? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, 20 June 2009

Oh, So Sweet!

Angin sepoi-sepoi bahasa yang betiup itu menyapa wajahnya. Dan rambutnya yang ikal itu beralun megikut arah angin itu. Dia menguak rambutnya ke belakang. Terasa sedikit rimas. Dia menghela nafas panjang dan sesekali matanya memandang jam di tangan. Terasa sedikit bosan. Bosan menunggu. Dia terus bangun ingin meninggalkan tempat itu, namun dari kejauhan kedengaran namanya dipanggil lantang. Serta merta langkahnya mati dan dia berpaling ke arah suara itu datang. Dia mencebik.

“Hey, sorry lah! Ada hal sikit tadi.” Beritahu temannya itu. Berdiri betul-betul di hadapannya. Dia merengus kurang senang. Temannya itu hanya tersengih. Tahu benar dengan sikap kurang sabar Iman itu. Iman memandang sahabatnya yang ditunggu sedari tadi itu.

“Kau janji nak temankan aku, kan? Jumpa budak perempuan tu.” Soal Iman. Temannya itu menganggukkan kepala. Benar-benar terlupa tentang itu. “Cepatlah, nanti tak sempat lak.” Gesanya. Terus berpaling dan berlalu. Tergesa-gesa temannya itu mengikut langkahnya. Dia nak suruh aku temankan atau dia nak pergi sendiri. Ngomel temannya perlahan. Tidak mahu Iman sedar tentang itu.

Arisa hanya memandang Iman yang sudah berjalan jauh di hadapannya. Dia menghela nafas panjang. Sudah sekian lama dia menaruh perasaan terhadap temannya itu. Namun, dia masih keberatan untuk berterus-terang. Takut kalau-kalau persahabatan mereka tamat begitu sahaja. Langkahnya semakin berat. Dan sekarang dia hanya dapat menahan rasa melihat temannya meluahkan perasaan pada gadis yang disukai. Arisa hanya memandang Iman yang sudah mendekati seorang gadis yang enak berbual bersama teman-temannya. Siapalah yang tidak akan jatuh hati pada gadis cantik seperti Shima itu. Cantik dan peramah. Segalanya cukup pada gadis itu. Dan apalah sangat kalau hendak dibandingkan antara mereka. Seperti langit dan bumi rasanya.

Iman dengan tenang menegur gadis itu. Senyuman manisnya terukir. Shima mengangkat muka. Memandang seraut wajah yang dikenalinya. Salah seorang pelajar yang selalu menjadi buah mulut pensyarah-pensyarah di kolej itu. Namun, dia masih belum berpeluang mendekati pemuda itu. Dan hari ini pemuda kacak itu mendekatinya. Shima tersenyum bangga.

“I like you. May be we can be more than friends.” Beritahu Iman selamba. Tenang sahaja riak wajahnya semasa menuturkan kata-kata itu. Arisa hampir terduduk. Patah hati dan kecewa pada masa yang sama. Namun dia hanya mampu menahan perasaan. Salah sendiri kerana tidak berterus-terang.

* * * *

Arisa memandang kosong pensyarah di hadapannya. Otaknya lebih ligat berfikir tentang Iman dan Shima. Dia menongkat dagu, memandang Iman yang duduk tidak jauh darinya. Dia menghela nafas panjang. Sejak hari Iman meluahkan perasaannya terhadap Shima, mereka jarang keluar bersama. Apatah lagi untuk berbual seperti dulu. Terasa sedikit kecil hati dengan sikap Iman itu. Seperti sudah melupakan hubungan mereka walaupun hanya sebagai kawan. Tapi siapalah dia untuk menegur sikap Iman itu. Tidak berdaya hanya mampu menahan rasa sendirian.

“Okay, thanks class. We’ll meet next Monday.” Beritahu Prof. Azman. Semua pelajar berdiri. Mengemas barang-barang mereka sebelum berlalu meninggalkan kelas. Arisa masih di tempatnya. Memandang teman-temannya yang seorang demi seorang keluar meninggalkan kelas.

“Kau tak nak balik, ke?” sapaan itu mengejutkan Arisa dari lamunannya. Dia mengangkat muka, memandang Iman yang tersengih memandangnya. Arisa hanya menganggukkan kepalanya. “Okay, got to go. See you!” Iman mencapai begnya dan terus berlalu tanpa banyak soal. Tidak seperti selalu, pemuda itu akan setia menunggunya.

