? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, 5 July 2009

This Feeling Only For You

“Assalamualaikum.” Sapaku sambil melangkah masuk ke dalam bilik itu. Seraut wajah memandangku dengan pandangan tidak puas hati dan jelas yang dia benar-benar marah terhadapku. Aku hanya bertindak selamba dan terus melangkah, menarik kerusi duduk di hadapannya dengan wajah tenang. Salamku tidak dibalasnya. Tajam matanya memandang setiap pergerakanku. “So?” soalku.

“So? Apa maksud kau? Aku yang patut tanya kau semua tu.” Bentaknya. Aku tergamam. Dan peralahan-lahan aku mengukir senyum. Dia memandangku sedikit berang. Marahnya masih bersisa. “Kau ni memang tak guna. Sanggup tikam kawan sendiri dari belakang. Rampas teman lelaki kawan. Kau tak ada otak ke? Apa kau ingat kau lawa sangat ke?” sambungnya lagi. Panjang lebar. Kata-kata yang sudah aku dapat agak. Aku menghela nafas panjang. Masih memandangnya. Tidak tahu apa yang harus aku katakan padanya.

Aku hanya membisu apabila dia sudah menarik selimut, menyelimuti tubuhnya. Langsung tidak mengendahku. Sekali lagi aku menghela nafas panjang. Aku tahu dalam hal ini akulah yang bersalah. Semuanya terjadi kerana aku. Aku melontar pandangan ke luar bilik. Malam semakin larut dan Megat sudah terlena. Aku kembali memandang ke arahnya. Susah sangatkah untuk dia menerima aku? Sedangkan aku sendiri yang permainan ini menjadi semakin teruk seperti ini. Aku sedikit terasa dengan kata-katanya. Walaupun dahulunya kami adalah teman rapat, dan sememangnya aku tidak menyangka yang dia akan berkata seperti itu. Apa aku ingat kau lawa sangat ke? Kata-kata itu terngiang-ngiang di telingaku. Malam pertama yang tidak sama seperti orang lain. Inilah jadinya kalau salah seorang tidak sudi. Hahaha… aku tertawa sendiri. Tak kisahlah. Bukan aku rugi pun.

* * * *

“Selamat pagi.” Sapaku apabila aku melangkah masuk ke dalam bilik itu. Megat memandangku sekilas. Seperti semalam, kewujudan aku tidak diendahkan olehnya. Dia sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Cuti yang diperolehnya tidak digunakan sepenuhnya. Ya! Nampak sangat dia ingin mengelak dari bertemu ku. Dengan selamba aku mendekatinya yang sedang mengikat tali leher. “Nak saya tolong?” soalku sambil mencapai tali lehernya. Dia memandangku tajam. Seolah-olah aku ingin ditelannya. Tanganku ditepisnya.

“Don’t you dare to touch me.” Katanya sambil menggenggam jemariku erat dan kasar. “Kau buat macam mana pun aku takkan jatuh cinta pada perempuan macam kau.” Katanya selamba dan kasar. Entah mengapa aku terasa tercabar dengan kata-katanya. Dengan kasar aku menolaknya ke dinding dan menekan tanganku. Menghalangnya laluannya. Dia tergamam. Memandangku hairan.

“Jangan cabar saya. Saya akan buat awak jatuh cinta pada saya. Tak kira apa pun.” Kataku selamba. Tajam memandangnya. Dia masih tergamam. Membalas pandangan mataku. Tidak menyangka barangkali yang aku akan bertindak seperti itu. Dia tertawa tiba-tiba. Aku terkaku.

“Kau rasa kau mampu nak buat macam tu?” soalnya. Aku mengangguk. Yakin. Dia tertawa lagi. “Macam mana kalau dia muncul balik dan aku masih sukakan dia?” soalnya. Aku terdiam. Otakku mula terfikirkan tentang kemungkinan itu. Perlahan-lahan dia menolakku ke tepi. “Lain kali pakai otak dulu sebelum kau cakap apa-apa.” Tenang sahaja dia berkata. Dia terus melangkah, dan dengan pantas aku menarik tangannya.

“Kalau dia muncul balik dan awak masih pilih dia, saya akan pergi dan takkan muncul lagi depan korang.” Tenang sahaja aku berkata. Dia memandangku, separuh terkejut. Dia tersengih. Geli hati barangkali.

* * * *

“Hei, jangan tidur sinilah!” jeritnya lantang. Dan aku dengan malas berkalih ke kiri. Tidak mengendahkan kata-katanya itu. Terus memejamkan mata dan walaupun begitu telingaku masih dapat mendengar suaranya mengomel tidak puas hati. “Ish, tak faham bahasa ke? Ini bukan tempat kau faham? Tempat kau layak kat sana.” Katanya sambil menunding ke arah sofa yang terletak di satu sudut bilik itu. Aku hanya memakukan tubuhku. Tidak berganjak walaupun beberapa kali dia menolak tubuhku. Dan akhirnya aku rasakan yang dia meletakkan sebuah bantal antara kami. Aku menghela nafas panjang.

Jam sudah menunjukkan waktu 4 pagi. Aku bingkas bangun dari katil, dan memandang Megat yang lena membelakangiku. Aku menggelengkan kepala. Teruk benar sikapku ini. Mengusiknya hingga begitu sekali. Dan sememangnya aku tidak berniat langsung untuk membuatnya jatuh hati padaku. Aku bukannya jenis manusia yang suka memaksa. Perlahan-lahan aku bangun dari katil itu, mencapai bantal dan terus melangkah ke sofa yang ditunjukkan oleh Megat sebentar tadi.

Aku meletakkan bantal di sofa itu. Terus membaringkan tubuhku. Cuba memejamkan mata. Namun kepalaku masih berkisar tentang hubungan kami yang masih belum pasti. Aku tahu kenapa marah benar Megat padaku. Semuanya gara-gara aku yang sibuk masuk campur hubungannya dengan teman baikku sendiri. Itulah orang kata, lain kali jangan menyibuk. Tapi salahkah aku jika aku cuba untuk mengelakkan dia untuk tidak kecewa dipermainkan? Aku tertanya sendiri. Masih aku ingat dengan jelas hari itu, Dania melangkah pergi meninggalkannya. Dan aku hanya memandang dari jauh. Dan hingga hari ini aku dipersalahkan.

Dan tanpa dirancang. Kami disatukan oleh keluarga yang salah faham dengan hubungan baik kami yang hanya rapat sebagai kawan. Aku menghela nafas panjang. Terasa berat dengan beban yang dipikul. Tidak berani untuk bercerita pada orang lain. Dan apatah lagi untuk berkongsi dengan Megat yang pastinya tidak akan mendengar setiap kata-kata yang aku katakan. Harapan palsu untuk diriku sendiri jika aku memberitahu pada diriku yang suatu hari nanti dia akan menerimaku seadanya.

* * * *

Dia tersedar dari lenanya. Dengan malas, dia mencapai jam di sisinya. Memandangnya lama. Pukul 5 pagi. Dia menarik nafas panjang. Menjeling sekilas ke kirinya. Kosong. Dia sedikit tersentak. Ke mana pula perginya dia? Dia tertanya-tanya. Sebentar tadi Nurin masih lena di sebelahnya. Matanya dapat menangkap sesusuk tubuh yang lena di atas sofa. Entah mengapa dia rasa bersalah. Tak! Biarkan saja. Fikirnya, terus menarik selimut dan memaksa matanya untuk pejam. Namun dia tidak mampu.

“I hate you. You’ll never love me.” Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinganya. Bagaimana harus dia lupakan wajah dan kata-kata itu. Semuanya kenangan pahit padanya. Dan semuanya kerana Nurin. Jadi memang patutlah jika dia melayannya seperti itu. Dan cintaku hanya untuk Dania. Getus hatinya.

* * * *

Tiga bulan berlalu. Dan Megat sudah mula berbaik denganku. Kembali berkawan. Dan aku masih lagi dalam usaha untuk menarik hatinya. Walaupun aku sebenarnya kurang pasti dengan kebarangkalian yang dia akan menerimaku lebih dari seorang kawan. “Hei, apa yang dimenungkan tu?” sapanya. Aku tersentak. Mengangkat muka memandangnya sambil tersengih. “Saya nak keluar. Awak nak kirim apa-apa?” soalnya. Aku hanya menggelengkan kepala.

Aku hanya memandangnya melangkah. Meninggalkan kawasan rumah dengan keretanya. Dan saat itu juga ibunya menyapaku. “Ke mana dia pergi tu?” soalnya. Aku hanya menjungkit bahu. Perlahan-lahan wanita tua itu melabuhkan punggung di sebelahku. “Mama risau tengok kamu berdua ni.” Beritahunya. Aku memandangnya hairan. Dia pula memaksa diri untuk tersenyum. “Macam dingin je kamu berdua ni. Tak baik lagi?” soalnya. Mengorek rahsia. Aku hanya tersenyum.

“Mama jangan risau. Kami okey aja.” Balasku, tenang. Mencapai tangannya. “Mama jangan risau, okey?” kataku lagi sambil menggenggam jemarinya. Dia membalas senyumanku dan menganggukkan kepalanya.

* * * *

Aku melangkah tangga itu satu persatu. Masih teringatkan kata-kata Megat pagi tadi sebelum dia meninggalkan rumah. “Kita lunch sama-sama okey hari ni. Saya tunggu awak dekat pejabat.” Entah mengapa aku berbunga bahagia mendengar kata-kata itu. Walaupun pada hakikatnya, aku tidak tahu apakah perasaannya terhadapku.

Aku melangkah masuk ke dalam pejabatnya yang kelihatan sunyi sepi. Hanya beberapa orang staf sahaja yang masih belum meninggalkan pejabta itu untuk keluar makan. Mereka melontarkan senyuman padaku. Dan aku pula membalasnya. Dan aku terus melangkah ke bilik Megat. Dan baru sahaja aku ingin menolak pintu bilik itu. Aku terkaku sebentar. Dapat aku lihat dengan jelas Megat sedang berpelukan dengan seorang wanita. Aku tergamam. Aku kenal wanita itu. Dania. Namanya meniti bibirku.

Aku menyembunyikan diri. Tidak sanggup melihatnya. Dan perlahan-lahan aku mengatur langkah. Meninggalkan pejabat itu. Bibirku mengukir senyuman dan mataku sudah mula berkaca. Dan akhirnya air mata yang ditahan selama ini berserai juga akhirnya.

Jawapan pada persoalan yang bermain difikiranku sudah terjawab. Dan orang yang ditunggu sudah muncul. Tiada sebab lagi untuk aku terus berada di sisinya. Hanya satu sahaja yang tinggal. Janji aku untuk pergi buat selamanya dan tidak akan muncul lagi. Apalagi yang harus aku tunggu walaupun aku berat hati untuk meninggalkannya. Pastinya dia bukan untukku. Hakikat yang harus aku terima dan telan.

* * * *

Dam! Pintu terkuak dari luar. Megat muncul sambil tercungap-cungap. Aku tergamam. Memandangnya hairan. Tanganku yang sedang melipat baju untuk dimasukkan ke dalam beg terhenti. Dia memandangku lama. Wajahnya kelihatan berang. Dan aku hanya tersenyum memandangnya. Kembali melipat pakaianku.

“Awak nak pergi mana?” soalnya. Aku hanya membisu. Tidak memberikan jawapan. Kerana aku sendiri tidak tahu arah tujuanku. Dia membisu memandangku yang seolah-olah tidak mengendahkannya. “Nurin.” Panggilnya. Aku hanya memekakkan telinga. Terus dengan kerjaku.

“Okey!” kataku sambil berdiri. Aku memandangnya sambil tersengih. “Semoga bahagia selalu. Saya minta maaf kalau saya ada buat silap, okey?” kataku tenang. Dia memandangku. Tidak berkedip. Aku terus melangkah melepasinya. Dalam diam aku berdoa semoga dia tidak menghalangku. Kerana aku tidak pasti jawapan apa yang harus aku berikan padanya.

“Nurin.” Dia menarik tanganku. Aku terkaku. Mengangkat muka memandangnya. Dia memandangku. Matanya berkaca. Dan aku tergamam melihat wajahnya yang sudah merah padam. “Please don’t go. Saya perlukan awak di samping saya.” Katanya. Aku tergamam. Masih tidak mengerti. Perlahan-lahan dia menarikku dalam pelukannya. “This feeling inside me only for you.” Bisiknya.

0 comments: