? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, 27 June 2009

In Love Again~

Mata Dania meliar. Mencari-cari kelibat seseorang. Sesekali temannya yang duduk di hadapannya dipandang dengan senyuman melebar di bibir. Temannya itu hanya menongkat dagu membalas pandangannya yang jelas menunjukkan dia keresahan. Tambahan pula, apabila orang yang ditunggu tak juga kunjung tiba. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar, pinta diangkat. Cepat-cepat dia menekan butang hijau pada kekuci telefonnya itu. Temannya hanya memandang wajah Dania, kosong.

“Hello!” sapanya. “Awak dekat mana?” soalnya lagi. Mendengar setipa butir bicara yang dituturkan oleh si pemanggil. Dia menganggukkan kepalanya. Mengerti. Panggilan dimatikan dan dia kembali memandang ke arah temannya. “Kejap lagi dia sampai.” Beritahu Dania. Jelas wajahnya terlukis garis gembira. Temannya itu hanya tersenyum.

Sememangnya penantian satu penyeksaan. Tambahan pula kalau pertemuan buat pertama kali. Sesekali dia memandang jam di tangannya. Terasa seperti kesabarannya hampir menghilang. Dan saat itu juga satu suara menyapa. Memberi salam. Serentak keduanya membalas salam itu dan mengangkat muka memandang seraut wajah yang tersenyum manis. Dania cam benar wajah itu. Walaupun pertama kali bertemu, mereka sebenarnya sudah lama berkenalan. Dunia semakin canggih dan pastinya setiap pertemuan itu pasti berbeza, tidak seperti dahulu.

“Duduklah.” Pelawanya. Pemuda itu menarik kerusi dan terus melabuhkan punggung di sebelah Dania. “Ini Alia, housemate saya.” Dia memperkenalkan temannya itu. Alia hanya mengangkat tangan dan tersenyum. Pemuda itu membalas senyuman Alia. “Lia, ingat tak kawan chatting saya yang selalu saya cerita tu. Nilah dia. Firas.” Dania memberitahu.

“Oh, inilah orangnya!” Alia hampir tertawa. Pemuda itu kehairanan. Memandang keduanya yang saling berbalas senyum. “Hei, hei! Apa ni?” sampuknya. Mereka berdua hanya tersengih sahaja. Tidak membalas pertanyaan itu.

* * * *

Dania mula bersiap-siap. Menyarungkan t-shirt putih dengan corak bunga, berseluar slack hitam dan bertudung putih. Sesekali dia memandang pantulan dirinya di cermin yang tergantung di dinding rumah sewa dua tingkat itu. Dia tersenyum puas. Perfect! Bisiknya.

“Nak keluar?” sapa satu suara. Dia berpaling memandang Alia yang muncul dari dapur sambil menatang sebiji gelas. Dia menganggukkan kepalanya. “So? Macam mana? Okey tak?” soalnya. Sempat pula ber’posing’ di hadapan temannya itu. Alia hanya tergelak. Dia mengangkat ibu jarinya tanda okey. Dania mencapai tas tangannya. “Kirim salam pada orang tu, ya?” sempat Alia mengusik. Dania mencebik dan akhirnya tertawa.

“Okey!” balasnya pendek sambil tersenyum lebar. Dia melangkah ke pintu rumah. Sempat berpaling dan melambaikan tangan pada Alia yang sudah terbaring di atas sofa. Alia hanya mengangkat tangannya dan menghantar Dania dengan pandangan matanya.

* * * *

Temu janji pertama selepas beberapa tahun dia dikecewakan. Walaupun hakikatnya pertemuan hari ini hanya sekadar kawan biasa. Dania pasrah dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini. Tidak mahu terus hidup dengan dibelenggu dengan kenangan lama yang pastinya menyakitkan. Dia mahu memulakan satu hubungan baru walau pun pada hakikatnya fikirannya masih lagi tetap teringatkan apa yang pernah berlaku. Melupakan bukan sesuatu yang mudah yang boleh dilakukan begitu sahaja. Ia mengambil masa yang cukup lama. Ada yang hingga berpuluh tahun cuba melupakan kenangan pahit yang pernah mereka lalui.

“Dah lama tunggu?” sapa satu suara. Dania tersentak dari lamunannya. Dia mengangkat muka memandang Firas yang sudah duduk di sebelahnya. Dia hanya menggelengkan kepalanya. “Agak baru jugalah.” Balasnya selamba. Firas hanya tersenyum simpul.

“So? Ke mana kita?” soal Dania. Dia memandang ke arah Firas yang sedang meneguk jus orennya. Firas membalas pandangan Dania itu. Dia hanya tersenyum. “Erm… mana-mana je. Saya ikut aja.” Balasnya. Dania tersengih. Entah mengapa hatinya mula berbunga bahagia. Perasaan yang sudah lama tidak dirasainya dan hampir dilupakan.

* * * *

“Lia!” panggil Dania. Dia muncul di muka pintu bilik temannya itu sambil tersenyum lebar. Alia hanya memandangnya – hairan. Tidak mengerti. Dania mendekati temannya yang sedang asyik dengan majalah kegemarannya. Dia melabuhkan punggung di sebelah temannya itu sambil bibirnya masih lagi tersenyum manis. Sesekali dia menguis-nguis karpet di bilik itu.