Dengan lemah Arisa bangun, dia menyandang begnya ke belakang. Membetulkan bajunya dan terus melangkah lemah keluar dari kelas itu. Alangkah bagusnya kalau dia mampu berterus-terang. Walaupun cintanya mungkin ditolak, tapi sekurang-kurangnya dia telah berterus-terang. Dia tunduk memandang kaki sendiri. Terasa sebak tiba-tiba.

Tiba-tiba dia terdengar seseorang ketawa senang. Dia memasang telinga. Cam benar dengan suara itu. Perlahan-lahan dia mendekati arah suara itu datang. Dia terkejut, terpandangkan Shima dan temannya asyik berbual sambil ketawa senang.

“Do you expect me to like him? Tolonglah!” beritahu Shima selamba. Dia ketawa. Arisa tetap membisu. Memasang telinga. Ingin mendengar siapakah yang dimaksudkan oleh Shima itu. Walaupun hatinya kuat mengatakan orang yang dimaksudkan adalah Iman. “Iman tu macam budak-budak. Bukan ‘taste’ aku la.” Sambungnya lagi. Temannya ikut sama ketawa. Arisa mengetap bibir, geram. Apatah lagi bila gadis cantik itu menyebut nama Iman. Jelas dan nyata dan pastinya dia belum pekak. Dia terus berpaling, meninggalkan tempat itu. Dengan hati yang membengkak marah. Orang macam tu pun kau suka?!

* * * *

“Hey, kau tahu tak lama lagi ada dinner, kan?” selamba sahaja Iman menegurnya. Arisa hanya menganggukkan kepalanya. Tidak berminat. Dan dia langsung tidak berpaling memandang wajah Iman. “Nanti kau temankan aku pergi beli baju, okey? Kau kan tahu citarasa aku macam mana.” beritahunya. Dia menepuk bahu Arisa. Dan dengan kasar tangan Iman ditepisnya. Terkaku Iman dengan tindakan diluar jangkaannya itu.

“Kau ajaklah awek kesayangan kau. Aku sibuk. Tak ada masa nak temankan kau.” Selamba sahaja dia membalas. Terus bangun dan baru sahaja dia ingin melangkah pergi, tangannya direntap kasar. Dia berpaling memandang Iman yang sudah tegang wajahnya, menahan marah. Tajam mata Iman merenungnya, dan dengan berani Arisa membalas renungan Iman itu.

“Apa masalah kau sebenarnya?” soalnya, lembut tetapi tegas. Arisa hanya mencebik. Dia mengalihkan pandangannya. Sakit benar hatinya apabila mendengar soalan itu dari mulut Iman. Dia merengus kurang senang.

“Tak ada kaitan dengan kau. So, please let me go.” Kasar sekali suara Arisa memberitahu. “ Kau jagalah awek kau baik-baik.” Sambungnya. Merentap tangannya dan terus berlalu. Iman hanya terkulat-kulat memandang Arisa yang sudah meninggalkan dirinya. Dia menghela nafas panjang. Susah betul nak faham perempuan ni! Getusnya perlahan.

* * * *

Arisa keresahan. Sejak kejadian hari itu, dia sering mengelakkan diri dari bertemu dengan Iman. Nampak sahaja kelibat Iman dari jauh, dia pasti akan mengelakkan diri. Kalau bertembung pun dia akan berpura-pura tidak mengenali temannya itu. Terasa bersalah tambahan pula mereka sudah lama berkawan. Dia menghela nafasnya. Terasa berat. Matanya memandang setiap wajah di hadapannya. Makan malam yang tidak dapat dielakkan. Mahu tidak mahu, sebagai Ahli Jawatankuasa, dia perlu hadir. Iman hilang entah ke mana. Dan entah kenapa dia tidak terasa seperti ingin ambil tahu ke mana temannya itu menghilang. Pastinya bersama Shima. Dan pastinya Iman akan lupa tentangnya apabila bersama gadis itu.

Tiba-tiba matanya terpandang Shima sedang enak berbual dan bertepuk tampar bersama seorang pemuda. Mesra benar mereka berdua. Arisa terkejut. Pastinya kerana pemuda itu bukan Iman tetapi orang lain. Seseorang yang belum pernah dia lihat sebelum ini. Lagipun makan malam itu bukan hanya dihadiri pelajar kolej tetapi juga orang luar. Jadi siapa pemuda itu. Dan saat itu juga Iman muncul di hadapan mereka dan terduduk lemah di sebelah pemuda itu. Pemuda yang tidak dikenali itu menepuk-nepuk bahunya. Eh? Mereka saling kenal ke? Lama dia memandang mereka bertiga. Tidak mengerti dengan apa yang berlaku di hadapan matanya. Apakah makna semua ini?

