo matang dan mempunyai senyuman yang manis. Hakim pula lebih sederhana. Dia menyarung ‘snow’ kep di kepalanya dan hanya bert-shirt lengan pendek dan berseluar trek. Lebih ‘simple’. Namun, pastinya kedua-duanya peramah benar.

“Lambat pula budak tu.” Kata-kata Johan itu menyentakkan aku dari lamunan. Aku memandangnya sedikit hairan. Siapa yang dorang tunggu? Fikirku.

“Budak mana?” Soal Anis. Dan baru sahaja Hakim ingin menjawab pertanyaan itu, satu suara menyapa kami. Suaranya perlahan sahaja di telingaku. Aku hanya mengerling dengan ekor mata apabila si empunya suara menarik kerusi lalu duduk di sebelahku.

“Lambat betul kau, bro!” Johan berkata sambil menggelengkan kepalanya. Jelas dia tidak suka dengan kelewatan temannya itu. Kedengaran pemuda itu menghela nafas panjang, bunyinya seperti kebosanan.

“Sorry!” Pendek sahaja dia berkata.

“Well, aku kenalkan. Yang ni Anis, sana tu Naza dan sebelah kau tu Eiza.” Johan memperkenalkan kami bermula dari Anis yang duduk di sebelahnya dan kemudian pada Naza dan akhir sekali aku. Rakan-rakanku sekadar mengangkat tangan dan tersenyum. Pemuda itu pula hanya menganggukkan kepalanya. Aku berpaling memandangnya dan saat itu juga aku terkaku. Dia pula kelihatan sedikit terkejut. “Ini Ayie.” Suara Johan tenggelam timbul dipendengaran ku, namun nama itu sudah terpahat kukuh di hatiku saat itu.

Cepat-cepat aku menghulurkan tangan ku. Tak mungkin aku melepaskan peluang ini. Dapat berkenalan dengannya membuatkan aku lupa sebentar tentang teman-temanku. Semuanya kerana jejaka idaman sudah berada di hadapan mata. Dia memandang tangan ku sekilas lalu mengalihkan pandangannya ke meja.

“I don’t shake hands with girls.” Beritahunya pendek dan perlahan. Lambat-lambat aku menarik tanganku dan kembali menghadap meja. Sedikit terasa dan malu dengan kata-katanya itu.

Dan malam itu kami berenam menghabiskan masa bersama dengan berbual. Well… bukan kami berenam sebenarnya kerana Ayie lebih banyak membisu dan hanya memerhati tingkah teman-temannya. Sesekali dapat aku lihat dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sinis. Aku tertanya-tanya apakah maksud gelengan dan senyuman sinisnya itu.

Aku memilih untuk duduk di tempat yang membolehkan aku memandangnya tanpa dia sedari. Mataku mula menganalisa dirinya. Seperti yang aku katakan, tak mungkin aku lepaskan peluang ini. Setelah sekian lama akhirnya aku berjumpa juga dengan orang yang aku tunggu. Satu dalam seribu.

Dia memakai t-shirt lengan panjang dan berseluar pendek. Rambutnya diikat kemas ke belakang, dan tidak lupa cermin matanya yang membuatkan dia kelihatan sedikit matang tetapi tetap comel di mataku. Comel dan ‘cantik’! Ya, perkara yang betul tentangnya. Dan tiba-tiba dia mengangkat muka, memandang tepat ke wajahku. Cepat-cepat aku mengalihkan pandanganku. Berpura-pura seolah-olah asyik mendengar cerita Johan dan Hakim.


* * *

Tepat jam 8.00 pagi aku tersedar daripada tidurku. Aku mencapai tuala yang tersangkut sebelum melangkah ke bilik air. Sempat juga aku menjeling ke arah teman-temanku yang masih enak dibuai mimpi. Aku hanya tersenyum.

Lima minit kemudian aku keluar dari bilik air. Siap berpakaian. Aku melangkah ke arah cermin. Menyikat rambutku yang pendek separas bahu dan terus menyangkut kameraku ke leher. Pastinya aku tidak akan ke mana-mana tanpa topiku. Setelah aku yakin yang aku telah siap, aku terus melangkah keluar dari bilik. Langsung tidak berniat untuk mengejutkan mereka dari tidur. Biarlah mereka berehat.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Terasa damai sungguh. Mataku terpandang bot-bot nelayan yang baru sahaja meninggalkan kawasan pantai. Cantik! Fikirku. Terus melangkah turun sambil menghala lensa kameraku ke arah nelayan-nelayan itu.

Dan pagi itu, aku tidak melepaskan peluang bersiar-siar sendirian. Sambil menghirup udara segar, aku juga tidak pernah lupa untuk mengambil gambar pemandangan indah itu. Mataku meliar mencari sudut yang ku rasakan menarik. Sesekali apabila aku berasa penat berjalan, aku akan duduk di salah sebuah kerusi kayu yang terdapat di situ. Dan saat itu juga aku terpandangkan seorang pemuda yang baru sahaja melangkah keluar dari air. Lensa terus ku halakan ke arahnya, dan tanpa berfikir panjang aku menekan butang. Mengambil gambarnya. Aku tersenyum puas, dan gembira pada masa yang sama. Comel betul! Getus hatiku, masih memandangnya dari kejauhan. Namun wajahnya masih dapatku lihat dengan jelas. Dan lensaku berjaya menangkap detik itu.

* * *

“Kami balik esok.” Beritahu Hakim padaku. Aku sedikit terkejut. Ala, tak dapatlah aku jumpa mamat tu lagi! Getus hatiku. Aku memandang Hakim yang sedang menyedut minumannya itu. Dia mengangkat muka, memandangku sambil tersenyum. “Ini nombor saya. Apa-apahal call je, okey?” ujarnya sambil menghulurkan secebis kertas padaku. Aku hanya tersenyum dan menganggukkan kepalaku. Acuh tak acuh sahaja aku menyambut huluran kertas itu dari tangan Hakim.

Antara mereka bertiga, Hakim lebih rapat denganku. Tambahan pula sikapnya yang gila-gila itu, tidak ubah sepertiku. Membuatkan kami lebih cepat ‘ngam’. Lagipun, dia muda setahun daripadaku, lebih senang untuk ku anggapnya seperti adikku sendiri. Sekurang-kurangnya dapatlah aku korek rahsia darinya tentang Ayie. Hehehe..! Kira macam ambil kesempatanlah.

“Aku balik dulu.” Perlahan sahaja suara itu berkata. Aku mengangkat muka, memandang Ayie yang duduk bertentangan denganku. Seperti biasa matanya tajam menikam wajahku. Aku bernar-benar tidak mengerti dengan maksud pandangan matanya itu. Namun apa yang aku pasti dia tidak mesra denganku, malah layanannya sedikit dingin terhadapku tidak seperti layanannya terhadap teman-temanku yang lain. Dia kelihatan mesra sekali tatkala berbual dengan Naza dan Anis.

“Aik? Kata nak lepak dulu malam ni? Kan esok dah nak balik.” Johan berkata. Memandang temannya yang sudah menolak kerusi. Ayie hanya menggelengkan kepalanya, terus bangun dan melangkah meninggalkan kami. Aku hanya menghantar langkahnya dengan ekor mata. Sedikit kecewa.

Malam itu aku berkisar di katil. Sesekali berkalih ke kiri dan kemudian ke kanan. Merenung siling bilik itu lama, dan sekali lagi aku memejamkan mataku, namun wajah itu masih bermain di fikiranku. Pandangan matanya membuatkan aku tertanya-tanya. Dan entah mengapa aku rasa bersalah apabila teringatkan tentang pandangannya itu. Adakah dia tidak suka Hakim rapat dengan aku? Aku tertanya-tanya sendiri. Serta merta wajahku berubah warna. Kalau macam tu, dia pun sukakan akulah. Yes, yes! Hatiku melonjak kegembiraan. Peluang baik punya. Tapi… macam syok sendiri pula!

* * *

Seperti biasa, tepat jam 8.00 pagi aku berlari masuk ke dalam bilik air. Mandi dan menukar pakaian secepat mungkin. Tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemunya buat kali terakhir. Lagipun, belum tentu dia akan bertemuku lagi apabila kami pulang ke bandar nanti. Hai, dapat tengok dari jauh pun dah cukup! Getus hatiku.

Kelam kabut aku keluar dari bilik. Serta merta suara Hakim terngiang-ngiang di telingaku. “Kitorang bertolak pukul 9.00.” Pukul 9.00? Aku memandang jam di tangan. Tepat pukul 8.20 pagi. Ada masa lagi! Aku memberitahu diri ku sendiri. Apabila tiba di jeti yang tidak jauh dari chalet tempat kami menginap, aku menarik nafas dalam-dalam. Sesekali mataku meliar mencari kelibat mereka, terutamanya Ayie. Namun, wajahnya tidak kelihatan. Aku mengeluh, sedikit hampa. Takkanlah dah bertolak? Fikirku.

“Kau cari siapa?” kedengaran satu suara yang amat aku kenali menegur. Cepat-cepat aku berpaling, memandang seraut wajah yang telah membuatkan aku gila bayang berdiri di belakangku. Ayie! Nama itu bergema dalam hati. Aku kembali kalut, namun tetap berpura-pura tenang.

“Saya ingat awak… erm… korang dah bertolak.” Balasku sedikit gugup. Dia hanya membisu. Aku memandangnya lama-lama. Dan seperti hari-hari yang berlalu, dia masih kelihatan ‘cantik’. Aku rasa kalau dah suka tu, orang tu tetap akan kelihatan sempurna tak kira apapun yang dipakainya. Adatlah kalau dah jatuh cinta. Hehehe…!

“Kalau kau cari Hakim, dia ada kat sana.” Beritahunya sambil menunding jarinya ke satu arah.

“Saya cari awak!” jawapan spontan itu membuatkan dia tergamam. Aku pula cepat-cepat menutup mulutku. Tidak menyangka yang aku akan berkata begitu. Serta merta aku tunduk menyembunyikan wajahku yang sudah merah padam. Darah gemuruh aku dah sampai!

“Kau ni kelakar betullah!” ujarnya. Aku mengangkat muka memandang dia yang sudah menutup mulutnya dengan tapak tangan. Jarinya yang panjang dan cantik itu membuatkan aku terpaku seketika apabila terpandangkan sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya. “Aku pergi dulu.” Sambungnya terus melangkah meninggalkan aku yang masih tertanya-tanya tentang cincin itu.

Entah mengapa aku berasa patah hati apabila teringat tentang cincin itu. Mungkinkah dia sudah berpunya. Maknanya aku dah terlepas peluang untuk kenal dengan dia. Maksud aku kenal dengan lebih rapat. Aku hanya memandang dia yang sudah jauh berlalu. Tubuhnya yang tinggi lampai itu menghilang di balik orang ramai. Aku menghela nafas panjang.
* * *

Lama aku memandang ke luar tingkap. Sebulan berlalu sejak kali terakhir aku bertemu dengannya. Puas aku lakukan untuk lupakan dia, tetapi wajahnya tetap bermain di fikiranku. Hanya Hakim yang masih berhubung denganku. Sempat juga aku mengorek rahsia tentang Ayie daripadanya. Tentang siapa dia dan aku sudah mendapat jawapan tentang cincin yang tersarung di jari manisnya itu.