“Kenapa?” soal Alia, sedikit hairan dan ditambah pula dengan sikapnya yang sememangnya sedikit penyibuk. Dania masih lagi tersenyum. Seolah-olah mahu bermain teka teki. Alia mengeluh. Otaknya ligat berfikir tentang maksud senyuman bahagia yang terukir di bibir wajah teman baiknya itu. Dania mendekatkan mulutnya ke telinga Alia. Dan membisikkan sesuatu. Terlopong mulut Alia kerana terkejut dan dia mengangkat muka memandang Dania yang sudah tersengih. “Biar betul?” soalnya. Dania menganggukkan kepalanya. “Bila?” Alia semakin teruja.

Dania mengurut dagunya. “Semalam.” Balasnya pendek. “Waaaah! Bagusnya. Tahniah, tahniah!” selamba sahaja Alia menepuk bahu Dania. Dia benar-benar tumpang gembira. Mana taknya, dia kenal benar sikap Dania yang susah untuk percaya pada lelaki kerana kisah-kisahnya yang lalu. Dan kini sahabatnya itu sudah dicuri hatinya.
“Tapi… saya tak yakin sangatlah.” Beritahu Dania. Serta merta wajahnya berubah sedih. Alia menepuk bahu temannya itu. “Take your time, okay?” Alia memberi keyakinan pada temannya itu.

* * * *

Firas memandang Dania di sebelahnya yang sedang menyuapkan mee goring ke mulutnya. Dania pula terasa seperti dirinya diperhatikan, mengangkat muka memandang Firas yang hanya tersenyum. “Kenapa?” tanya Dania, sedikit hairan. Firas hanya menggelengkan kepalanya. Hanya tersengih.

Sejak kali pertama mereka bertemu, mereka kini sering keluar bersama. Pantang ada masa terluang, mereka pasti akan bertemu. Dan Firas pula, entah mengapa sejak hari itu dia sentiasa merindui gadis itu dan begitu juga dengan Dania. Dan sesekali mereka cemburu jika salah seorang dari mereka bersama orang lain. Dan hubungan mereka juga semakin hari semakin rapat.

* * * *

Dania berjalan perlahan. Kepenatan yang dirasainya membuatkan kakinya semakin lambat melangkah. Dan tiba-tiba matanya terpandang seseorang. Sesseorang yang amat dikenalinya. Dan siapakah gadis di sebelahnya itu? Tiba-tiba rasa cemburunya membuak-buak. Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan segera menekan-nekan nombor pada kekunci telefon itu. “I’m so disappointed. Tak pernah terfikir pun yang awak akan buat macam ni.” Sedih sekali suaranya saat panggilannya disambut oleh Firas. Tersentak Firas dan dari jauh dapat Dania lihat wajah Firas yang terkulat-kulat mencari kelibatnya. Dan belum pun sempat Firas memberikan alasannya, Dania terlebih dahulu mematikan telefon bimbitnya.

Firas mengeluh. Tidak sangka perkara itu boleh terjadi. Dan dia tahu, dia perlu cepat memberi alasannya sebelum hubungan mereka yang baru sahaja berputik itu tamat di tengah jalan. Segera dia menekan-nekan telefon bimbitnya. Dan gadis manis di sebelahnya hanya memandang. Kehairanan. Jelas garis kerisauan di wajah Firas saat itu.

* * * *

Kesunyian beraja antara mereka. Masing-masing berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka walau pun suasana itu jelas menunjukkan ketegangan. Masing-masing menghela nafas panjang. “Can we discuss now?” soal Firas. Dania hanya menganggukkan kepalanya. “Awak dah salah faham. Budak perempuan tu kawan saya. Betul…!” terang Firas. Dania hanya membisu. Tidak memberi sebarang komen. Antara percaya dan tidak.

“Okey, okey!” Firas bersuara selepas lama membisu. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan-nekan kekunci. Dia mendekatkan telefon itu ke telinganya dan lama dia membisu, menunggu panggilannya disambut. Dan akhirnya… “Hello!” sapanya. “Awak boleh tolong saya tak?” soalnya pada temannya itu. Entah apa yang dikatakan oleh teman Firas itu kerana Firas hanya menganggukkan kepalanya. “Tolong cakap dengan girlfriend saya, ya? Pasal petang tadi.” Terang Firas. Mungkin temannya itu bersetuju kerana itu Firas menyerahkan telefonnya kepada Dania yang hanya memandang tanpa suara.

“Hello? Dania, ya?” soalnya. Kedengaran suara perempuan menegur. Dania hanya mengiakan. Tidak mahu bersoal jawab. Lebih senang menanti penjelasan dari gadis yang tidak dikenalinya. “Maaflah. Tapi saya dan Firas kawan aja. Tadi masa awak call pun sebab saya ada masalah sikit. Minta dia tolong. So maaflah, ya?” terang gadis itu. Dania hanya tertawa kecil. Menyembunyikan perasaan sangsinya. “Awak jangan risau. Saya dah ada tunang pun.” Terang gadis itu sambil tertawa. Seolah-olah dia dapat membaca apa yang difikirkan oleh Dania walaupun gadis itu tidak berada di hadapannya.

Dan akhirnya persoalan yang bermain difikiran Dania terjawab. Dia memandang Firas yang tajam merenung. Telefon itu bertukar tangan sekali lagi. Dania pula hanya tersenyum. “Sekarang awak dah percaya?” soal Firas. Dania menganggukkan kepalanya. Firas tersenyum lega. Perlahan-lahan dia menarik tangan Dania. “When I said I like you, I really mean it. Saya takkan cari yang lain sebab awak yang paling saya sayang.” Terang Firas. Wajah Dania berubah warna kerana kata-kata itu. Oh, I’m in love again! Bisik hatinya.

0 comments: