? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, 25 June 2009

The Princes

Dam!
Kuat sekali pintu biliknya dihempas. Dengan langkah berat dia melangkah ke arah katilnya dan terus merebahkan badannya ke atas katil yang empuk itu. Lama matanya merenung ke arah siling bilik dan satu keluhan berat melepasi rengkungannya. Terasa berat dan membebankan. Dia berkalih ke kiri. Mengadap dinding dan kemudian ke kanan. Matanya terpandang sebuah gitar yang tersadai di tepi meja tulisnya. Dengan berat dia bangun dari pembaringannya dan melangkah mendapatkan gitar kesayangannya itu.

Perlahan-lahan jemarinya memetik gitar itu. Beralun sedih sekali nadanya. Seperti keadaan dirinya saat itu. Dia mencapai sehelai kertas dan mencatat sesuatu pada kertas itu. Sesekali dia menyanyi-nyanyi kecil. Dia menghela nafas kecil. Dia mencapai kertas yang dicontengnya itu dan membaca setiap bait-bait yang tertulis pada kertas itu. Tersenyum kelat. Terasa lega dan masalah yang bermain di kepalanya sebentar tadi sudah tidak lagi mengganggunya.

Dan pagi itu, seperti biasa dia bangun lewat lagi. Terkial-kial dia bersiap. Tidak mahu lambat ke kolej, walaupun pada hakikatnya dia selalu lambat. Dia turun ke tingkat bawah. Papanya sedang asyik membaca akhbar di ruang tamu, dan dia terus melangkah ke luar tanpa menyapa papanya. “Dean, think about what I told you last night.” Sapa papanya selamba sambil membelek akhbarnya. Wajah Dean dipandangnya sekilas. Dean hanya membisu, terus melangkah ke luar.

Wajahnya jelas terlukis betapa tertekannya dia. Lemah sahaja langkahnya saat dia tiba di kawasan kolej itu. Dia memandang jam tangannya. Erm… sah lambat lagi! Ponteng ajalah. Getus hatinya. Dia melangkah ke belakang bangunan kolej itu. Sebuah taman yang agak sunyi menjadi tempat dia memonteng setiap kali dia lambat ke kelas. Beg dilempar ke tanah, dan dia menghenyakkan punggungnya ke atas tanah di sebelah begnya. Dia menyandarkan kepalanya pada pokok yang menjadi tempat dia bersandar. Tangannya mengeluarkan sebuah buku dan perlahan-lahan dia membelek buku kesayangannya itu. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata pedas dan sinis papanya malam tadi.

“Kau ingat kau dapat hidup dengan minat kau tu? Sedarlah sikit. Kalau bukan sebab aku yang kerja keras bagi kau makan, minum, pelajaran semua, kau takkan jadi orang.” Pedas sungguh kata-kata papanya itu. Semuanya kerana minatnya terhadap muzik. Dia mengeluh. Susah sangat ke orang nak faham apa yang aku nak? “Minat kau tu takkan bawa kau ke mana pun. Tak kaya pun dengan minat kau tu.” Sindir papanya lagi. Terasa dirinya seperti di cabar.

Tiba-tiba angin berderu, kuat hingga kertas-kertas di tangannya berterbangan. Cepat-cepat Dean berdiri. Mendapatkan kertas-kertasnya. Satu demi persatu dikutipnya kertas-kertas itu. Tertunduk-tunduk Dean mengutip kertas-kertas tersebut.

“Kertas kau!” sapa satu suara. Dean mengangkat muka, memandang seorang pemuda memandangnya sambil tersengih. Di belakangnya tersandang sebuah gitar, dan di tangannya beberapa buah buku. Tangan kanannya menyuakan sehelai kertas pada Dean. Pantas Dean merampas kertas itu dari tangan pemuda itu. Dia terus berpaling dan baru sahaja dia ingin melangkah pergi kedengaran suara pemuda itu mengomel tentang sikapnya. “Sekurang-kurangnya cakaplah terima kasih.” Perlahan sahaja suara itu, namun Dean tetap dapat mendengarnya dengan jelas. Dia berpaling memandang pemuda itu.

“Thanks!” ringkas sahaja dia memberitahu. Pemuda itu memandangnya sambil menjungkit bahu. Dean terus berpaling. “Hei!” panggil pemuda itu. Sekali lagi Dean berpaling, memandang pemuda itu dengan rasa malas. “Those lyric of yours quit good, dude!” beritahu pemuda itu sambil tersengih. Dean tersentak, belum pernah walau sekali pun orang memberitahunya tentang itu. Mana taknya, teman-temannya sendiri menganggap dia hanya melayan perasaan sahaja. Mereka juga sama, tidak mengerti.