Pastinya setiap soalan aku tentangnya membuatkan Hakim dapat menghidu tentang perasaanku terhadap temannya itu walaupun berkali-kali aku menidakkannya. Masih aku ingat perbualan kami malam tadi. Dan ia membuatkan aku termalu sendiri. Hai, macam perigi cari timba pula aku ni!

“Awak suka dia, ya?” soalan itu menerjah benakku. Aku hanya ketawa, berpura-pura tidak mengerti. Hakim pula ketawa mengejek. “Kalau suka cakap je. Lagipun dia tu memang ramai peminat. Jadi awak kenalah usaha sikit, ya? Awak nak nombor dia? Saya boleh bagi.” Sambungnya panjang lebar. Aku terdiam seketika, berpura-pura keberatan untuk mengambil nombor Ayie. Namun, saat Hakim tetap berkeras menyuruh aku menyalinnya aku tetap menyalin nombor-nombor itu dengan senang hati. Hehehe…! Bukan selalu. Inilah yang dikatakan malu tapi mahu.

Aku mengalihkan pandanganku pada telefon bimbitku yang digenggam sedari tadi. Masih berfikir, patutkah aku menelefonnya. Tapi apa yang harus aku katakan? Aku masih keberatan. Tapi apa salahnya mencuba, kan? Aku menarik nafas lama sebelum menghembusnya lambat-lambat. Aku menekan-nekan butang kekunci pada telefon itu, mencari namanya. Apabila sudah menjumpai nombor yang dicari aku terus menekan butang hijau.

Lama aku menunggu sebelum satu suara menyapa memberi salam. Cepat-cepat salamnya ku jawab. Aku menarik nafas lega kerana dia mengangkat telefon itu. “Siapa ni?” pendek sahaja soalannya.

“Saya… erm… Eiza!” balasku lambat-lambat. Kedengaran suaranya berkata “Oh!” seolah-olah aku mengganggunya. Aku mula rasa serba salah. “Maaflah kalau saya kacau… tapi… awak sihat?” soalku pula. Dia hanya menjawab “Erm!” Itu maknanya dia sihat. Fikirku.

“Kau nak apa?” soalnya pula. Aku meneguk air liur. Huih, mamat ni memang sombong! Tapi aku tetap suka dia, jadi aku buat-buat tak tahu je pasal sikap sombongnya itu. Getus hatiku. “Nak apa?” keras suaranya bertanya, membuatkan aku tersentak lamunanku.

“Erm… saya nak jumpa awak, boleh? Esok, ya? Saya tunggu dekat KLCC pukul 10.00 pagi.” Cepat sahaja aku memberitahunya tentang itu. Langsung tidak menunggu jawapan darinya. Kedengaran nafasnya keras menyapa telingaku.

“Tengoklah kalau rajin aku pergi.” Balasnya dingin.

“Saya tunggu sampai awak datang.” Beritahuku pula. Belumpun sempat aku menghabiskan kata-kataku, dia terus mematikan talian. Aku memandang telefonku dengan pandangan kosong. Namun, aku pasti yang dia akan datang juga. Entah mengapa keyakinan itu datang member harapan yang aku kurang pasti palsu atau tidak.

* * *

Aku memandang jam di tangan. Tak kira macam mana lewat pun dia aku akan tetap sabar menunggu. Apabila teringatkan pertemuan hari ini aku tersenyum sendiri. Sedar atau tidak aku sudah beberapa kali keluar bersamanya. Masih berasa bahagia walaupun dia jarang sekali bersuara apatah lagi tersenyum. Dia yang bersikap berpura-pura tidak ambil tahu itu sebenarnya sangat mengambil berat. Masih aku ingat beberapa hari lalu aku sedikit pening, maklumlah berjaga sepanjang malam dan dia tanpa dipinta menemaniku ke klinik. Walaupun dia diam membisu sepanjang perjalanan namun wajahnya jelas terlukis garis kerisauan. Semuanya ciri-ciri yang aku suka. Walaupun sesekali aku berasa yang dia terpaksa melayan kerenahku, tapi aku tetap tidak peduli tentang itu. Berasa seolah-olah aku semakin mementingkan diriku sendiri.

“Hei!” kedengaran satu suara menyapa. Cepat-cepat aku berpaling. Senyumanku sudah melebar. “Sorry lambat!” beritahunya. pendek sahaja tanpa alasan. Aku hanya menganggukkan kepalaku.

“Jom! Kita nak pergi mana dulu, ya?” soalku pula. Dia hanya menjungkit bahu dan terus melangkah. Cepat-cepat aku berlari mendapatkannya. Kakinya yang panjang itu membuatkan aku ketinggalan jauh di belakang.

Aku hanya melangkah perlahan-lahan di belakangnya. Dan seperti biasa tanganku tidak pernah penat mengambil gambar terutama gambarnya. Tiba-tiba langkahku mati. Aku berpaling ke kanan ku. Mataku mula bersinar-sinar tatkala terpandangkan dua ekor arnab yang comel di dalam kedai haiwan itu. “Comelnya!” kataku sendirian. Aku meletakkan jariku pada cermin kaca itu, seolah-olah cuba menyentuhnya.

“Kalau suka beli ajalah!” kedengaran satu suara menegur. Aku berpaling sedikit ke kiriku. Tubuhku terkaku apabila wajahnya hampir benar dengan muka ku. Dapat aku rasakan haba dari tubuhnya. Jantungku mula berdegup kencang. Mataku masih menatap wajahnya walaupun dia hanya memandang ke arah arnab-arnab comel itu.

“Honey?! You ke tu?” suara itu mengejutkan kami. Serentak kami berpaling ke arah empunya suara itu. Seorang gadis cantik berdiri tidak jauh dari kami sambil tersenyum manis memandang Ayie yang sudah kelihatan sedikit terkejut. “It is you.” Sambung gadis itu, terus mendapatkan pemuda itu dan meraihnya ke dalam pelukannya. Ayie membalas pelukan itu sambil tersenyum manis. Senyuman yang tidak pernah aku lihat sebelum ini.

“Sayang, you buat apa kat sini?” soa Ayie saat dia melepaskan pelukannya. Gadis itu tersenyum. Ayie pula tidak lepas-lepas dengan senyuman manisnya itu. Entah mengapa aku berasa jauh hati apabila terpandangkan senyuman itu. Tambahan pula saat aku melihat dia memeluk gadis itu hatiku berasa hancur sekali.

Aku hanya memandang mereka berbual dan pastinya kewujudan aku seolah-olah dilupakan. Ayie langsung tidak memperkenalkan gadis itu dan membuatkan aku tertanya-tanya tentang siapakah dia. Apabila teringatkan tentang cincin itu aku mula berasa keliru. Teringat yang Hakim pernah memberitahuku tentang cincin itu yang sebenarnya milik arwah abang Ayie dan kini tingkah mereka yang begitu mesra membuatkan aku berfikir banyak kali. Mungkinkah gadis itu orang yang menghadiahkan cincin yang tersarung di jari manis Ayie itu? Aku meneguk liur yang terasa kelat.

“Pergi lunch sama-sama, nak? I dah lama tak lunch dengan you.” Kata gadis itu sambil meraih lengan Ayie. Pemuda itu menganggukkan kepala, bersetuju.

“Jom!” beritahunya, berpaling sedikit memandang aku yang hanya memandang tingkah mereka sedari tadi. Senyumannya mati saat itu. Aku hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Cepat benar moodnya berubah. Dan itulah dia, orang yang aku suka hanya melayanku dengan dingin. Aku benar-benar tertanya-tanya tentang apa yang bermain di fikirannya. Dia kembali memandang gadis di sebelahnya dan mereka sama-sama melangkah meninggalkan aku yang masih kaku memandang mereka. Tidak berganjak walau selangkah.

“I don’t shake hands with girls!” ayat itu menerjah benakku. Aku terpandang tangan mereka yang erat tergenggam. Mataku mula berkaca dan apabila mereka sudah jauh melangkah meninggalkan aku, aku berpaling dan berlalu pergi. Tidak berminat untuk mengikuti mereka. Malah sebelum berlalu sempat aku mengambil gambar mereka dari belakang. Aku menghela nafas panjang dan melajukan langkah kakiku.

* * *

“Eiza aku keluar kejap, ya?” perlahan sahaja suara Naza di telingaku. Lambat-lambat aku menganggukkan kepalaku. Kecil sahaja mataku terbuka memandangnya. “Kalau apa-apa call aku, ya?” pesannya sebelum berlalu meninggalkan aku yang terlantar di atas katil, tidak berdaya.

Sudah dua hari aku demam. Dan sepanjang dua hari ini aku hanya mampu terbaring di atas katil. Disebabkan ayah tiada di rumah kerana bekerja di luar negara, terpaksalah aku menyusahkan Naza. Nasibku baik kerana dia sudi menemaniku. Aku merenung siling bilik dengan pandangan kosong. Entah mengapa aku teringatkan kejadian beberapa hari lalu. Sakit benar hatiku. Terasa seolah-olah aku dipermainkan, walhal tiada siapa yang mempermainkan aku kerana aku hanyalah sekadar syok sendiri. Itulah yang pasti.

Teringat malam itu, Ayie ada menelefonku kali pertama dia berbuat demikian. Namun suaranya jelas dia tidak suka dengan sikapku yang tiba-tiba sahaja pulang tanpa memberitahunya. Aku hanya memberitahunya yang aku terpaksa pulang. Hakikatnya aku hanya berbohong. Dan sebelum aku mematikan panggilan itu sempat aku memberitahu dia yang aku tidak akan mengganggunya. Beberapa kali aku memohon maaf sebelum mematikan panggilan itu walaupun dia belum sempat menghabiskan kata-katanya. Rasanya tiada apa yang perlu aku jelaskan kepadanya tentang sikapku itu.

Aku telah membuat keputusanku. Tekad! Walaupun aku sukakan dia dan dia mempunyai ciri-ciri yang aku suka. Tak mungkin bagiku untuk memaksanya menerimaku. Sangat tidak mungkin. Jadi aku lepaskan dia dan aku akan lupakan dia. Itulah yang bermain di fikiranku. Dan saat itu juga kepalaku berdenyut dan mataku memberat. Masih dibelenggu dengan apa yang terjadi hingga terbawa-bawa dalam mimpi.

Aku tidak sedar bila aku terlena kerana saat aku tersedar hidungku terbau makanan. Kepalaku terasa berat, perlahan-lahan aku meletakkan tanganku ke dahi. Memicit kepalaku yang terasa sakit dan berdenyut.

“Dah sedar?” kedengaran suara yang cuba aku lupakan mengetuk gegendang telingaku. Lambat-lambat aku berpaling memandang seraut wajah yang tersenyum manis memandangku. Mataku membulat kerana terkejut. Dia menongkat dagu dan seperti biasa matanya tajam menikam wajahku. Macam mana dia ada dekat sini? Aku bertanya diriku sendiri.

“Apa… awak buat dekat sini?” soalku teragak-agak. Berusaha untuk bangun, dan tanpa aku pinta dia membantuku untuk duduk. Aku terasa sedikit kekok dengan tingkahnya. “Thanks!” ujarku setelah aku dapat bersandar pada kepala katil. Masih setia memandang wajahnya dan pada masa yang sama aku cuba membalas pandangan matanya itu.

“Saya datang lawat awak.” Beritahunya selamba. Aku meneguk liur yang terasa kelat. Hairan dengan cara dia membahasakan dirinya. Tidak lagi ‘aku, kau’ seperti sebelum ini. “Agaknya kalau saya tak terserempak dengan Naza tentu tak tahu yang awak dah sakit.” Sambungnya lagi. Aku hanya membisu dan apabila terpandang cincin di jarinya aku menjadi sedikit marah. Cepat-cepat aku mengalih pandanganku. Tidak mahu memandangnya, walaupun pada hakikatnya dia tetap di hatiku.

“Terima kasih sebab datang. Tapi saya tak rasa nak jumpa awak sekarang. Jadi awak balik ajalah. Lagipun, saya baru aja cuba nak lupakan awak.” Kataku selamba. Menggenggam jemari sendiri dan mataku menjeling ke arahnya yang hanya memandangku tanpa suara. Senyumannya mati serta merta.

“Kalau awak nak saya balik sebab awak nak lupakan saya, saya rasa tak mungkin. Saya akan tetap tunggu dekat sini sebab awak tak buang gambar-gambar tu. Selagi gambar-gambar tu tergantung dekat situ selagi tu lah saya takkan benarkan awak lupakan saya. Lagipun saya datang memang untuk temankan awak dekat sini.” Hujahnya sambil menunding ke arah meja tulisku.

Aku memandang meja tulisku itu. Dinding berhampiran meja itu aku lekatkan sekeping papan nipis sebagai papan kenyataan kini penuh dengan gambar wajahnya. Gambar yang aku ambil dari pelbagai sudut. Aku membatu, dan tidak tahu apa yang harus aku katakan padanya. Lidahku benar-benar kelu. Dia menyentuh pipiku, dan lambat-lambat aku memandangnya.

“Eiza… kalau saya lelaki idaman awak, saya nak awak tahu yang awak gadis yang saya cari.” Beritahunya, perlahan dan lembut. Pastinya ia cukup menyenangkan. Aku terpaku, memandangnya tepat ke wajahnya. Kulitnya yang putih itu kelihatan merah padam. Saling tidak tumpah seperti perempuan. Sekali lagi jantungku berdegup kencang. Dia mencapai tanganku selepas melucutkan cincin di jari manisnya itu. Tanpa berfikir panjang dia menyarung cincin itu ke jariku. Aku hanya memandang tingkahnya hairan. “Untuk awak.” Beritahunya perlahan.

Aku hanya memandang cincin itu dan kemudian memandangnya. Dia kembali tersenyum, senyuman manis yang sebelum ini sesuatu yang tidak mungkin dia lakukan. Senyuman yang bukan untukku kini terukir juga buatku. “Saya nak awak tahu yang awak lebih penting dari cincin ni. Cincin ni akan buktikan yang awak sentiasa dalam hati saya.” Ujarnya lembut.

“Tolong jadi girlfriend saya!” ujarku tanpa berfikir panjang seraya menggenggam jemarinya. Dia tersentak dan memandangku dengan pandangan tidak percaya. “Eh… maksud saya jadi boyfriend saya.” Cepat sahaja aku membetulkan kesilapanku. Walaupun wajahku sudah merah padam, namun aku tetap memberanikan diri memandang wajahnya. Aku langsung tidak kisah tentang apa yang dia fikirkan tentangku.

Dia hanya membisu memandangku lama sebelum dia bangun dan meraih tubuhku ke dalam pelukannya. “Boyfriend atau girlfriend, asalkan awak bersama saya.” Bisiknya. Senyumanku melebar kerana bahagia. Saat itu juga kedengaran suara Naza menegur. Cepat-cepat dia meleraikan pelukannya. Dan kami memandang Naza yang sudah berdiri di muka pintu.

“Apa hal ni?” soalnya.

“He’s my girl now!” balasku sambil tersengih. Ayie pula hanya tersenyum apabila mendengar kata-kataku. Aku mengangkat muka memandangnya. Yes! Aku berjaya. Dia akan tetap jadi ‘girlfriend’ aku… ops! Maksudku ‘boyfriend’ aku sampai bila-bila. Lelaki cantik ini milikku juga akhirnya. Hahaha…!