“Sekarang saya mempersilakan Iman untuk membuat persembahannya. Dipersilakan.” Juruacara mengumumkan. Sekali lagi bahunya ditepuk pemuda itu, dan Shima di sebelahnya hanya mengangkat ibu jarinya. Dengan berat Iman bangun dan melangkah ke pentas. Mata Arisa hanya mengawasi langkah Iman itu. Iman mendekati sebuah piano yang terletak betul-betul di tengah pentas itu. Arisa tahu Iman memang pandai bermain alat muzik itu. Malah sudah beberapa kali dia mendengar Iman bermain alat muzik itu.

“Saya tujukan lagu ini untuk orang yang paling saya sayang dan saya rindui.” Beritahunya. Arisa hanya memandang tanpa reaksi. Perlahan-lahan lampu dimalapkan dan alunan piano mula memenuhi ruang dewan itu. Para hadirin yang hadir terdiam. Terbuai dengan alunan piano itu.

“Seperti kau bahagiakan aku,
Seperti itulah kasihku kepadamu,
Sesungguhnya aku merindukan cinta,
Sampai kau hadir memberiku harap.” Lembut sahaja suara Iman mengalunkan lagu itu mengikut rentak piano yang dimainnya. Arisa tergamam kerana itu lagu kegemarannya. Kutemukan Cinta dari Samsons. Iman masih asyik dengan pianonya. Dan Arisa hanya mendengar. Jantungnya berdetap, kuat. Terasa seperti ingin pecah rasanya.
“Kutemukan cinta,
Di palung hatimu,
Izinkanlah aku,
Untuk menyelami yang terdalam.” Iman semakin bersemangat. Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Tepat wajah Arisa dipandangnya. Penuh perasaan sekali dia menekan piano itu. Masih memandang Arisa. Seolah-olah lagu itu ditujukan khas untuknya.
“Terangi jalanku,
Untuk menggapai cintamu,
Untuk ku labuhkan,
Separuh jiwaku untukmu.” Iman masih menekan-nekan pianonya. Matanya tidak lepas memandang wajah Arisa yang sudah berubah warna. Mata Arisa mula berkaca, terasa seolah-olah dia dipermainkan.

Iman berdiri dan terus turun dari pentas itu. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati Arisa. Dan berdiri betul-betul di hadapan gadis itu. Dia tunduk sambil menghulurkan tangannya. Arisa memandang Iman tidak mengerti. Lama dia memandang pemuda itu dan huluran tangannya yang tidak disambut itu.

“Sudikah kau menjadi sebahagian dari hidup aku?” tenang sahaja Iman bertanya. Arisa benar-benar tidak mengerti dan entah mengapa dia tetap menyambut huluran tangan Iman itu. Air matanya mengalir. “Aku dah lama sukakan kau.” Sambung Iman. Dia tersenyum penuh makna. Perlahan-lahan Arisa menganggukkan kepalanya.

“Ohhhh, so sweet!” kedengaran satu suara dari belakang Iman. Mereka memandang ke arah suara itu. Shima tersenyum lebar sambil menutup mulutnya. Jelas riak wajahnya sedikit terharu. Pemuda di sebelahnya hanya tersenyum, dia mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Iman tergelak dan Arisa memandang mereka tidak mengerti. Dia menarik tangan Iman, dan baru sahaja dia ingin bertanya Iman terlebih dahulu memberitahu.

“Shima tu kawan abang aku. Sebenarnya kami dah berpakat nak kenakan kau. Saja nak tengok reaksi kau macam mana.” terang Iman. Arisa meneguk liur. Serta merta wajahnya berubah warna, terasa marah dan geram. “Sorry!” sambung Iman. Arisa mencebik dia mengalihkan pandangan. Sakit hati apabila memandang wajah Iman. “Macam mana aku nak bersama orang lain kalau dalam hati aku cuma ada kau.” Beritahu Iman sambil memaut dagu Arisa.

“Ermm… ‘Jealous’ betul tengok korang ni. Sweet sangat. Nak harapkan dia ni, harapan ajalah.” Beritahu Shima sambil menyiku pemuda di sebelahnya. Dia hanya tertawa senang. Iman hanya tersengih sambil tangannya erat menggenggam jemari Arisa, bagai tidak mahu melepaskannya. Arisa pula hanya tersenyum, malu.

1 comments:

Fairy said...

weeeweettt...yg ni mmg btol3 la..
0o0o0o0ouuuhhh...so0o0o0 swweeeetttt...ahhahahaha