Pemuda itu mendekati Dean yang masih lagi tajam memandangnya. Dia pula masih selamba. Dia berdiri betul-betul di hadapan Dean, tangannya dihulurkan. Dan lambat-lambat Dean menyambut huluran tangannya itu. “Name Kimi.” Beritahunya. “Dean!” pendek sahaja dia membalas. “Great! Let’s be friends, okay?” Kid tersenyum lebar.

* * * *

Dean memandang halaman rumahnya dengan pandangan kosong. Terngiang-ngiang cadangan Kimi di telinganya. “Let’s play some music together!” jelas wajahnya ceria saat dia memberi cadangan itu. Dan dia dengan selamba menolaknya. Walaupun hakikatnya dia gembira kerana akhirnya ada juga yang memahaminya. Aduh, apa yang patut aku buat? Dia bertanya dirinya sendiri. Dia mengangkat muka memandang langit. Mungkin ada baiknya aku setuju, mungkin aku dapat buktikan pada orang tua tu nanti. Getus hatinya.

Dia menghela nafas panjang. Jika itu yang harus dia buat untuk buktikan pada papanya yang dia mampu hidup kerana minatnya, mungkin nanti papanya dapat menerimanya dengan hati terbuka. Tapi… mungkinkah begitu?

* * * *

Sebulan berlalu, namun semuanya masih tidak berjalan seperti yang mereka rancangkan. Dean menyandarkan badannya ke dinding dan Kimi pula terkial-kial dengan not pada kertas yang diberikan oleh Dean itu kepadanya. Dean hanya memerhatikan temannya itu. Sejak mereka bertemu pada hari itu, mereka kini menjadi sahabat. Ke mana sahaja mereka pergi pasti bersama-sama. Dean tergelak. Belum pernah melihat seseorang yang berusaha keras untuk melakukan sesuatu. Kimi memandangnya hairan. Dean pula hanya menggelengkan kepalanya, faham dengan maksud pandangan Kimi itu.

“Aku rasa kita kena cari vokalislah. Suara kita tak sesuai dengan lagu kau ni.” Beritahu Kimi selamba. Dean mengeluh. Mana nak cari vokalis? Dan takkanlah sampai serius macam tu sekali? Dia tertanya-tanya. Memandang Kimi yang kembali khusyuk dengan not-not lagu.

* * * *

Matanya melilau mencari-cari buku untuk rujukan. Sesekali dia membetulkan cermin matanya. Rambutnya yang panjang itu diikat kemas ke belakang. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia bukan seorang yang suka berbicara. Pendiam! Dia mencapai sebuah buku. Membelek-belek buku itu dengan tenang. Selepas berpuas hati dia mendapatkan begnya lalu menyandangnya ke bahu. Dia ke kaunter buku dan meletakkan buku itu di atas kaunter. Selepas membayar harga buku itu, dia keluar. Lambat sekali dia berjalan, seolah-olah dirinya tidak bersemangat langsung.

Baru dua tiga tapak dia melangkah, seseorang melanggar bahunya. Dia mengangkat muka memandang seraut wajah memandangnya serius. Tiba-tiba seorang pemuda mendapatkan mereka dan meminta maaf di atas kesilapan temannya. Dia hanya memandang kedua-dua orang pemuda yang sudah berlalu meninggalkannya. Kedua-duanya membawa gitar. Tiba-tiba matanya terpandang sehelai kertas. Cepat-cepat dia tunduk mencapai kertas itu. Liar matanya membaca setiap ayat yang tertulis di kertas itu. Dia tersedak. Pastinya dia tidak tahan dengan kesalahan ejaan dan susunan kata. Dia berpaling dan melangkah pergi. Kepalanya ligat berfikir tentang kedua-dua orang pemuda itu.

* * * *

Kimi menjerit kebosanan. Dean pula sudah terbaring. Mereka benar-benar bosan. Masih lagi berfikir tentang rancangan Kimi untuk mencari seorang vokalis. Dan hingga kini mereka masih tidak berjaya. “Mana nak cari vokalis ni?” jerit Kimi. Ingin melepaskan rasa bosan dan tertekan yang dirasainya. Tiba-tiba kedengaran seseorang berdehem. Keduanya mengangkat muka. Tajam sahaja mata mereka memandang seraut wajah yang memandang mereka dengan wajah tenang.

“Biar aku jadi penyanyi korang.” Selamba sahaja dia memberitahu. Kimi tergelak. Dan Dean pula memandang pemuda berkaca mata itu kehairanan dan penuh minat. “Jangan buat lawaklah. Boleh ke ‘nerd’ macam kau ni menyanyi?” sindir Kimi. Dia kembali membaringkan badannya ke tanah. “Just how nice I could fly, Won’t bothered anyone anymore, I’m sick, I’m tired, Pretending to be nice.” Perlahan sahaja pemuda itu menyanyikan serangkap lirik itu. Kimi terbangun dari pembaringannya dan Dean pula memandang pemuda itu, tidak berkelip. “Perfect!” jerit mereka serentak.

“Welcome to the band. I’m Dean and he’s Kimi.” Dean memperkenalkan diri mereka. Kimi pula hanya mengangkat tangan sambil tersengih. Pemuda itu menganggukkan kepalanya. “Adam!” ringkas sahaja jawapannya. Mereka berjabat tangan tanda bermulanya persahabatan.

* * * *

Mereka memandang setiap orang yang lalu lalang di hadapan mereka. Dean menongkat dagu. Kimi pula bersiul-siul senang. Telinganya disumbat dengan ‘ear-phones’, mendengar lagu kegemarannya. Dan Adam seperti biasa dengan bukunya. Asyik membaca. Tiba-tiba, Dean mencuit bahu mereka berdua. Keduanya memandang teman mereka itu kehairanan. “Cuba tengok mamat tu.” Beritahu Dean. Mereka memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Dean itu. Seorang pemuda asyik mengetuk-ngetuk tin kosongnya yang disusun seperti sebuah drum sambil teman-temannya ketawa dan menyanyi mengikut rentak pemuda itu. Bunyi tin kosong yang diketuk itu benar-benar menganggu ketenteraman awam. Namun benar-benar menarik minat mereka bertiga.

Mereka berdiri. Melangkah mendapatkan pemuda itu. Dan berdiri betul-betul di hadapannya. Pemuda itu dan teman-temannya memandang mereka bertiga. Hairan! Apahal? Fikir mereka. “Jadilah ahli kumpulan kami.” Dean memberitahu sambil tersenyum. Pemuda itu memandang mereka berti. Seorang demi seorang. Dean yang memakai kemeja putih di luar dan sehelai t-shirt hitam di dalam. Adam dengan t-shirt lengan pendek dan sebelah matanya ditutupi dengan juntaian rambutnya dan Kimi yang berbaju tanpa lengan dan berseluar jeans labuh dengan rambut spiky. Dia mengalihkan pandangannya. Anak orang kaya. Apa yang mereka tahu? Fikirnya.

“Kau jangan risau. Semuanya kami tanggung.” Sambung Kimi, selamba. Seolah-olah dia tahu apa yang difikirkan oleh pemuda itu. Pemuda itu mengangkat muka, memandang mereka – lama. “Kami perlukan drummer, dan kau pilihan yang tepat.” Sambung Dean lagi. Pemuda itu memandang teman-temannya. Dia berdiri dan menghulurkan tangannya. “Aku tak pasti kalau aku boleh tolong.” Balasnya. Dean menyambut huluran tangan itu sambil tersenyum lebar. Lega rasanya.

“Let’s beat the music!” jerit Kimi, gembira. Kumpulan yang diidamkannya tertubuh juga akhirnya.

* * * *

Dean memetik bassnya. Dan Kimi pula mengikut rentak Dean itu. Dan seolah-olah mendapat isyaratnya, Riz mengetuk drumnya. Semakin rancak dan rancak dan kemudian ia kembali perlahan. Dan Adam membuka mulut.

“This dear song I made for you,
Though you would not read this,
But I still dedicated this to you,
To show my appreciation, my love for you.” Perlahan sahaja suara Adam itu. Dia memejamkan matanya. Mereka semua asyik menghayati lagu itu dan rentaknya. Terasa seolah-olah mereka bebas dari masalah masing-masing.
“Though it would be nice for us be together,
Still things happen between us,
I still be here, ‘cause I’ll be with you forever,
Harsh words I said…
Never meant to hurt your feeling,
I’m sorry for everything I said,
I’m sorry for what I’d done.” Suara Adam semakin keras. Dia membuka matanya. Dan rentaknya juga semakin rancak. Dan dia perlahan-lahan mendekati Kimi yang asyik dengan gitarnya dan meletakkan tangannya ke atas bahu temannya itu.
“I try my best to be nice,
I try as far as I could to be the one,
For you to accept me in your life,
For you to love me even for once,
And this dear song I wrote for you,
To tell you how I feel,
This lone road that I march alone,
Tell a story of broken heart,
How I longing to be accept,
Be part of you, even though I really am,
How I longing for all these years,
For your love and attention.”suara Adam semakin kendur dan rentaknya juga kembali kendur. Tidak serancak tadi.
“It made me down, for being unwanted,
Being in unpleasant place,
Unpleasant situation….
Tense made me cry, and tears fall down,
Why won’t people understand?!” lemah sahaja suara Adam saat menyanyikan baris terakhir itu. Dia mengangkat muka, memandang teman-temannya yang masih lagi asyik dengan alat muzik mereka.


End of beat 1~~~

0 comments: