“Jumpa esok.” Laung Kimi yang sudah mula melangkah meninggalkan mereka. Adam hanya mengangkat tangannya. Dean pula hanya tersenyum, membalas lambaian tangan Kimi itu. Riz pula hanya memandang kosong. “Aku pun nak balik dulu.” Tenang sahaja Adam berkata. Namun, dia kelihatan resah sambil memandang jam tangannya. Dia terus berpaling dan terus melangkah, tidak lagi berpaling ke arah teman-temannya. Dean hanya membisu dan memandang langkah Adam yang semakin menghilang. Dia memandang Riz yang hanya membisu sedari tadi.
“Kita pun gerak samalah.” Dean bersuara memecah kesunyian antara mereka. Riz hanya menganggukkan kepalanya. Mereka sama-sama melangkah meninggalkan studio tempat mereka berlatih.
Adam melangkah dengan laju. Rambutnya yang sebelum ini dibiarkan berjuntai menutupi separuh wajahnya dikuak ke belakang dan diikat kemas. Dia mengeluarkan cermin matanya dan terus memakainya. Dia memandang jam tangannya. Dan saat dia tiba di hadapan rumah besar itu, jam sudah menunjukkan jam 3 pagi. Dia menghela nafas panjang. Belum pernah dia pulang selewat ini. Dan sejak berkenalan dengan Dean dan Kimi, dia selalu pulang lewat malam. Dan alasan apakah yang harus dia berikan nanti? Dia bertanya dirinya sendiri.
Perlahan dia menguak pintu besar itu. Dan perlahan-lahan dia melangkah masuk. Tidak mahu membuat sebarang bunyi. Tidak mahu seluruh isi rumah tersedar dengan kepulangannya. Dan saat itu juga lampu di ruang utama terbuka. Dia tergamam apabila terpandangkan ibunya berdiri sambil berpeluk tubuh. Merenungnya lama. Dan dia sendiri tidak tahu bila ibunya pulang dari luar negara.
“Where were you?” soal ibunya tegas. Adam hanya membisu. Memang itulah sikapnya. Lebih banyak membisu dari berkata-kata. Dia hanya memandang ibunya. Kelihatan berang. “Answer me!” tegas suara ibunya berkata. Meminta jawapan. Adam terus melangkah mendaki tangga. Malas ingin bersoal jawab dengan ibunya yang sememangnya tidak akan percaya dengan setiap apa yang dikatakannya. “Don’t you listen to me?” soal ibunya lagi. Bertambah berang. Dia menarik tangan Adam kasar. Dan dengan kasar dia merentap tangannya. Ibunya tergamam.
“None of your business.” Selamba sahaja dia menjawab. Terus melangkah mendaki tangga. Dia masuk ke dalam biliknya dan terus merebahkan tubuhnya ke katil. Dia memandang siling biliknya. Terasa bersalah tiba-tiba. Mengapa dia perlu menjawab sebegitu kepada ibu yang jarang ditemuinya. Dia meraup mukanya dengan tangan.
Adam masih ingat lagi. Ibunya jarang benar berada disampingnya. Sejak bapanya meninggal dunia lima tahun lalu. Ibulah yang bersusah payah berusaha keras membangunkan perniagaan bapanya yang hampir menggulung tikar kerana kegawatan ekonomi. Dan ibu jugalah yang membesarkan dia, abang dan kakaknya. Walaupun tidak banyak masa bersama tetapi ibunya tetap mementingkan pelajaran anak-anaknya. Lihatlah kini abang dan kakaknya sudah bergelar doktor. Dan dia bakal mengikut jejak langkah mereka. Dan dia pula semakin pendiam sejak kematian bapanya. Dan sejak kakak dan abangnya ke luar negara tinggallah dia di sini sendirian. Dan hidupnya hanya belajar sepanjang masa, sehinggalah dia bertemu dengan Dean, Kimi dan Riz.
Dia menghela nafas panjang. Walaupun dia masih tidak jelas dengan masa depannya sendiri, namun sehingga hari ini cukuplah jika dia masih mampu bertahan. Sekurang-kurangnya dia dapat melepaskan tekanan yang dirasainya apabila bersama mereka bertiga. Terima kasih pada mereka. Bisiknya perlahan. Bibirnya mengukir senyum. Senyuman yang susah untuk kelihatan di bibir pemuda itu. Dan matanya memberat dan dia terus terlena. Hingga ke pagi.
* * * *
Adam bingkas bangun. Dia memandang jam di dinding dan tergamam apabila terpandang jarum panjang yang sudah tegak pada nombor 12. alamak! Dah lambat! Dia terus bangun. Mencapai tuala dan terus melangkah ke bilik air. Lima minit kemudian dia keluar dari di bilik air dan terus mendapatkan almari pakaiannya. Baju t-shirt lengan panjang berwarna kelabu dan seluar jeans pendek dicapai dan dipakainya. Dia menyikat rambutnya yang basah itu ke belakang dan terus mencapai cermin matanya. Sempat juga dia mencapai jam tangan kesayangannya yang dihadiahi oleh bapanya sebelum bapanya pergi buat selama-lamanya.
Dia turun ke tingkat bawah. Tangannya pantas mencari-cari kunci kereta di dalam sebuah kotak kunci. Dan saat itu juga ibunya menegur. Adam mengeluh. Sememangnya dia sudah lambat kerana sudah berjanji dengan teman-temannya. Pasti mereka sudah menunggu. “Where are you going?” soal ibunya. Adam berpaling. Inilah masalahnya kalau dah selalu sangat ke luar negara, sampai bahasa sendiri pun lupa. Getus hatinya.
“Jumpa kawan.” Balas Adam selamba. Dia menarik nafas panjang. “Sekarang mama bukan dekat London, okey? Apa salahnya kalau cakap je melayu.” Sambung Adam tenang. Selamba sahaja dia menegur ibunya. Tergamam wanita itu mendengar kata-katanya Adam. Ibunya hanya memandang Adam yang sudah menggenggam kunci kereta di tangannya. “Saya pergi dulu.” Beritahunya dan terus berlalu.
Keretanya dihidupkan dan dia terus meninggalkan kawasan rumah itu. Dia menyusur jalan yang agak sibuk itu dan akhirnya dia tiba di tempat yang dijanjikan. Dean, Kimi dan Riz sudah setia menantinya. Entah apa yang dibualkan oleh Riz dan Dean manakala Kimi pula asyik mendengar i-podnya. Dia turun dari kereta dan mendekati teman-temannya. “Maaflah lambat.” Sapanya. Mereka memandangnya sambil tersenyum.
“Jomlah!” ajak Dean. Dia melangkah masuk ke dalam studio itu. Dia terus melangkah masuk dan mencapai sebuah gitar dan memetiknya. Kimi juga sama, mendapatkan bassnya dan Riz pula duduk ditempatnya. Adam hanya memandang teman-temannya yang kelihatan bersemangat. “Ini lagu baru kita.” Beritahu Dean sambil mengagihkan sehelai kertas seorang. Mereka mencapainya dan menelitinya satu persatu. “Okey, Adam?” soalnya. Adam hanya menganggukkan kepalanya.
“Let’s jam!” jerit Kimi. Penuh semangat. Sememangnya pemuda itu sentiasa bersemangat. Tambahan pula jika ia berkaitan dengan minatnya.
Dam! Dam! Rentak drum Riz. Diikuti pula dengan petikan gitar dan bass dari Dean dan Kimi. Adam menghentakkan kakinya. Mencari mood. Dia mula membuka mulutnya.
“There’s nothing much I could do,
There’s nothing less I could say,
This thing makes me sick,
Those things that I regret,
The mistakes that I made,
The mistakes of all time,
The thing that I try to erase,
The thing that can’t be forget.” Perlahan tetapi tegas sekali suara Adam menyanyikan lirik itu. Sememangnya hanya dia yang sesuai menyanyikan lagu rekaan Dean itu. Rentak muzik mereka semakin rancak. Dan Adam juga sudah mendapat moodnya, dia membuka mulutnya. Mula ber’rapping’.
“Damn! Sick of this!
Hoping that I could kill,
But couldn’t do so,
Life so pathetic.” Dia bersiul. Mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh teman-temannya. Kakinya masih dihentak-hentak.
“This pressure that I feel,
The tense that surround me,
Make me bent down,
Breathing uneasily,
How many times should I tell?
How many years should I wait?
I can’t do this anymore,
I just wanna make it done!” suara Adam mengendur. Seolah-olah akan hilang. Tetapi masih jelas kedengaran. Dean memandang Adam yang kelihatan bersemangat benar. Dia tersenyum. Cermin matanya sudah dibuka. Dan dia kelihatan semakin kacak.
* * * *
Adam memandang ke luar tingkap. Dia menghela nafas panjang dan entah mengapa dia terasa seperti mahu menulis sesuatu. Dia mencapai kertas dan mencoret rasa hatinya. Sesekali dia menekur langit meminta ilham. Dan kembali mencoret di atas kertasnya itu. Dia membaca sekilas hasil karyanya yang pertama. Jika dulu dia menganggap itu semua hanya untuk orang bodoh yang putus harapan untuk hidup kini dia sendiri sudah mula menyukainya.
Dan saat itu juga kedengaran pintu diketuk. Dia berpaling saat ibunya sudah berdiri di muka pintu. Memandangnya dengan wajah yang tidak difahami oleh Adam. Dia hanya membisu dan kembali mengadap meja tulisnya. Ibunya mendekatinya dan mengusap kepalanya penuh kasih. Adam hanya membiarkan dan terus membisu.
“Adam! Mama tahu Adam benci mama. Tapi mama tak pernah benci Adam. Adam anak mama dan sampai bila-bila pun Adam tetap anak mama.” Beritahu ibunya. Adam hanya membisu. Dia memandang ke luar tingkap. Langsung tidak memandang wajah ibunya yang sudah berkaca matanya. Menahan rasa. “Mama akan balik London lusa. Kalau Adam nak ikut mama, please do come. I really miss you, dear.” Sambung ibunya lagi. Adam tetap membisu. Membatukan dirinya. Ibunya mengucup kepalanya dan terus keluar. Namun sempat lagi dia berdiri sebentar di muka pintu memandang Adam yang masih membatu di kerusinya. Diam tanpa reaksi.
Adam pula terasa sedikit sebak. Bukan dia bencikan mamanya. Cuma dia terkilan kenapa mamanya tidak selalu bersamanya? Apalah salahnya buat seketika mereka bersama. Cuba membincangkan masalah yang berlaku antara mereka. Kenapa mamanya perlu melayannya seperti anak kecil, hakikatnya dia sudah berusia 21 tahun? Dia menghela nafas panjang.
* * * *
“Boleh mainkan lagu hari ni tak?” soalnya. Teman-temannya saling berpandangan. Tidak menyangka yang Adam akan berkata begitu. Lama Adam memandang teman-temannya yang membisu tanpa kata. Dia menarik muka masam. “I know I’m not that good. Can’t we try?” soalnya sedikit terasa. Kimi tergelak dan dia serta merta menepuk-nepuk bahu Adam. Adam memandangnya kurang senang dengan tawanya itu.
“Rileks la, dude. Aku tak kisah mainkan lagu kau.” Beritahunya ikhlas. Dean dan Riz hanya memandang mereka sambil tersenyum. Mereka menganggukkan kepala. Dan Adam mula mengukir senyumannya. “Jom, jom kita gerak sekarang.” Ajak Kimi yang sudah melangkah.
“Aku nak rakam lagu ni.” Beritahu Adam. Rakan-rakannya hanya menganggukkan kepala. Tidak kisah tentang itu. Dan mereka juga tidak bertanya kenapa. Mereka melangkah ke studio yang selalu mereka melepak bersama. Hinggakan pak cik yang berada di kaunter itu sudah mengenali mereka.
* * * *
“I’ll not follow you. But do listen to this.” Beritahu Adam tenang saat dia menghantar ibunya ke lapangan terbang. Ibunya hanya memandangnya hairan, namun dia masih menyambut pemberian Adam itu. Adam menyalami mamanya dan terus berpaling. Melangkah pergi. Tidak mahu terus berada di situ. Ibunya hanya memandang Adam yang sudah jauh melangkah. Langkahnya kelihatan longlai. Adam berdiri sebentar dan berpaling sedikit, memandang ibunya yang masih memandangnya. Dia tersenyum pada ibunya dan melambaikan tangan. Air mata ibunya menitis.
Dia menekan butang pada i-pod itu. Dia menyumbat telinganya dengan ‘earphones’nya. Kedengaran rentak muzik yang perlahan. Lama dia cuba mengecam suara yang menyanyikan lagu itu.
“Love! Things that she tried to show,
Hurt! Only hurt me,
I try to forget those sweet memories,
I try to forget those sweet promises,
Run! I try to escape,
Hide! From the reality,
The fact that I can’t face,
The truth that lies front my eyes.” Dia mengangkat muka memandang Adam
yang sudah melangkah jauh. Anaknya itu hanya tunduk. Wanita itu cam benar suara itu, suara Adam. Anaknya sendiri. Adakah ini apa yang dia rasakan? Dia tertanya-tanya.
“Why should I?
Be the one that hurt,
Become the one who suffers,
Though things have nothing to do with me?”
“The love that she gave,
The hurt that she left,
The sweet voice that I try to erase,
The thing that haunting me,
Every single night.” Kedengaran suara Adam be’rapping’. Dia masih tidak menyangka yang anaknya itu boleh bernyanyi. Dan tidak terlintas langsung yang Adam akan menyanyikan lagu itu untuknya. Adakah aku ibu yang teruk?
“I run away from the fact,
Hide from everything,
Hoping for true love to find me.” Dan hanya muzik yang semakin perlahan yang mengakhiri lagu itu. Air matanya berderai. Semakin laju.
~~~end of Beat 2~~~
Thursday, 2 July 2009
The Princes II
Posted by Dark at 7/02/2009 09:04:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment